Popia merupakan antara sajian ringan mudah yang puan-puan boleh hasilkan dalam jumlah yang banyak dan sejukbekukan. Intinya boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa masing. Salah satu resipi popia yang sedap tular di laman web masakan ialah Popia Ayam Cendawan Berkeju ni. Memang layan habis! Jom cuba resipi perkongsian saudari Radia Tussoleha ini.
BAHAN A:
1 labu bawang holland(potong cincang)
5 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam (tumbuk halus)
1 batang lobak merah (potong dadu)
Ads
BAHAN B:
1 bungkus kulit popia (50 keping)
1 paket isi ayam cincang atau 1 mangkuk daging ayam yang dipotong cincang
1 bungkus sosej ayam (potong kecil)
1 bungkus keju (6 keping)
1 tin cendawan (potong racik)
1 tin champmbells cream (cendawan or ayam)
1biji telur atau 1cawan bancuhan tepung gandum (sebagai gam)
1 kiub ayam dan garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Tumis bahan A sehingga wangi. Kemudian masukkan lobak merah diikuti sosej serta isi ayam.
Kemudian masukkan garam, kiub pati ayam. Gaul rata.
Masukkan cendawan dan charambells cream.
Akhir sekali, masukkan keju. Kacau sebati dan padamkan api. Masukkan ke dalam bekas apabila sudah sejuk.
CARA MEMBUNGKUS POPIA:
Ads
Sediakan kepingan kulit popia. Sudukan 1 sudu inti di hujung kulit popia danlipat.
Lekatkan hujung kulit popia dengan menggunakan bancuhan telur atau bancuhan tepung gandum.
Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.
Nota:
Bahan-bahan diatas boleh menghasilkan lebih kurang 50 keping popia.
Sedapnya Risoles Ragout Ayam ni. Sangat sesuai dijadikan sajian kudapan di waktu lapang atau hidangan minum petang. Terdapat pelbagai resipi Risoles yang intinya dipelbagaikan. Salah satunya yang sedap dan mudah ialah resipi yang dikongsi oleh Opah Mas Cotek. Kena dengan selera orang Malaysia. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MASAK RISOLES RAGOUT AYAM
BAHAN RISOLES: 2 cawan tepung gandum 2 cawan santan 1 ½ cawan air 1 biji telur 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan kisar hingga sebati. 2. Panaskan kuali dan masukkan 1 senduk adunan. Lenggang @ dadar hingga rata. Prosesnya seakan membuat kulit Kuih Ketayap. 3. Biarkan seketika hingga adunan masak. Tidak perlu balikkan. Buat sehingga semua adunan habis. 4. Ambil sekeping risoles, masukkan inti dan gulung dengan kemas. ( seperti Kuih Ketayap). Lakukan hingga habis.
CARA MENYALUT: 1. Celup Risoles yang telah digulung tadi ke dalam bancuhan telur. 2. Kemudian salut pula dengan bread crumb hingga rata. 3. Panaskan minyak masak dan goreng Risoles hingga kuning keemasan.
BAHAN INTI: 1 biji bawang holland – cincang 2 ulas bawang putih – cincang 1 cawan isi ayam cincang 1 batang lobak merah – dadu halus 1 tongkol jagung – hiris 1/2 cawan cendawan butang – dadu 4 sudu makan tepung gandum Sedikit daun bawang – hiris Garam, serbuk lada sulah dan kiub pati ayam secukup rasa 2 sudu makan mentega Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan mentega dan tumis bawang holland serta bawang putih hingga wangi. 2. Masukkan air dan biarkan mendidih. 3. Tambahkan ayam, lobak merah, cendawan dan jagung. Kacau sebati. 4. Masukkan tepung gandum. Sebatikan supaya tidak berketul. 5. Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah dan kiub pati ayam. Masak hingga pekat. 6. Akhir sekali, masukkan hirisan daun bawang. Sejukkan inti terlebih dahulu sebelum diletakkan pada doh risoles.
Mulut asyik mahu mengunyah lebih baik jadikan tempe snek ringan yang berkhasiat. Tempe diperbuat daripada kacang soya yang mengalami proses penapaian.
Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.
TEMPE GORENG REMPAH
BAHAN-BAHAN:
Ketumbar
Jitan manis
Bawang putih
Serbuk kunyit
Garam
Tepung gandum
Air
INFO: Ikut sukatan berapa banyak tempe (Dikisar atau ditumbuk)
CARA MEMASAK:
1. Potong tempe mengikut ketebalan yang dikehendaki.
2. Bancuh bancuhan dengan bahan-bahan kisar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
3. Masukkan tempe yang sudah dibelah ke dalam bancuhan.
4. Panaskan minyak dan gorengkan tempe sehingga keperangan.
5. Bila tempe sudah garing boleh angkat dan toskan.
INFO:
Boleh makan begitu saja atau sedap cicah dengan sos atau sambal kicap.
Makain nipis tempe dipotong makin rangup bila digoreng.
Murtabak daging atau ayam adalah antara makanan jalanan atau ‘street food’ yang popular bahkan tidak asing lagi bagi orang Malaysia. Makan pula dengan kuah bawang cuka, memang sedap tak terkata. Ada juga yang gemar makan dengan kuah kari. Bagi anda yang tercari-cari resipi Murtabak Daging homemade untuk cuba buat sendiri di rumah, resipi perkongsian saudari Leeina Qaliena ni boleh dicuba. Sama macam yang anda biasa beli di pasar malam tu. Jom cuba!
2 sudu makan mentega – dicairkan dan disejukkan terlebih dahulu
1 biji kuning telur – nak guna sebiji telur pun boleh
250ml air suhu biasa
CARA BUAT DOH: 1. Satukan susu, air, kuning telur dan garam. Kacau sebati. 2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung dan mentega cair tadi. Ramas tepung hingga menjadi seakan serbuk roti. 3. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tidak melekat di tangan. (empunya resipi uli doh guna bread maker) 4. Bila doh sudah sebati dan tidak melekat di tangan, tutup bekas selama 10-15 minit untuk merehatkan doh sebelum proses seterusnya. 5. Ambil doh, timbang berat 50gm. (akan dapat dalam 17 biji)
6. Bulat-bulatkan doh tadi seperti bola pingpong. Sapukan marjerin atau mentega pada doh dan susu dalam bekas yang telah disapu marjerin.
7. Tutup bekas dan perap doh sekurang-kurangnya 4 jam sebelum ditebar.
8. Prosesnya sama seperti membuat roti canai. Kalau uli malam, esok pagi sudah boleh dicanai. Simpan doh di suhu bilik sahaja.
BAHAN INTI MURTABAK:
1 pek daging kisar – empunya resipi guna 3 keping daging burger saiz besar yang dihancurkan
Telur (empunya resipi guna 2 biji telur untuk sekeping murtabak)
CARA MEMASAK: 1. Panaskan 2 sudu makan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga berbau wangi. 2. Masukkan daging. Kacau dan biarkan seketika hingga daging masak.
3. Masukkan rempah dan sedikit air. Masak hingga rempah pecah minyak. Masukkan juga garam dan serbuk perasa.
4. Seterusnya masukkan kentang dan masukkan sedikit air. Tutup kuali untuk cepatkan kentang menjadi lembut.
5. Bila kentang sudah lembut, masukkan bawang besar, hirisan kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga masak. Inti siap dan sejukkan.
CARA MEMBUAT MURTABAK:
Untuk proses ini, ada 2 cara:
Cara 1: Boleh terus tuang inti di atas doh yang siap dicanai dan masak atas api seperti memasak roti telur. Cara ini sesuai jika masak guna kuali besar seperti di kedai. Tebar doh, bentang atas kuali, tuang inti, lipat dan terus dimasak.
Cara 2: Masak dulu inti di atas dapur supaya proses membuat murtabak jadi lebih senang dan inti tidak bocor semasa diangkat ke atas kuali. Cara ini lebih senang untuk kita yang buat di rumah dengan kuali yang kecil.
CARA EMPUNYA RESIPI (UNTUK 1 BIJI MURTABAK) 1. Ambil 2 sudu makan (membukit) inti dan campurkan dengan 2 biji telur. Kacau rata dan tuang atas kuali. 2. Masak inti dan bentukkan segi empat. 3. Ambil doh tadi dan canai @ tebar hingga nipis.
4. Letakkan kepingan telur dan inti yang digoreng tadi di atas doh.
5. Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah serta kemaskan. Sedia untuk dimasak.
6. Percikkan sedikit minyak dan terbaikkan murtabak supaya masak sekata.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama Jeruk Bawang.
Leganya tekak bila dapat minum Jus Limau Kasturi musim-musim panas begini. Bila musim panas, dapat pula minum minuman yang masam-masam, terasa segar seluruh tubuh....