Bagi penggemar menu Sotong Bakar, resipi pes yang dikongsi dari saudari Rosmawati Mohammad ni antara yang terbaik untuk dicuba. Ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan menjadikan resipi ini begitu menarik sekali. Hanya menggunakan tiga bahan utama ditambah dengan garam serta gula bagi melengkapkan rasa, lauk ini tentunya pilihan terbaik untuk membuka selera keluarga. Ada yang tak sabar nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI PES SOTONG BAKAR 3 BAHAN YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Sotong segar secukupnya
BAHAN SOS PERAPAN: Sos 3 rasa Mahsuri (atau boleh guna campuran sos cili & sos tiram) – beli online disini 1 sudu serbuk kari – beli online disini 1 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini Garam buluh -boleh gantikan dengan sos ikan atau garam biasa Sedikit pemanis Sweetality – boleh gantikan dengan madu atau gula biasa
CARA MEMASAK PES SOTONG BAKAR:
1.Bersihkan sotong dan kelar. Jumlahnya bergantung cita rasa masing-masing. Jika guna sotong yang banyak, gandakan bahan sos perapan. 2. Satukan bahan-bahan sos perapan. Gaul semua bahan hingga rata. 3. Lumurkan pada sotong yang telah dibersihkan dan dikelar tadi. Lagi lama diperap, lagi sedap rasanya.
4. Panaskan kuali atau pan tahan lekat dan bakar sotong tadi hingga masak. 5. Bila sudah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati.
Udang masak Thai style, selalu kita masak ikut cara kita kali ini ikut cara negara jiran.
Resipi yang pernah tular beberapa tahun lalu ini dikongsi Ameera menggunakan akar ketumbar yang memang menjadi ramuan masakan Thai.
Rasa pedas, masam, manis dan aroma herba yang segar menjadikan udang masak Thai ini lain daripada yang lain. Boleh dihidangkan bersama nasi putih panas atau dijadikan lauk istimewa bila ada tetamu.
Resipi Udang Masak Thai Style
Bahan-Bahan
10-12 ekor udang – gaul dengan garam dan serbuk kunyit, goreng sekejap
15 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
4 biji cili padi (tambah jika mahu lebih pedas)
1 tangkai cili hidup
Sedikit akar/batang ketumbar
2 batang serai – dititik
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos ikan (pilih yang ada gambar sotong, lebih sedap)
2 sudu makan sos tiram
6 helai daun limau purut – dihiris
1 sudu makan gula
Sedikit mushroom seasoning (atau secukup rasa)
Air secukupnya
Daun ketumbar – untuk taburan akhir
Cara Penyediaan
1. Kisar bawang kecil, bawang putih, cili padi, cili hidup dan batang ketumbar hingga halus.
2. Dalam minyak gorengan udang, tumis batang serai yang telah dititik hingga naik bau.
3. Tumis hingga naik bau wangi.
4.Tambah sos cili, sos tiram dan sos ikan. Gaul sebati.
5. Sekadar untuk membentuk kuah yang sedikit pekat.
6. Bagi menaikkan lagi aroma Thai.
7. Tambah gula dan mushroom seasoning secukupnya.
8.Gaul hingga mesra dan kuah sedikit pekat.
9. Akhir sekali taburkan daun ketumbar: Gaul sebati dan boleh dihidangkan.
Tip Ekstra Udang Masak Thai Style
Boleh tambah perahan limau nipis untuk rasa lebih segar.
Jika tak suka terlalu pedas, kurangkan cili padi atau buang bijinya.
Sajian laut Baba Nyonya atau Cina Peranakan memang serasi dengan tekak orang Melayu. Pengaruh sajian Melayu terutama bahan ramuannya banyak yang menyamai ramuan sajian Melayu.
Ni dua sajian ikan resipi Cina Peranakan yang dikongsi oleh Kolej Yayasan Felda Pahang. Berbaloi-baloi untuk dicuba …
IKAN GERANG ASAM BAHAN-BAHAN :
1 keping kepala ikan merah
1 kuntum bunga kantan
2 sudu makan asam jawa
2 helai daun limau purut
1 tangkai daun kesum
2 biji bendi
1 biji tomato
1/2 kiub ikan bilis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
3-5 sudu makan cili kisar
Bahan kisar halus :
5-7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
50gm kunyit hidup
50gm lengkuas
30gm serai | dihiris
1 biji buah keras | dihiris
15gm belacan
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga naik bau. 2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak, guna api kecil dan kacau selalu. 3. Masukkan air asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan), biarkan ia mendidih. 4. Masukkan ikan, kiub ikan bilis dan masak seketika. Tambah bendi, daun kesum dan daun limau purut. 5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa 6. Akhir sekali masukkan tomato yang telah dibela empat, masak sebentar dan rasa. 7. Tutup api dan hidang panas bersama nasi.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 1 jam 15 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Sajian Baba Nyonya Keistimewaan : Resipi ni seakan asam pedas, tapi ada rasa uniknya tersendiri Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Usah biarkan ikan masak terlalu lama untuk mengelakkan ikan hancur
IKAN TENGGIRI CHUAN-CHUAN
.BAHAN-BAHAN :
3 keping ikan tenggiri
50gm kunyit serbuk
10gm garam
Minyak masak secukupnya
Bahan tumis :
2 biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris atau tumbuk
2 biji cili merah | dihiris
3 sudu makan taucu
100ml air asam jawa
Bahan hiasan : 10gm bawang goreng 10gm daun bawang
CARA MEMASAK : 1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit, garam dan goreng ikan tenggiri sehingga garing, dan ketepikan. 2. Ambil sedikit minyak gorengan ikan tadi dan tumis bahan tumis seperti bawang besar, bawang putih, dan hirisan cili merah sehingga naik bau. 3. Kemudian masukkan taucu dan air asam jawa. 4. Biarkan kuahnya pekat sedikit, apabila pekat masukkan sedikit gula dan sedikit garam secukup rasa. 5. Setelah masak tuangkan kuah di atas ikan tenggiri yang telah digoreng tadi. 6. Akhir sekali taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : goreng Jenis masakan : Sajian Baba Nyonya Keistimewaan : Ramuan taucu memberikan rasa lemak masin yang lazat. Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Gunakan non stick pan ketika menggoreng ikan bagi mengelakkan isi ikan melekat pada kuali.
RESIPI :MOHAMAD RIZAM HUSSIN, MUHAMMAD AMIRUDDIN ABU BAKAR
TERIMA KASIH :Kolej Yayasan Felda Pahang,
Feldajaya Timur Mempaga,Karak, Pahang.http://www.yayasanfelda.org
Siapa yang tak suka makan lauk-pauk warisan orang lama. Sajian kali ni bukan orang Johor aje suka, semua rakyat Malaysia pun boleh ‘jatuh cinta’ dengan masakan ni.
Ni min kongsikan 4 sajian dari daging, sotong dan tempe. Resipi No 4 jangan lupa semak,Nasi Beringin tapi diolah sikit letak daun pudina dari hotel The Pearl KL. Resipi yang lain tu dari Bunga Lawang Cafe dan Hotel Seri Petaling, KL. Cubalah nanti, sedap teramat tau.
1. DENDENG DAGING
Bahan-bahan :
1 kg daging batang pinang
1/2 kg cili merah/ buang biji dan kisar kasar
1/2 kg bawang besar/dikisar
Sedikit kicap (gabungan kicap manis dan kicap pekat
2/3 sudu makan cuka
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak: 1. Rebus daging hingga lembut. 2. Hiris daging nipis dan ketuk atau tumbuk hingga kembang. Air rebusan daging jangan dibuang. 3. Goreng daging hingga garing. Angkat dan ketepikan. 4. Panaskan minyak, tumis cili merah dan bawang besar yang telah dikisar. 5. Apabila cili sudah masak dan naik minyak, masukkan air rebusan daging, kicap dah cuka. Kacau rata. 6. Apabila sudah pekat, masukkan daging dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Saiz hidangan : 6-7 orang Masa memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Dendeng boleh tahan lama, jika disimpan dalam bekas kedap udara
INFO CHEF: Dendeng sedap dimakan dengan ketupat dan roti selain nasi. Daging diketuk supaya ia jadi lembut dan cepat empuk.
2. SOTONG MASAK HITAM
Bahan-bahan :
6- 7 ekor sotong saiz sederhana
*3 ulas bawang putih /ditumbuk
*1/2 inci halia /ditumbuk kasar
*1/2 inci kunyit hidup /ditumbuk kasar
*1 sudu teh serbuk jintan manis
*1 sudu teh serbuk jintan putih
*1 sudu teh serbuk lada hitam
1 labu bawang besar /dihiris bulat
2 – 3 batang cili hidup/ padi
1 batang serai /diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara memasak : 1. Potong sotong bulat2 dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG. 2. Kemudian tos dan ketepikan. 3. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda *. 4. Lepas tu, masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap. 5. Kemudian masukkan sotong, dan tunggu sampai sotong keluar air. 6. Kemudian masukkan cili dan bawang besar dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Saiz hidangan : 3 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Cukup kaya dengan rasa rempah ratus, dakwat hitam memberi aroma yang sedap .
INFO CHEF :Sotong jika dimasak terlalu lama akan menjadi liat, jangan menumis lebih daripada lima minit, cukup sekadar tiga minit sahaja.
3. HATI AYAM DAN SAYUR GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN :
300 gm hati ayam
200 gm kacang panjang
6 keping tauhu | digoreng dan dipotong dadu
4 keping tempe | digoreng dan dipotong dadu
100 gm ikan bilis | digoreng dan dipotong dadu
100 gm fucuk | direndam dahulu
150 gm soo hoon | direndam dahulu
20 ml kicap manis
100 gm pes cili kering
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan dihiris :
200 gm bawang merah
100 gm bawang putih
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi. 2. Kemudian masukkan pes cili kering, tumis hingga pecah minyak. 3. Kemudian masukkan kacang panjang, tempe, tahuhu, ikan yang digoreng, soo hoon, fucuk serta hati ayam. 4. Masukkan kicap manis , dan perasakan dengan sedikit garam. 5. Setelah sayur masak, sajian sudah boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 5 orang makan Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng dan tumis Jenis hidangan : Lauk utama, sayuran Keistimewaan : Sambal goreng jawa lebih enak ditambah hati ayam.
INFO CHEF: Sajian popular di Johor dan sedap diratah juga.
4. NASI BERINGIN DAUN PUDINA
BAHAN-BAHAN :
4 cawan beras basmathi
4 cawan santan /diperah dari sebiji kelapa (pekat dan cair)
2 sudu makan minyak sapi atau majerin
2 batang serai /diketuk
5 ulas bawang putih /dicincang
1 biji bawang besar /dihiris
1.5 sm halia /dihiris
2 helai daun pandan / disiat dan disimpul
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sudu makan halba
Garam secukup rasa
100 gm daun pudina /dikisar dengan sedikit air
CARA MEMASAK : 1. Basuh berat terlebih dahulu dan toskan. Rendam dahulu sekurang-kurangnya setengah jam. 2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan tumiskan bawang, bawang putih, serai, halia, bersama rempah empat sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) dan halba hingga naik bau. 3. Sediakan periuk nasi dan masukkan beras basmathi yang telah ditoskan bersama bahan tumisan tadi. 4. Kemudian masukkan santan, dan daun pudina yang telah dikisar dan daun pandan. 5. Tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan apabila kuah pekat dan surut, tutup periuk dan kecilkan api. 6. Biarkan nasi hingga masak, dan kacau sesekali supaya ia berderai. 7. Taburkan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidang
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan didih Jenis masakan : Nasi Keistimewaan : Seakan rasa nasi lemak, tetapi kurang rasa lemaknya. Ramuan halba dan rempah menjadikan ia lebih berempah dan beraroma.
INFO CHEF : Nasi beringin sangat popular di Muar, Segamat dan Batu Pahat, Johor. Ia adalah masakan tradisi orang Johor lama.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!