Resipi Sambal Bawang Sedap. Buat Macam Ni Barulah Tahan Lama

Share

Sedapnya Sambal Bawang homemade ni. Ada juga yang panggil sambal bojak ( jika tambah tomato), sambal jawa atau sambal Nasi Ayam Penyet. Apa-apa pun, sambal resipi perkongsian Cik Pooja ni memang sedap dan membuka selera. Buat banyak-banyak, boleh buat stok. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI SAMBAL BAWANG HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji bawang besar – jika kecil, guna 5 biji. Potong kasar.
  • Segenggam cili kampung hijau
  • 1/2 genggam cili padi Vietnam (merah)
  • 1 ketul belacan bakar– sebesar duit 50 sen
  • 1 sudu makan garam
  • 1 sudu teh ajinomoto – boleh ganti dengan gula
  • 1 cawan minyak masak

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan bawang dan cili. Keringkan airnya.

2. Panaskan minyak dan goreng bawang besar, cili, belacan & tomato ( jika ada) hingga lembik dan lebam.

3. Kemudian masukkan bahan-bahan digoreng tadi bersama dengan minyaknya sekali ke dalam blender.

4. Tambahkan garam, ajinomoto atau gula. Kisar sekejap-sekejap (3 kali) supaya sambal tidak terlalu hancur.

5. Siap untuk dinikmati. Jika banyak, boleh letak dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.


Kredit resipi & foto: Cik Pooja

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN