Resipi Sambal Bilis Goreng Bersama Terung Telunjuk. Ringkas & Terlajak Sedap!

Share

Ikan bilis kini bukan lagi makanan dikala hujung bulan kerana harganya boleh tahan juga mahal. Jika tiada selera, hidangan berasaskan ikan bilis ni adalah salah satu pilihan yang mempu menaikkan selera. Nak masak pun mudah. Jom cuba hidangan Sambal Bilis Goreng Bersama Terung Telunjuk ni. Memang best!

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm Ikan bilis
  • 4 biji Terung  Telunjuk
  • 1 biiji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 6-7 biji cili padi merah
  • Garam dan gula
  • Minyak masak

ANDA MUNGKIN SUKA: 

8 Makanan Tradisional Kedah & Johor Yang Wajib Anda Cuba Bila Berkunjung Ke Selatan & Utara.

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing.
  2. Goreng pula terung telunjuk.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili.
  4. Masukkan ikan bilis dan terung telunjuk yang telah digoreng.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Angat dan hidangkan.
IKLAN