Putu Mayam sejenis makanan tradisional India yang mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan berbilang bangsa. Memang layan kalau dapat makan panas-panas. Berkeping-keping boleh dihabiskan tanpa sedar. Jom kita buat resepi Putu Mayam original seperti yang dikongsikan oleh Faizah Husain
RESIPI PUTU MAYAM
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras –BELI ONLINE 1 cawan air 1 sudu teh garam –BELI ONLINE 1 sudu makan minyak jagung – BELI ONLINE Pes pandan (jika nak rasa pandan dan warna hijau) Daun pisang Gula kabung – BELI ONLINE Kelapa parut putih
CARA MEMBUAT:
1. Potong daun pisang bentuk bulatan besar sedikit dari saiz putu mayam. Panaskan periuk kukus.
2. Dalam periuk lain masak air hingga mendidih.
3. Masukkan garam dan minyak jagung. Kacau biar sebati.
Ads
4. Tutup api dan masukkan tepung beras sedikit-sedikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika belum lembut tambah tepung sedikit demi sedikit.
5. Adunan panas-panas terus masukkan ke dalam acuan putu mayam. Kalau sejuk adunan keras tak boleh nak putar acuan.
6. Susun daun pisang yang telah disapu minyak dalam kukusan. Putar acuan secara membulat biarkan doh jatuh secara bertali di atas daun pisang. Jika tak tahan panas boleh putar di luar kemudian susun dalam kukusan.
Ads
7. Kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja. Balut penutup kukus dengan kain supaya wap tak jatuh. Sudah masak, susun dalam bekas.
8. Parut gula kabung. Guna gula kabung sebab kesedapan gula kabung tidak sama dengan gula lain.
9. Gaul gula kabung dan kelapa parut makan bersama putu mayam.
Tat adalah hidangan minum petang yang digemari ramai. Biasanya kita dihidangkan dengan tat telur. Jika sukakan cita rasa moden diletakkan dengan buah-buahan pilihan. Boleh pelbagaikan cita rasa seperti pandan egg tat ni. Bila pandan egg dibelah lihat isiannya yang halus, kulit yang rapuh-rapuh rangup. Memang layan.
CARA MEMBUAT: 1. Pukul butter dan gula. Jangan pukul lama sangat. 2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul hingga sebati. 3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. 4. Balut doh dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit. 5. Terapkan ke dalam acuan tat. 6. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170°C. 7. Bakar selama 20 minit hingga masak. Sejukkan. 8. Jangan padamkan suis oven. Masih gunakan suhu yang sama.
PANDAN EGG CUSTARD 250ml susu segar 60gm gula 2 biji telur 2 sudu makan tepung kastard Sedikit garam Sedikit pandan pes Sedikit pewarna hijau jika perlu
CARA MEMBUAT: 1. Satukan semua bahan-bahan ke dalam periuk non-stick. 2. Dengan api yang kecil, masak adunan kastard hingga hampir pekat. Jangan terlalu lama sebab adunan nanti akan jadi pekat. Adunan mesti tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. 3. Susunkan tart crust di dalam loyang pembakar. Tuangkan adunan kastard perlahan-perlahan ke dalam tart crust hingga penuh. Tak perlu tunggu adunan kastard sejuk sebab ia akan menjadi lebih pekat. Terus tuangkan ke dalam tart crust. 4. Bakar (170°C) selama 10-15 minit ikut oven masing-masing. Sejukkan. Alaskan dengan papercup agar bersih dan kemas. Masukkan ke dalam kotak piza dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Sesiapa sahaja pasti menggemari resipi yang berkaitan dengan kentang. Apa kata kali ni cuba resipi sambal kentang yang disagat halus dan menghasilkan rasa rangup dan mudah dinikmati bersama dengan nasi, bubur atau ratah sahaja! Memang sesuai di buat stok untuk dimakan pada bulan puasa. Selamat mencuba.
RESIPI SAMBAL KENTANG PEDAS RANGUP
BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang size besar
10 tangkai cili kering (boleh tambah) buang biji dan rebus
8 ulas bawang putih
1 sudu mkn udang kering rendam air panas, bila dah kembang toskan airnya
1 batang serai
5 helai daun limau purut hiris halus
4 sudu mkn gula pasir
Garam
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Kentang disagat halus kemudian basuh hingga air basuhan jernih supaya tak melekat bila digoreng.
Toskan hingga kering.
Panaskan minyak yg banyak hingga betul2 panas kemudian goreng kentang hingga garing keperangan (kacau 2-3 kali). Angkat dan toskan.
Cili kering, bawang putih, udang kering dan serai diblender guna sedikit minyak (JANGAN guna air) kemudian ditumis hingga naik bau.
Masukkan gula dan garam, kecilkan api.
Masak hingga gula larut, masukkan daun limau purut. Kacau hingga sedikit pekat, rasa masinnya klo kurang tambahkan garam. Tutup api dan biarkan sambal sejuk.
Masukkan kentang goreng & bawang goreng dan gaulkan dgn sambal hingga sebati.
Simpan dlm bekas bertutup rapat
NOTA : Boleh tambahkan kacang goreng dan ikan bilis goreng jika suka.
Kongsi resepi : eka zahra via mahn
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Teringinkan kuih muih tradisional yang berinti manis untuk teman secawan kopi di petang hari. Ini RASA bawakan enam jenis kuih muih tempatan yang berinti manis dan mudah disedia dan ringkas bahan-bahannya, dan paling penting rasa tidak pernah mengecewakan.
Terutamanya kuih ketayap, bagaikan terasa-rasa di hujung lidah rasa manis intinya dan lembut lapisan tepung yang membungkus inti. Tak berkenan kuih ketayap ada lagi lima yang lain boleh anda cuba buat dan nikmati rasanya.
KUIH KETAYAP
BAHAN-BAHAN
Kulit:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau
Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
3/4 cawan gula merah
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan | disimpulkan
1/2 cawan air
2 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
Taburkan tepung gandum. Kacau rata. Sejukkan inti.
Untuk sediakan kulit: Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
Seterusnya, campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan sebati.
Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
Sapukan kuali dengan sedikit minyak.
Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak.
Ketepikan. Lakukan cara yang sama hingga habis adunan.
Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
Ambil sesudu penuh inti, letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
Sedia dihidangkan.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
2 sudu besar tepung gandum
secubit garam
1 1/2 cawan air
1 cawan pati santan | dicampur sedikit garam
Minyak masak secukupnya
Daun pisang | dilayur atas api kecil
Bahan Inti:
1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan |disimpul
1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
Masak hingga gula hancur.
Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
Angkat dan sejukkan.
Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan.
Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi.
Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu sudu teh inti.
Tutup inti dengan doh dan letakkan satu sudu teh santan pekat.
Kemudian lipat seperti biasa.
Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit.
ONDE-ONDE BUAH MELAKA
BAHAN-BAHAN:
500 gram tepung pulut
4 helai daun pandan | dikisar dengan 1 /2 cawan air
1 cawan air
Gula melaka | dipotong kiub
Kelapa parut putih secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Didihkan air dalam periuk., jika suka.
Tepung pulut dimasukkan ke dalam mangkuk adunan.
Tuang jus daun pandan, gaul rata. Tambah air sedikit demi sedikit dan adun hingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan dan mangkuk .
Sementara itu, gaul kelapa parut dengan sedikit garam atau secukup rasa.
Letakkan kelapa parut ke dalam loyang dan ratakan.
Seterusnya, ambil sedikit adunan doh, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, tutupkan guna melaka dengan doh dan bulat-bulatkan seperti guli.
Masukkan ke dalam air mendidih. Buat 10 – 15 biji sekali rebus.
Bila onde-onde timbul pada permukaan air mendidih, biarkan dalam 30 saat lagi, keluarkan dan toskan airnya.
Masukkan dalam dalam loyang berisi kelapa parut tadi.
Golek-golekkan agar onde-onde bersalut dengan kelapa. Lakukan cara yang sama sehingga onde-onde habis direbus.
PAU GORENG INTI INTI KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung kuih pau
6gm yis segera
50gm minyak sayur
1/2sudu teh garam
100gm gula halus
250gm air suam
Bahan Inti:
200gm kacang merah
100gm gula perang
1/2 sudu teh gula merah
1/2sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti pau. Rebus kacang merah sehingga separuh kembang.
Kemudian masukkan kacang ke dalam bekas pengisar bersama sedikit air, kisar sehingga halus.
Seterusnya, masukkan ke dalam periuk bersama gula perang, gula merah dan garam.
Kacau rata dan masak sehingga pekat. Angkat dan sejukkan.
Untuk membuat kulit pau pula. Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
Selepas itu satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Uli adunan ini selama lima minit.
Bentuk doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 50gm.
Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
Kemudian isikan inti dan bulatkan doh.
Simpan selama sejam.
Akhir sekali panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga pau berwarna keperangan.
KUIH CARA MANIS
BAHAN-BAHAN:
cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
Gula pasir secukupnya | untuk dijadikan inti
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan
CARA MEMASAK:
Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis.
Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!