Roti Gula Crunchyni memang sedap. Rangup, manis-manis masin, makan macam tu sahaja memang sedap. Nak lagi padu? Cicah dengan Kopi O panas atau sejuk. Rasanya memang lagi terangkat! Senang sahaja cara membuatnya. Jika ada lebihan roti di dapur yang sudah keras atau hampir tamat tempoh, buat sahaja begini. Pasti habis dimakan anak-anak. Saudari Blossoming Flower ada kongsikan resipi beliau yang tersendiri. Katanya resipi ini bukan sekadar roti disapu marjerin dan ditabur gula ya. Pasti lebih enak. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1.Campurkan gula perang, marjerin dan susu pekat manis ke dalam bekas bersesuaian. Sukatan boleh agak-agak mengikut jumlah yang anda suka. 2. Pukul ketiga-tiga bahan sehingga sebati dan gebu (fluffy). 3. Sapukan bahan yang dipukul tadi pada permukaan roti. Potong roti cantik-cantik.
3. Susun roti di atas dulang pembakar yang sudah dialas dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam ketuhar.
4. Bakar menggunakan api atas bawah pada suhu 160°c selama 20 minit. Jika mahu lebih perang, lebihkan masa membakar. Tapi pastikan jangan sampai hangus. 5. Waktu keluar dari ketuhar, tekstur roti memang agak lembut. Oleh itu, perlu sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
Ads
NOTA: Roti Gula Crunchy ini memang rangup dan tahan lama. Rasanya juga sedap. Enak dicicah Kopi O panas atau dimakan begitu sahaja.
Minum petang hari kita tekak terasa nak menjamah popia. Tapi bukan popia basah tetapi popia sira. Krup krap makannya disalut pula dengan sambal memang layan.Bahannya senang untuk disediakan, intinya juga boleh dipelbagaikan. Boleh guna inti sayur yang segar. Nak pakai isi udang, ayam atau daging pun boleh.Tak payah masukkan air dalam sambal sira untuk elakkan popia lembik.
POPIA SIRA CRUNCHY
Bahan-bahan: Kulit Popia secukupnya Sengkuang Lobak merah Isi ayam/udang/udang geragau 2 ulas bawang putih (cincang) Garam
Cara membuat: 1.Panaskan minyak tumis bawang putih 2.Masukkan ayam atau udang. 3.Masukkan sengkuang dan lobak merah (sekejap saja jangan lembik sangat) 4.Dah siap angkat dan masukkan dalam tapis supaya airnya tak ada masa kita gulungkan popia. 5.Biarkan sejuk sedikit baru gulung 6.Goreng hingga garing
Untuk sambal sira 1 mangkuk kecil cili kisar (cili kering ,3 ulas bawang putih,sedikit air) 2 sudu besar cili sos 1/2 cawan gula Sedikit garam Bijan Minyak untuk menumis
Cara memasak: 1.Panaskan minyak, tumis cili hingga naik minyak. 2.Masukkan sos cili. 3.Masukkan gula dan garam. 4.Masak hingga pekat sedikit 5.Taburkan bijan. 6.Dah siap tutup api. 7.Tunggu hingga sambal sira sejuk baru gaulkan dengan popia.
Malam ni menunya ringkas tapi menyelerakan. Rindu pula dengan tempe goreng berlada. Makan dengan nasi panas-panas boleh bertambah makan. Nak hasilkan tempe goreng berlada yang sedap, semasa menumis lada, boleh masukkan juga daun limau purut atau daun kari untuk kelainan rasa dan aroma pada masakan.Selain itu penggunaan asam keping adalah untuk kekalkan rangup pada ikan bilis dan kentang. Jika masukkan air asam jawa bahan-bahan tersebut akan jadi lembik dan tidak begitu sedap untuk dimakan. Selamat mencuba.
TEMPE GORENG BERLADA Bahan-bahan: 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 5 biji cili padi 1 biji cili merah #semua bahan di atas di kisar kasar 1 keping asam keping 1 keping tempe (potong nipis) 2 keping tauhu (potong nipis) Ikan bilis secukupnya 1 biji terung(potong memanjang) 1 biji kentang(potong baji) #semua bahan digoreng garing
Cara memasak: 1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. 2.Masukkan 1 keping asam keping. 3.Sesuaikan rasa dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa. 4.Masukkan daun limau nipis atau daun kari. 5.Terakhir masukkan kesemua bahan-bahan goreng. 6.Gaul hingga sekata semua bahan. 7.Siap untuk dihidang.
Hari ni jom cuba menu masakan Thai yang simple tapi sedap, memang kena dengan selera orang Malaysia. Pedas cili padi memang mengujakan, ditambah pula dengan araoma daun selasih. memang sekali makan tak puas. Kena ulang masak, jadi selepas cuba simpan risipi ni ye…
AYAM CILI DAUN SELASIH
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong kecil
15 helai daun selasih
2 batang serai
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
5 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
2cm belacan | jika suka
4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Gaul rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinnggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan ayam dan daun selasih, gaul rata.
Perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis.
Kecilkan api dan terus kacau hingga rata.
Tutup api, ayam selasih sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!