Bagi penggemar menu sotong bakar, resipi yang dikongsi dari saudari NurFazira Hanim Razmi ni antara yang terbaik untuk dicuba. Ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan menjadikan resipi ini begitu menarik sekali. Dinikmati pula bersama Sos Thai stail ala Danok, menjadikannya antara hidangan yang wajib anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT PERAPAN SOTONG BAKAR PALING MUDAH
& SOS THAI STAIL DANOK SEDAP
BAHAN PERAPAN SOTONG: Sotong secukupnya Serbuk kunyit Sedikit garam Serbuk secukup rasa
Ads
CARA-CARA: 1.Bersihkan sotong dan lumurkan dengan bahan-bahan perapan yang lain. 2. Boleh sumbat kepala sotong dalam badan dengan kemas kemudian cucuk dengan lidi. 3. Untuk membakar sotong, susun dalam pemanggang namun jangan tutup. Masak hingga sotong mengeluarkan airnya. 4. Angkat seketika sotong dan biarkan air dalam pemanggang kering seketika. 5. Masukkan kembali sotong tadi dan tunggu hingga masak. 6. Tidak perlu bakar sotong terlalu lama kerana nanti akan menjadi liat. 7. Angkat dan hidangkan bersama sos Thai ala stail Danok.
CARA MEMASAK SOS: 1. Racik halus nise @ gula melaka. Kemudian larutkan dalam air panas. 2. Cincang halus cili padi dan bawang putih. Masukkan ke dalam bekas larutan nise tadi. 3. Kemudian masukkan sos ikan, perahan jus limau nipis, sedikit gula, sos cili dan juga sos tiram untuk memekatkan sos. Kacau sebati. 4. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar @ daun sup, emping cili dan bawang merah yang dimayang halus. 5. Sebatikan dan rasa. Tambah mana perasa yang tidak cukup mengikut cita rasa anda. 6. Hidangkan bersama sotong bakar tadi.
Ayam goreng adalah antara lauk yang paling sedap nak dimakan pada bila-bila masa. Ketika sarapan, ada ayam goreng. Makan tengah hari pun sedap makan lauk ayam goreng. Ketika makan malam pun sedap kalau ayam goreng. Jadi, apa kata kita tengok resipi ayam goreng berempah yang sedap ni.
AYAM GORENG BEREMPAH
Bahan utama
• Ayam sebelah dipotong ikut suka
Bahan Kisar
• 3 batang serai
• 5 ulas bawang putih
• 3 ulas bawang merah
• Halia sebesar ibu jari
Bahan Lain
• 1 sudu makan serbuk ketumbar
• 1 sudu makan serbuk jintan manis
• 1 sudu makan serbuk kunyit
• 1 sudu makan serbuk cili (jika nak pedas boleh tambah lagi)
• 2 sudu makan rempah kari daging
• Sedikit garam
• 1 tangkai daun kari.
• 1 sudu makan tepung jagung.
Cara membuat
1. Masukkan Bahan Kisar dan bahan lain dalam bekas berisi ayam dan gaul sebati.
2. Perap 1 jam dan boleh digoreng.
3. Tabur daun kari yang digoreng sekali.
Musim PKP ini fikirkan menu yang mudah dan mengenyangkan. Terfikir pula untuk menu malam ni nak buat soto ayam. Cara membuatnya tak susah mana. Pasti menghirup kuah nanti.
Soto Ayam Bahan-bahan:
1/4 ayam.
1 biji bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 batang serai ( kalau yang gemuk)
lengkuas sebesar ibu jari
sedikit kunyit (jangan banyak sangat takut payah rasa)/ kunyit serbuk
1/2 sudu kecil lada putih
4 sekawan
2-3 keping daun limau purut
Cara memasak:
1.Bahan-bahan tadi kisar kecuali 4 sekawan.
2.Tumis 4 sekawan dan bahan-bahan kisar hingga wangi.
3.Letak sedikit lada putih.
4.Bila dah wangi bahan-bahan tadi, masuk kan air dan ayam.Masak hingga ayam empuk.
5.Bila dah tutup api,masukkan daun limau purut.
Begedil
Bahan-bahan:
5 biji kentang
daun sup
daun bawang
lada putih
garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Kentang potong bulat-bulat jangan tipis sangat
2.Goreng jangan garing sangat.
3.Lepas tu, tumbok hingga lembut.
4.Masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang, garam dan lada putih.
Kalau nak pakai daging cincang, goreng dulu tanpa minyak. Kemudian goreng celup telur.
Sambal kicap:
Bahan-bahan:
cili padi
bawang putih
kicap
gula dan garam secukupnya
Cara membuat:
1.Tumbuk lumat cili dan bawang putih
2.Tambah sedikit gula dan garam.
3.Kemudian masuk kicap.