Pulut Bakarmerupakan salah satu kuih tradisional yang digemari oleh orang-orang Kelantan. Ia merupakan pulut yang dimasak, kemudian dibungkus dengan daun pisang seterusnya dibakar. Rasanya pula manis-manis dan ada bau bunga cengkih. Sedap! Tapi agak sukar untuk mendapatkan juadah ini. Ada yang teringin nak cuba? Saudari Rohayah Mohd Noorada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan beras pulut kemudian rendam salaam 2-3 jam. Kemudian toskan. 2. Panaskan periuk kukusan dan kukus pulut tadi selama 30 minit. Angkat dan masukkan pulut ke dalam kuali besar. 3. Masukkan gula, sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak dan bunga cengkih. Arun (kacau) pulut menggunakan sudip kayu sehingga gula dan garam bergaul rata. Bunga cengkih jumlahnya ikut cita rasa. Jika suka bau yang kuat, lebihkan. Jika tidak suka, kurangkan tetapi harus letak kerana ia adalah ‘trademark’ Pulut Bakar. 4. Masukkan santan pekat. Arun (kacau) lagi sampai nampak sekata. 5. Masa katas dapur dengan api perlahan dan terus arun sampai nampak pulut, santan dan gula menyerap elok (sering). Padamkan api. 6. Sejukkan pulut terlebih dahulu. Kemudian bolehlah buat bulat-bulat dan bungkus dengan daun pisang.
7. Bakar seperti dalam gambar sehingga sedikit hangus.
Makan berlauk acar ikan talang memang menyelerakan. Boleh bertambah makan nasi. Kalau dah teringin, jomlah masak dan cari ikan talang kering sebagai watak utama untuk menu ini. Buah-buah kering sebagai optional, nak masukkan boleh, tak nak masukkan pun boleh. Tapi kalau tambah lagi sedap.
ACAR IKAN TALANG
Bahan-bahan:
500g ikan talang kering- potong ikan talang jangan kecil sangat jangan besar sangat. Ambil bahagian isi. Lepas siap potong, rendam sekejap kemudian cuci hingga bersih.Keringkan,goreng isi tadi hingga garing. Dah siap toskan minyak, minyak yang goreng simpan.
Bawang besar, bawang putih dan halia. Kuantiti agak sesuai dengan kuantiti ikan.
Cili kering -dikisar
Bawang merah dan putih belah dua, halia potong mancis. Rendam semua ni dalam cuka. Jangan banyak sangat cuka. Nanti masam dan bau cuka.
Gula Melaka, lobak masin (basuh dulu), biji sawi, halba, kari ikan. Kemudian ambil serba sikit jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar, sangai sekejap dan kisar halus.
Cara memasak:
1.Panaskan minyak bekas goreng ikan talang tadi ni, tumis biji sawi dan halba. Dah naik bau masukkan bahan-bahan kisar tadi, bawang dan halia. Dah garing elok baru masukkan cili kisar. Tumis sampai betul-betul pecah minyak, baru la masukkan serbuk kari dalam 2 sudu, dan jintan yang dikisar tadi ni. Goreng sehingga pecah minyak. Baru masukkan gula Melaka. Masak lama sikit pun ok.
2. Bila bahan tumis dah masak elok, masukkan bahan-bahan yang direndam dengan cuka tadi. Masukkan sekali dengan cuka yang rendam tu.
3.Masukkan buah-buahan kering.
4.Masukkan lobak masin.
5.Masukkan ikan talang goreng tadi.Gaul sebati. Biarkan ia masak sampai pecah minyak sekali lagi. Kacau sekali sekala, jangan sampai hancur ikan. Biarkan acar ni atas api perlahan, bagi semua rasa sebati. Lagi lama lagi elok dan sedap.
6.Akhir sekali tabur bijan. Siap untuk dihidang. Sejukkan betul-betul sebelum letak dalam bekas. Kredit:Norshakinah Shaleh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Hidangan Air Tangan VIP kali ini memang ‘awesome’ resipi ori diwarisi dari ibu tersayang.. Walaupun sibuk bertugas sebagai Pengurus Grup Agensi Amanah Saham dan Usahawan Al-Quran bertanda, beliau tetap ada masa memasak untuk keluarga dan tetamu .
RASA menghurai petua dari Datin Nor Hafizah Saad ,45 tahun, yang handal memasak lauk pauk asli Kedah warisan keluarganya.
.Aktif di Instagram, rakaman photo shoot majalah RASA pada hari itu turut disiarkan secara langsung di akaun IG@ norhafizahsaad. Bagaimana cerianya kandungan instagram wanita peramah ini, begitulah dirinya bila diajak bersembang dan temuramah.
Usahawan berasal dari Lubok Buntar, Serdang Kedah ini adalah suri hati kepada Datuk Ramli Abdul Manaf , 52 tahun dan ibu kepada seorang cahaya mata Muhammad Ar-Rayyan Ramli berusia 4 tahun.
“Datuk tak makan masakan pembantu rumah. Dia nak masakan air tangan isteri sebab katanya isteri ada buat apa makan lauk air tangan pembantu rumah. Bukannya kahwin dengan ‘maid’ pun,”katanya diikuti dengan gelak ketawa.Bertemu jodoh agak lewat usia ketika berusia 40 tahun, pastinya rumahtangga yang baru terbina selama lima tahun ini cukup hangat dengan kasih sayang .
Semasa kami tiba hidangan tradisional Kedah telah pun dihidang cantik di dalam set pinggan mangkuk Port Meirion yang tekenal dari Britain dan Korea. Beliau membuat persediaan masakan seawal 6 pagi untuk menyiapkan empat menu istimewa ini iaitu Nasi Leuni , Sambal Ikan Bilis Bersama Terung Pipit, Kuih Serabai dengan kuah durian serta Mi Udang.
Ada cerita di sebalik sajian Nasi Lemuni yang berwarna hitam atau ungu tua ini. Warnanya adalah dari daun pokok lemuni yang berwarna hijau dan ungu di belakang daun. Jika di kampungnya pokok Lemuni senang didapati, bila tinggal di KL beliau mendapatkan bekalan dari rumah bapa saudaranya di Ampang yang menanam pokok ini.
“ Bila masak nasi lamuni, jangan kedekut ramuan. Bagi satu cawan beras, masukkan segenggam atau dua biar lebih berperisa rasa daunnya. Begitu juga dengan santan , sukatannya sama dengan jumlah beras. Gunakan pati santan dan kisarkan bersama daun lamuni.
Nak sedap lagi tambahkan sedikit lada hitam dan juga halia. Nasi ni juga sesuai dimakan untuk wanita dalam pantang bersalin. Tapi hati-hati lepas makan ‘angin’ terlepas keluar dari badan,” cerianya tertawa kecil.
Bercerita mengenai kuih serabai yang dimakan bersama kuah durian petuanya jika mahu lebih sedap boleh sahaja menggunakan durian Musang King dan gula Melaka. Jika gemarkan kelapa serabai juga boleh ditambahkan kelapa parut untuk menjadikannya serabai kelapa. Inilah antara sajian sarapan dan minum petang disukai keluarganya yang menetap di Pulau Pinang..
Berasal dari Kedah, Datin Fiza dan keluarga tinggal dan membesar di Pulau Pinang. Ibunya berniaga makanan di pasar malam memang handal memasak dan menjual laksa, bihun utara dan air tebu di gerai.
“Laksa mak cukup laris, sehari kami masak 30kg ikan sardin untuk laksa, boleh licin habis. Hari-hari saya tengok mak saya cukup ligat memasak. Kami empat beradik tolong aje. Dan hari-hari juga mak berpesan suruh belajar masa, sebab kalau dia ‘takde’ siapa yang nak tunjukkan cara masak. saya suka memerhatikan apa yang dimasak oleh mak,” imbaunya lagi.
Patutlah Datin Nor Hafizah cukup cekap di dapur. Beliau adalah pemerhati yang baik dan terang hati. Walaupun belajar memasak di usia 30 an, tetapi kini banyak resipi warisan ibunya telah pun ‘dikuasainya’.
NASI LEMUNI
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Masukkan semua bahan dan beras ke dalam periuk nasi 2. Tutup periuk dan biarkan hingga masak.
SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Goreng ikan bilis separuh masak. Asingkan. 2. Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga kekuningan. 3. Masukkan bahan kisar dan masak sambal di atas api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan ikan bilis, sos tiram, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 4. Kemudian masukkan terung pipit dan masak sehingga terung lembut. Angkat dan hidang.
KUIH SERABAI DAN KUAH DURIAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan gula dalam sebuah cawan diisi 1/2 cawan air suam dan masuk yis. Biarkan selama 10 minit or sehingga naik kembang 2. Masukkan tepung gandung dan tepung beras dengan santan dan digaul masukan juga garam 3. Masukkan yis yang sudah kembang bersama tepung yang dah di bancuh 4. 4. Panaskan acuan serabai (kalau tak ada gunakan kuali dalam bersaiz 20cm – 8 inci kuali biasa atau kuali non-stickable). 4. Sapukan minyak dengan sehelai daun pandan yang celup dengan minyak. Biarkan minyak dalam acuan panas betul-betul panas. Sederhanakan api dapur dan tuangkan adunan tepung serabai 3/4 penuh. 5. Masak dengan apai perlahan sehingga masak.
Cara masak kuah durian : 1. Masukkan gula dan air 2. Masukkan bahan bancuhan ke dalam kuali yang sedang panas sederhana. Masak dan kacau sebatian ini. Bila mula didih, masukkan bancuhan santan dan tepung jagung dan juga durian 3. Masak hingga tepung jagung dan santan berubah warna kepada keemasan. Kepekatan terpulang pada berapa lama anda masak. perlu ingat. Bila sejuk kuah ini akan pekat dua kali dari masa panas. maka tentukan ia jangan terlalu pekat.
MI UDANG ISTIMEWA
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan udang laut dengan cara belah belakang dan buang tali hitam di belakang, dan potong janggut. tak buang kepala dan kulit Udang. 2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar halus sehingga naik bau. 3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing dan pecah minyak. 4. Masukkan kentang lenyek diikuti air secukupnya. Anda perlu agak-agak kuantiti air, jangan kuah terlalu pekat. 5. Masukkan sos cili ,masak sehingga kuah mendidih. 6. Kemudian masukkan udang, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 7. Hidang dengan cara tuang kuah dan udang di atas mi dan taburkan dengan bahan hiasan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
‘Tumis darat’ ialah cara masakan ramuannya di tumis dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bahan lain seperti sayur-sayuran dan bahan-bahan lain direbus dahulu dengan santan tanpa ditumis. Cara ‘tumis darat’ ini hanya dibuat kepada masakan sayur yang menggunakan santan dan rempah-rempah.
Gulai kari tumis darat. Arwah Opah yang ajar. Teknik memasaknya lebih mudah berbanding kari biasa yang bumbunya ditumis dahulu. Jika guna ikan kering lagilah sedap. Ayam dan daging saja yang tak berapa kena dengan gulai cara begini.- Hasnita Shaari
CARA MEMASAK:
1) Di dalam belanga gabungkan serbuk kari, santan, ikan, sayuran kegemaran dan asam keping. Tanak atas api sederhana.
2) Sementara itu tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga agak garing. Api jangan kuat sangat ya.
3) Apabila gulai sudah menggelegak, tuang tumisan bawang dan minyak yang masih panas itu semuanya ke dalam gulai kari. Tutup api. Perasakan garam.
Siap.
Kongsi resipi: Hasnita Shaari
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.