Pemanis mulut tradisional yang cukup memikat hati salah satunya adalah sagu gula merah. Sedapnya dimakan sama ada panas ataupun sejuk. Rasanya manis dan kenyal-kenyal apabila digigit.
Bulan Ramadan nanti, lepas selesai solat tarawih, bolehlah nikmati sagu gula melaka. Sambil berehat bersama keluarga tersayang, kan? Nah, RASA berikan resipinya.
SAGU GULA MERAH
Ads
Bahan-bahan
• 1 mangkuk sagu
• 1 tin susu cair (boleh ganti dengan 1 1/2 cawan santan)
• 1 cawan gula merah (boleh guna 1 ketul gula melaka)
• Pewarna merah
• Daun pandan
• Air
Cara Penyediaan Sagu
1. Panaskan air dalam periuk sehingga didih.
2. Masukkan sagu, pewarna merah dan daun pandan.
3. Biarkan sehingga sagu kembang dan masak. Kena selalu kacau untuk elak sagu hangit di bahagian bawah.
4. Selepas sagu masak, angkat dan tapis. Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan biarkan sejuk.
Ads
Penyediaan Air Gula Merah
1. Masukkan air dan gula merah ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Selepas masak, tapis air gula tadi masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan biarkan sejuk.
Penyediaan Susu
1. Masukkan susu ke dalam periuk bersama sedikit air.
2. Panaskan sehingga mendidih.
3. Selepas mendidik, tutup api. Masukkan dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
4. Kalau guna santan, ikut cara yang sama juga dari nombor 1 hingga 3. Bezanya santan perah tidak perlu tambah air. Santan kotak perlu tambah air.
Ads
Cara Menghidang
1. Masukkan sagu terlebih dahulu ke dalam mangkuk.
2. Tuang gula merah dan susu.
3. Sedia dimakan.
Jika dijangkiti batuk, memang letih. Perit tekak lagi. Nak makan dan tidur pun tak selesa. Bagi yang sedang mengalami masalah ini, boleh cuba ubat batuk homemade ni. Hanya menggunakan TIGA bahan semulajadi yang ada di dapur anda.
Keledek antara ubi yang sangat digemari dan boleh dipelbagaikan menu dengan pelnagai rasa selain ia sedap di rebus, keledek juga boleh dibuat bermacam jenis kuih dan dessert yang lain, asal kreatif macam-macam buat pasti menjadi, berikut empat jenis kuih yang boleh dibuat daripada keledek yang dapat dikongsikan di sini.
KUIH KERIA KELEDEK SIRA GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
1kg ubi keledek kuning
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
2 keping gula melaka
1 sudu gula pasir
1/2 cawan air
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Kupas keledek kemudian kukus hingga empuk.
Lenyek ubi keledek sehingga tiada ketulan
Kemudian campurkan ubi keledek yang telah dilenyek tadi dengan tepung gandum, tepung ubi dan secubit garam.
Gaulkan hingga sebati dan menjadi doh keria.
Bulat-bulatkan doh keria, kemudian leperkan dan buat lubang di tengah-tengahnya.
Goreng doh keria yang telah dibentuk kemudian toskan untuk hilangkan minyak
Sementara itu, campur dan cairkan gula melaka, gula pasir dan air sehingga mendidih dan pekat
Masukkan keria yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehinga sebati.
Tutup api, dan terus gaul hingga gula melekat dan menyaluti semua bahagian kuih keria.
Kuih keria sedia dihidangkan.
2. TALAM KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
500gm keledek ungu | kukus
2 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung ubi
3/4 cawan gula pasir
1 liter santan
1 sudu teh garam halus
LAPISAN ATAS:
100gm tepung beras
3 sudu makan tepung jagung
1 liter santan dari sebiji kelapa
2sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
Untuk lapisan bawah, lenyekkan keledek hingga hancur.
Kemudian, campurkan semua bahan kemudian kacau rata.
Tapiskan ke dalam periuk.
Renehkan atas api perlahan hingga hampir pekat. Tutup api
Tuangkan dalam managkuk kuih lompang dan kukus selama 15 minit dalam kukusan yang telah sedia dipanaskan.
Untuk menyediakan lapisan atas, satukan semua bahan gaul kacau sebati.
Tapiskan, kemudian tuang di atas lapisan bawah yang telah dicucuk dengan garapu.
Kukus semula lebih kurang 12-15 minit lagi.
Setelah masak, tutup api dan buka penutup kukus.
Setelah sejuk keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.
3. ONDE-ONDE KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
3 cawan keledek yang telah direbus
2 cawan tepung pulut
1 ketul gula melaka | potong dadu kecil
2 mangkuk kelapa parut | putih sahaja
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan keledek yang telah dilenyek dengan tepung pulut, gaul rata hingga menjadi doh lembut.
Tambah sedikit air jika perlu.
Bulat-bulatkan menjadi bulatan kecil, kemudian masukkan ketulan gula Melaka dan tutup semula.
Bembali bentukkannya menjadi bulat. Lakukan hingga habis.
Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih masukkan onde-onde.
Semetara itu, sediakan kelapa parut yang telah digaul dengan secubit garam di dalam loyang.
Setelah onde-onde timbul angkat menggunakan penapis, toskan dan gaul dalam kelapa parut tadi.
Onde-onde sedia dihidangkan.
4. BUBUR KELEDEK PELANGI
BAHAN-BAHAN:
1 biji keledek warna unggu | potong dadu kecil
1 biji keledek warna kuning | potong dadu kecil
2 sudu makan sagu mata ikan warna hijau
1/2 cawan gula pasir
Secubit garam
500 ml santan
150ml susu cair
1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
Kukus keledek yang telah didadu separuh masak. Ketepikan.
Cucu sagu di bawah air mengalir kemudian masukkan dalam air yang telah didihkan dalam periuk.
Setelah sagu bertukar jernih. Angkat dan lalukan di bawah air mengalir. Masukkan dalam bekas bersama sedikit air.
Masukkan santan dalam periuk bersama gula, secubit garam dan daun pandan. Renehkan atas api sederhana.
Setelah mereneh masukkan keledek, seketika kemudian masukkan pula sagu.
Sebelum angakat masukkan susu cair, gaul rata dan tutup api.
Kacang Goreng homemade ni memang sangat mudah nak buat. Malah kudap-kudap sedap ni tak guna banyak bahan. Kalau nikmati sambil tonton TV, memang ralit. Sekejap je dah habis satu balang. Kos nya pun tak mahal. Jom cuba resipi perkongsian saudari E-cah Katman ni. Anak-anak dan suami pasti suka.
KACANG TANAH GORENG
BAHAN-BAHAN:
Kacang tanah besar
Bawang putih – hiris
Halia – hiris
Serbuk nasi goreng
Air secukupnya
Garam dan serbuk cukup rasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, garam dan cukup rasa secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan kacang tanah, bawang putih dan halia. Biar sampai sejuk.
3. Toskan air dan goreng hingga garing termasuk sekali dengan bawang putih dan halia tadi. Kuantiti minyak seperti anda menggoreng kerepek.
4. Angkat dan toskan kacang goreng tadi. Tabur serbuk rencah nasi goreng secukupnya. Gaul rata.
5. Sedia untuk dinikmati.
INFO RASA: Jika tak nak guna serbuk nasi goreng, boleh juga guna garam halus biasa.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!