Pizza Hawaiian Chickenhomemade resipi perkongsian saudari Aishah Mohamed ni nampak sangat sedap. Hanya guna kepingan wrap dan beberapa bahan-bahan mudah yang lain sahaja. Memang jimat. Sesuai sangatlah dihidangkan untuk keluarga sebagai sajian makan malam. Malah boleh juga dijadikan sajian sarapan. minum petang, atau bila-bila masa yang sesuai. Paling penting sangat mudah. Campak-campak sahaja bahannya, 30 minit dah boleh makan. Jom cuba!
CARA BUAT PIZZA HAWAIIAN CHICKEN SEDAP BOLEH MASAK SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN PIZZA HAWAIIAN CHICKEN:
3 keping roti rolls up wraps 1 ketul dada ayam – potong dadu Pizza topping grated cheese Bawang holland – potong dadu – beli online disini 1/2 biji cili benggala – potong dadu Nanas secukupnya – potong dadu 5 sudu makan tomato puri – beli online disini 1 sudu makan sos cili – beli online disini Maggi cukup rasa secukupnya 2 sudu makan minyak zaitun – beli online disini
CARA MEMASAK PIZZA HAWAIIAN CHICKEN:
1.Potong dada ayam dan 1/2 biji bawang holland menjadi saiz dadu. Kemudian cuci dan gaulkan dengan sedikit maggi cukup rasa dan minyak zaitun. 2.Goreng dalam kuali sehingga ayam dan bawang masak. Tidak perlu sampai garing. 3. Ambil kepingan roti roll up wrap kemudian layurkan seketika di dalam kuali. 4. Campurkan tomato puri bersama sos cili. Gaul rata. 5. Sapu campuran tomato puri dan sos cili diatas setiap keping roti wraps yang telah dilayurkan tadi. 6. Letak campuran isi ayam dan bawang yang telah digoreng tadi diatas wraps dan letak topping cili benggala, nanas serta keju dengan secukupnya. 7. Bakar dalam ketuhar mengguakan api atas selama 15 minit pada suhu 180C. 8. Pizza Hawaian Chicken homemade sedia untuk dinikmati.
Croissant yang ada kat rumah tu sebenarnya sedap juga bila dibelah tengah dan ditambah serunding serta Keju Cheddar Chesdale. Gandingan yang cukup sempurna dan menyelerakan. Kalau sahur makan hidangan ni pun dah cukup mengenyangkan.
Jangan lupa tambah Keju Cheddar Chesdale. Bukan sahaja berkhasiat, keju ini juga menyedapkan lagi rasa hidangan serta tinggi kalsium dan protein untuk tumbesaran anak-anak. Memang memikat selera. Mesti kena cuba tau!
CROISSANT INTI SERUNDING & KEJU
BAHAN-BAHAN:
4 biji croissant
8 keping Keju Cheddar Chesdale
1 cawan serunding daging
½ cawan bawang goreng
CARA MEMASAK:
Belah croissant di bahagian tengahnya.
Letak serunding secukupnya di dalam croissant.
Letak 2 keping Keju CheddarChesdale di atas serunding lalu tutup croissant.
Letakkan croissant berinti serunding dan Keju CheddarChesdale tadi di atas kuali non-stick yang telah disapu sedikit mentega.
Panaskan croissant pada kedua-dua bahagian dan biarkan Keju CheddarChesdale sedikit cair/meleleh.
Tabur bawang goreng dan lebihan serunding atas croissant dan hidangkan segera.
Cuti hujung tahun hampir tiba. Inilah masa untuk mencuba variasi resipi baru. Antara resipi yang boleh dicuba adalah Pastry Tuna Chesdale dan Ayam Kentang Bakar Berkrim inspirasi dari Amerika Syarikat. Tak perlu travel jauh-jauh, anda boleh saja masak sendiri di rumah. Jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan Chesdale untuk hasil yang lebih enak. Selamat mencuba!
AYAM KENTANG BAKAR BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
8 ketul bahagian atas peha ayam
4 biji kentang muda (saiz medium) – bersihkan & belah dua
200ml Anchor Cooking Cream
500ml stok/air rebusan ayam
300gm Perfect Italiano Perfect Bakes
2 sudu makan minyak sayur
5 ulas bawang putih – cincang
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan daun kari – cincang
2 biji bawang holland – potong bulat
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Cincangan daun kari segar/saderi – untuk ditabur sebagai hiasan
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam pada ayam.
Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak sayur. Letak ayam tadi dan pan fry sekejap dikedua-dua bahagian untuk mendapatkan warna perang. Ketepikan.
Di dalam mangkuk, satukan Anchor Cooking Cream, stok ayam, cincangan bawang putih, rempah kari, cincangan daun kari, garam dan serbuk lada hitam secukupnya. Kacau rata.
Sediakan mangkuk tahan panas yang disapu sedikit minyak. Susun ubi kentang dan hirisan bawang hollang di bahagian bawah mangkuk.
Susun pula ayam yang telah diperangkan tadi di dalam dulang pembakar.
Tuang campuran cream ke atas ayam.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit.
Setelah 40 minit, buang penutup dulang lalu tabur keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan teruskan bakar selama 15-20 minit lagi.
Jika anda ada lebihan roti di rumah, boleh cuba resipi Mozzarella Stick with Cinnamon & Caramel Sauce ini. Sangat mudah nak buatnya, mak-mak mesti suka. Rasanya saling tak tumpah seperti Cinnamon Stick di Auntie Anne’s. Anda boleh cuba buat sendiri di rumah.
Yang penting, jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella untuk mendapatkan regangan yang sempurna dan meningkatkan rasa dalam masakan. Keju ini memiliki tekstur yang lembut dan kenyal serta berkrim dengan kandungan tenusu asli berkualiti tinggi dari Australia. Selamat mencuba!
MOZZARELLA STICK WITH CINNAMON & CARAMEL SAUCE
BAHAN-BAHAN:
7-8 keping roti putih
250gm Keju Perfect Italiano Mozzarella
50gm Mentega Anchor Unsalted | dicairkan
Cinnamon sugar secukupnya
Sos karamel secukupnya
CARA MEMASAK:
Buangkan bahagian tepi roti dan leperkan roti menggunakan roller.
Di atas roti, taburkan Keju Perfect Italiano Mozzarella di atas roti dan gulung kemas. Buat sehingga roti habis.
Sapukan mentega pada dulang pembakar. Susun roti di atas dulang pembakar dan sapukan mentega yang telah dicairkan pada bahagian atas roti.
Kemudian, taburkan cinnamon sugar secukupnya.
Bakar pada suhu 200C selama 15 minit atau sehingga roti keperang-perangan dan rangup.
Tuangkan sos karamel pada roti. Hidangkan panas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Santan cepat basi? Ketahui rahsia santan tahan lama dengan petua mudah. Dari pemilihan kelapa, teknik perahan, hingga cara simpan santan agar masakan kekal segar & berlemak!