Kalau ada roti kat rumah yang dah nak expired, boleh buat puding roti ni. Mudah untuk disediakan dan yang penting, sedap dimakan. Anak-anak pun mesti suka. Jom kita lihat resipi yang dikongsi oleh saudari Shikin Shikin ni. Selamat mencuba.
PUDING ROTI
BAHAN-BAHAN:
4 keping roti *
1 cawan gula *
1 cawan susu cair *
1/2 cawan susu pekat *
2 biji telur *
2 sudu besar marjerin *
3 cawan air
10 gram agar-agar serbuk
3 ketul gula batu
Pewarna
CARA PENYEDIAAN:
Kisar bahan-bahan bertanda * hingga halus dan hancur. Ketepikan sebentar.
Sementara itu, masukkan air, serbuk agar-agar dan gula batu ke dalam periuk. Kacau sehingga larut dan jernih.
Bila dah larut, masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam agar-agar yang sudah cair.
Kacau sehingga pekat. Boleh padamkan api.
Bahagikan agar-agar kepada beberapa bekas.
Masukkan pewarna ke dalam bekas dan kacau sebati.
Masukkan agar-agar ke dalam loyang secara berselang seli mengikut warna sehingga habis.
Ramai akui Daging Hitam orang Sarawak memang terbaik. Patutlah ia menjadi kebaggaan orang Sarawak, rasanya pedas manis yang sungguh sedap, sekali makan memang nak lagi. Kalau nak tahu apa rahsia kesedapannya, korang kenalah cuba resipi Daging Masak Hitam Gula Apung ni.
DAGING MASAK HITAM GULA APONG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis
4 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan gula Apong
5 sudu makan pes cili kering
Sedikit air asam jawa
Garam dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
4 batang serai
3cm lengkuas
3cm halia
CARA MEMASAK:
Gaulkan hirisan daging bersama kicap pekat dan gula Apong, perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan cili kering.
Setelah garing masukkan bahan kisar. Kacau rata hingga timbul minyak.
Seterusnya masukkan daging yang telah diperap tadi.
Kacau rata hingga air daging kering.
Akhir sekali perasakan dengan air asam jawa, serbuk perasa serta garam secukup rasa.
Setelah daging empuk, sedikit garing dan cukup rasa tutup api.
Sama seperti membuat tako pandan dan jagung sebab tak ada sengkuang cina kebetulan ada keladi, buatlah Tako keladi. Sediakan dulu acuan guna daun pandan atau cawan dadih.
Tako keladi Lapisan bawah. 1 cawan tepung jagung 1/2 cawan keladi potong dadu kecil-kecil dikukus /rebus 4 cawan santan air + 1 cawan santan cair. Kalau tak nak guna santan boleh guna air saja. Sedikit garam Pes keladi Pewarna ungu 1 1/4 cawan gula. (tak nak manis, kurangkan)
Cara membuat:
1.Adun semua bahan kecuali keladi. Tapis. Kacau atas api.Likat dan mletup-letup, angkat letak dalam acuan yang siap dah letak keladi.
Lapisan atas 1/2 cawan tepung jagung 4 cawan santan. Saya guna 1 kotak santan kecil kara + air. Jadikan 4 cawan. Sedikit garam
Cara membuat: 1.Adun semua dan tapis. Kacau atas api perlahan-lahan.Sentiasa kacau sampai likat dan meletup-letup. Angkat. Tuang atas adunan ungu tadi. Sedap makan sejuk-sejuk.
Tidak semestinya musim raya baru nak sibuk buat biskut yang disukai. Hari biasa pun boleh saja membuatnya jika ada masa terluang. Ini resipi paling simple dan sebalang boleh hadap.
Bahan-bahan:
1 kotak cornflakes 2 biji telur masin – rebus ambil kuning je 10 tangkai lada kering 3 tangkai cili padi 4 tangkai daun kari 1 sudu kecil garam 1 sudu besar gula
Cara-cara: 1. Potong cili kering. Cuci dan toskan. Potong cili padi dan ketepikan. 2. Panaskan minyak. Goreng cili kering dan cili padi hingga garing. Jangan sampai hangus ye. Angkat dan toskan. 3. Goreng daun kari hingga kering. Angkat dan toskan. 4. Masukkan kuning telur masin yang dah dihancurkan.Pastikan telur hancur. 5. Masukkan garam dan gula.Kacau sebati. 6. Masukkan cili dan daun kari ke dalam kuali. Matikan api. 7. Masukkan cornflakes kacau sebati. Angkat dan biarkan sejuk. Boleh la simpan dalam bekas bertutup. Ok siap.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!