Makan

Resipi Pancake Sambal Bilis Berkeju Yang Ringkas & Mengenyangkan

Share

Pancake Sambal Bilis Berkeju ni memang sesuai untuk hidangan sahur anda. Cara membuatnya ringkas pun saja. Adunan dan Sambal Bilis boleh buat sebelum tidur dan anda boleh masak masa nak bersahur nanti. Memang kenyang dan tak terasa lapar seharian. Nak hidangan lebih ‘wow’, gunakan Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna dan memikat selera. Rasa macam makan di restoran! Cubalah.

PANCAKE SAMBAL BILIS BERKEJU

Bahan-Bahan:

  • 230gram tepung naik sendiri – ayak
  • 125gram Fernleaf Susu UHT
  • 100gram Perfect Italiano Perfect Bakes
  • 125gram Fernleaf Yogurt Asli
  • 2 sudu makan minyak jagung
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh garam

Bahan-Bahan Sambal Bilis:

  • 100gram ikan bilis – cuci dan goreng garing
  • 1 mangkuk kecil cili kisar
  • 4 biji bawang merah – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 1 labu bawang besar – potong bulat
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu makan gula perang
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara Memasak:

  1. Untuk membuat sambal bilis; panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan bawang besar, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Tumis hingga sambal masak sempurna. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Untuk membuat pancake; satukan telur, minyak jagung, Fernleaf Yogurt dan Fernleaf Susu UHT
    di dalam mangkuk. Pukul hingga semua bahan sebati. Masukkan tepung naik sendiri dan garam. Kacau dengan spatula hingga jadi bancuhan yang agak likat. Rehatkan bancuhan selama 5 minit.
  3. Untuk memasak pancake; sapu sedikit mentega pada kuali non-stick. Tuang sesenduk bancuhan pancake. Letak sesudu sambal bilis di bahagian tengah dan tabur Perfect Italiano Perfect Bakes
    Bila bahagian bawah pancake telah perang, perlahan-lahan terbalikkan dan masak di bahagian yang satu lagi hingga perang. Masak hingga semua bahan habis.
  4. Angkat pancake dan letakkan di pinggan. Hidangkan panas.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN