
Isi Kandungan
ToggleNampak sedap Mufin Coklat ni. Nampak lembut dan gebu. Bagi anda yang suka makan kek dan muffin, resipi perkongsian saudari Suriati Aman ni antara yang boleh dicuba. Sangat mudah dan enak. Tak perlu lagi beli tepung pra-campuran. Anda sendiri boleh adun guna bahan-bahan mudah. Lebih istimewa resipi ni tidak perlu menggunakan mixer atau blender. Guna senduk je.Wow…Pasti menjadilah. Jom cuba!
CARA BUAT MUFIN COKLAT YANG SANGAT SEDAP & GEBU
BAHAN A:
1 3/4 cawan tepung gandum (*) – beli online disini
1/4 cawan serbuk koko (*) – beli online disini
1 sudu teh baking powder (*) – beli online disini
1 sudu teh soda bikarbonat (*) – beli online disini
1/2 sudu teh garam
1 cawan gula perang – beli online disini
BAHAN B:
1 biji telur gred A (dipukul sedikit)
1 cawan susu segar
1/3 cawan minyak masak/mentega yang dicairkan
Coklat chip secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Ayak bahan bertanda (*) dan satukan bahan-bahan B dalam mangkuk besar. Sebatikan.
2. Masukkan bahan A ke dalam bancuhan bahan B.
3. Kacau rata dengan senduk kayu. Jangan kacau lama sangat. Cukup sekadar bahan-bahan jadi rata. Kalau lama-lama nanti mufin tidak gebu.
4. Masukkan coklat chip dengan secukupnya mengikut selera masing-masing.
5. Ambil acuan dan sudukan adunan mufin dalam cup muffin hingga memenuhi 3/4 acuan.
6. Taburkan coklat cip diatasnya.
7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200°C selama 20-30 minit atau sampai masak.

INFO: Resipi ini akan dapat 12 biji mufin. Rasanya tidak manis sangat. Jika nak lebih manis, mungkin boleh lebihkan sikit gula perang.
Kredit resipi & foto: Suriati Aman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Keju Meleleh Pandan Kukus. Lembut Gebu Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kek Chiffon Pandan Orang Lama Tanpa Guna Ovalette

Bagi penggemar Kek Chiffon, resipi Kek Chiffon Pandan dari Ummu Ashraf ni patut anda cuba. Istimewa resipi beliau ini, ia adalah resipi orang lama yang tidak menggunakan ovalette. Hanya tambah pati dari daun pandan segar dan juga pati santan. Memang terbaik hasilnya. Jom cuba!
CARA MEMBUAT KEK CHIFFON PANDAN CARA ORANG LAMA
BAHAN A:
6 biji kuning telur
100 gm gula kastor – beli online disini
140ml santan – beli online disini
115ml minyak jagung – beli online disini
2 sudu makan pati daun pandan (kisar 8 helai daun pandan dengan 1 sudu besar air – perah)
2 sudu teh esen vanilla – beli online disini
1/2 sudu teh esen pandan – beli online disini
1/2 sudu teh garam
BAHAN AYAK:
180gm tepung gandum – beli online disini
20gm tepung jagung – beli online disini
2 sudu teh baking powder – beli online disini
BAHAN B:
9 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon
100gm gula kastor
Dapatkan CORELLE FAIRY FLORA 17PCS DINNERWARE SET dengan harga diskaun DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Untuk bahan A, pukul kuning telur dan gula kastor hingga kembang.
2. Dalam bekas lain, satukan santan, minyak jagung, pati daun pandan, esen vanilla, esen pandan dan garam.
3. Kacau rata semua bahan ini dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Pukul rata.
4. Seterusnya masukkan bahan-bahan yang telah diayak ke dalam adunan kuning telur tadi. Kacau hingga tidak berbintil.
5. Untuk bahan B, putih telur hingga berbuih.
6. Masukkan jus lemon, pukul hingga kembang.
7. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Teruskan memukul hingga putih telur bertanduk.
8. Kaup balikkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan pandan. Aduk dengan berhati-hati.
9. Masukkan 1/3 lagi adunan putih telur, kaup balik hingga sebati. Ulang hingga habis putih telur. Aduk dengan lembut hingga tak nampak lagi alur-alur putih telur.
10. Masukkan adunan dalam loyang kek chiffon 10 inci. Loyang jangan diminyakkan.
11. Bakar 55 minit pada suhu 170C. Letakkan loyang pada bahagian paling bawah ketuhar.
12. Selepas 30 minit, letakkan aluminium foil di atas kek untuk memastikan kek tidak merekah akibat haba bahagian atas ketuhar.
13. Selepas 55 minit, keluarkan kek dari ketuhar dan terbalikkan loyang supaya kek tergantung dan tidak kempis.
14. Biarkan kek betul-betul sejuk baru dikeluarkan dari loyang.
15. Kek Chiffon sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ummu Ashraf
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Wajib Cuba! Resipi Beef Ginger Sedap Ala Restoran Cina Muslim
Bahan Sikit, Sekejap Je Dah Siap. Resipi Bingka Susu Paling Mudah
Buat Pizza Guna Roti Sandwic. Idea Sarapan & Bekal Anak Ke Sekolah
Resipi Sos Thai Sedap. Sesuai Cicah Makanan Bergoreng & Bakar
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Kek Chiffon Pandan Sukatan Cawan, Lembut Macam Kapas

Isi Kandungan
ToggleKek Chiffon Pandan ni memang sedap dan merupakan kek popular di kalangan mak-mak kita dulu-dulu. Teksturnya yang lembut, ringan dan gebu membuatnya kek ini digemari ramai. Bagi yang nak cuba buat Kek Chiffon ni, Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Jom cuba.
CARA BUAT KEK CHIFFON PANDAN SEDAP & GEBU GUNA SUKATAN CAWAN
BAHAN A:
- 6 biji putih telur gred A
- 1 sudu teh cream of tartar – beli online DISINI
- 3/4 cawan gula halus – beli online DISINI
CARA MEMBUAT:
1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
2. Masukkan gula dan cream of tartar. Pukul lagi sehingga kental dan bertanduk. Ketepikan.
BAHAN B:
- 6 biji kuning telur
- 1/2 cawan gula halus
- 1 3/4 cawan tepung self-raising (tepung naik sendiri)
- 1/4 cawan minyak jagung – beli online DISINI
- 1/4 cawan air pandan (kisar 4 helai daun pandan)
- 1/2 cawan santan kotak (kara) – – beli online DISINI
- Sedikit pewarna hijau
CARA MEMBUAT:
1. Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama gula halus menggunakan kelajuan sederhana.
2. Masukkan minyak jagung, air pandan, pewarna hijau dan santan. Pukul lagi.
3. Akhir sekali masukkan tepung. Adun perlahan sehingga sebati. Matikan mixer.
4. Masukkan bahan A ke dalam bekas berisi bahan B sedikit demi sedikit. Kaup balikkan adunan sehingga sebati.
5. Tuang adunan Kek Chiffon Pandan ke dalam loyang. Hentak dua kali untuk membuang udara.
6. Bakar Kek Chiffon Pandan pada suhu 170C selama 1 jam menggunakan api atas bawah.
7. Bila kek masak, keluarkan kek dari ketuhar dan terus terbalikkan ke atas redai. Biarkan kek sejuk. (lebih kurang 45 minit)
8. Sisipkan keliling kek dan keluarkan kek dari loyang.
9. Kek Chiffon Pandan siap untuk dinikmati.
PESANAN DARI OPAH:
- Loyang tidak perlu dilenser dengan marjerin, minyak atau sebagainya.
- Opah guna loyang saun 22cm @ 9 inci.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
Nak buat Kek Chiffon tapi tak ada acuan? Order je online DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kuih Seri Muka Mini. Sedap, Mudah & Tak Perlu Kukus Lama
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
5 Aneka Lauk Utama Dan ‘Dessert’ Dari Jepun, Boleh Buat Kat Rumah…

Sajian negara Matahari Terbit, Jepun memang terkenal di merata dunia. Di Malaysia pun ada banyak terdapat sajian Jepun dek hangatnya sambutan dari pelanggan. Hidangan Jepun terkenal dengan sajiannya yang lazat serta mementingkan bahan ramuan yang segar dan berkualiti.
Suka makan makanan Jepun, nah, Min kongsikan 5 sajian dari negara Matahari Terbit. Konnichiwa…
1. SIZZLING BEEF TEPPANYAKI
BAHAN-BAHAN :
- 150gm daging lembu | sekeping dihiris nipis
- 2 sudu makan kicap soya
- 3 sudu makan minyak masak
- 1 sudu teh gula
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu teh lada putih
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan mentega
- 2 sudu makan sos teppanyaki
- 1 sudu teh sos ikan
- 1 sudu makan serbuk bawang putih
Cara Membuatnya:
1. Potong daging lembu kepada kepingan yang sangat nipis, kira-kira setengah sentimeter.
2. Masukkan daging lembu yang dihiris ke dalam mangkuk, tambah secubit garam, gula ,kicap sos soya, serbuk bawang putih, lada putih, sos ikan, sos teppanyaki dan satu sudu teh minyak masak dan kacau
rata.
3. Perapkan daging lembu selama beberapa minit.
4. Masukkan 3 sudu minyak masak dalam kuali kecil dan goreng bawang putih yang telah di hiris.
5. Dalam kuali sederhana atau besar, masukkan sesudu minyak yang digunakan dari bawang putih, goreng dan masak daging lembu. Kacau secara berterusan selama 4-5 minit kemudian tambah satu sudu
mentega dan bawang putih goreng.
6. Angkat dan letakkan daging ke dalam pinggan.
7. Makanan siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Kacau goreng
Jenis masakan : Inspirasi sajian Jepun
Keistimewaan : Sajian ini biasanya dihidangkan dengan sayur-sayuran dan juga nasi.
Info Chef: Anda boleh menyajikannya dengan sayur-sayuran yang digril sekali bersama daging. Pilih daging batang pinang agar cempat empuk dan lembut.
2. MATCHA KASUTERA
BAHAN-BAHAN :
- 8 biji telur
- 300 gm gula kaster
- 200 gm tepung roti | diayak tiga kali
- 1/2 sudu teh serbuk teh Matcha (teh hijau) | diayak tiga kali
- 100ml susu
- 4 sudu makan madu CARA MEMASAK :
1. Sediakan loyang segi empat tepat.
2. Sapukan sedikit mentega di bahagian dasar loyang dan alas dengan kertas parchment.
3. Panaskan ketuhar pada suhu 170°c.
4. Panaskan susu dan madu.
5. Masukkan telur dan gula di dalam mesin pemutar dan putarkan sehingga ringan dan gebu
6. Pelahankan kelajuan mesin pemutar, masukkan susu dan madu dan kacau sehingga sebati
7. Akhir sekali masukkan tepung dan matcha yang diayak, putar sehingga sebati.
8. Kemudian tuang di dalam loyang segi empat tepat yang dilapik dengan kertas parchment.
9. Bakar di dalam ketuhar selama 35 – 45 minit.
10. Keluarkan dari ketuhar, dan terbalikkan di atas redai sehingga sejuk.
11. Kikis tepi kek, keluarkan dari loyang.
12. Potong kek setebal 2 sm dan hidangkan di atas pinggan yang disediakan.
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 1 jam 15 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Sajian Jepun
Keistimewaan : Gebu lembut dengan ramuan teh hijau yang bersifat anti oksidan
INFO CHEF : Bagi mendapatkan tekstur yang gebu dan halus, tepung dan serbuk teh hijau perlu diayak sebanyak tiga kali.
3. SABA SHIOYAKI
BAHAN-BAHAN :
- 160 gm ikan saba (*sejenis ikan tenggiri di lautan sejuk)
- 50 gm lemon | dikupas baji
- 20 gm lobak (radish) | diparut
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1.Taburkan garam di atas ikan saba dan panggang hingga masak.
2. Panggang ikan dengan menyalakan pembakarnya di bahagian atas gril bahagian dalam ikan, kemudian baru bahagian kulitnya.
3. Hidangkan di atas pinggan bersama lemon, parutan lobak dan serbuk cili Jepun mengikut stail hidangan Jepun.
Saiz hidangan : 1 orang
Masa penyediaan : 10 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis masakan : Sajian Jepun Tradisional
Keistimewaan : Kesegaran dan kemanisan ikan sabo lautan sejuk
Info Chef : Ikan ini kaya dengan omega 3. Sajiannya begitu ringkas kerana orang Jepun gemar menikmati kemanisan dan kesegaran ikan asli tanpa ramuan lain .
4. GREEN TEA PASSION YUZU DOME
BAHAN-BAHAN :
Bahan span vanila (acuan bulat 20 sm) :
- 3 biji telur
- 80gm gula
- 100gm tepung
- 8gm ovelet
- 25ml air
- 20ml minyak jagung
Bahan mousse teh hijau:
- 14gm gelatin
- 45ml air
- 2 biji kuning telur
- 20gm gula
- 125ml susu
- 60gm coklat putih
- 250gm krim putar semi
- 15gm serbuk teh hijau
- 45gm air suam
Bahan passion yuzu curd :
- 100gm puri buah markisa
- 33 gm puri yuzu *sejenis buah citrus seakan lemon yang ditanam di Jepun
- 90 gm gula
- 2 biji telur
- 2gm tepung jagung
- 2gm gelatin + 6 ml air ( campuran ini dipanggil water-boom)
- 90gm mentega lembut
Bahan choc feullatine :
- 70gm coklat putih
- 26gm mentega koko
- 70 gm wafer feullantine (biskut wafer feullantine hancur)
Bahan Green Mirorr Glaze:
- 100ml air
- 200gm gula
- 200gm glukos
- 165ml susu pekat manis
- 24gm gelatin
- 96ml air
- 100gm coklat putih
CARA MEMASAK :
Cara masak span vanilla:
1. Campurkan kesemua bahan span vanilla di dalam mangkuk kecuali minyak jagung.
2. Pukul hingga gebu. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati.
3. Bakar di dalam oven bersuhu 180 darjah celcius selama 30 minit.
Cara masak mousse teh hijau :
4. Boom gelatin, didihkan susu dan campurkan ke dalam kuning telur bersama gula, kacau hingga sebati.
5. Campurkan boom gelatin dan tuang ke dalam coklat putih, kacau sebati.
6. Kemudian tambahkan campuran teh hijau dan kaup balik di dalam krim putar bersuhu 35 darjah celcius.
Cara masak choc feullatine :
7. Cairkan mentega koko dengan coklat putih berasingan, kemudian campurkan bersama dan masukkan wafer feullatine.
8. Rata dan padatkan feullatine dan potong saiz 5 sm , untuk ditebarkan atas potongan span vanilla. Bekukan.
Cara masak passion yuzu curd :
9. Didihkan buah markisa dan puri yuzu. Campurkan dengan gula, telur dan tepung jagung.
10. Masakkan sebentar, padamkan api dan masukkan boom gelatin dan pekatkan dengan memasukkan mentega dalam suhu 45 celcius.
11. Paipkan ke dalam acuan bentuk sfera bersaiz 4 sm dan biarkan beku di dalam ruang peti beku dalam peti sejuk.
Cara masak green mirror glaze :
12. Masak gula, air, glukos di atas api dengan suhu 103 darjah celcius. Campurkan boom gelatin dan kemudian campurkan ke dalam susu pekat manis dan coklat putih.
13. Masukkan beberapa titik pewarna (hijau dan kuning). Biarkan ia menjadi pekat dan masukkan dalam peti sejuk.
Penyediaan akhir :
14. Ambil acuan silikon bentuk sfera bersaiz 6 sm dan penuhkan sebanyak 75% dengan mousse teh hijau.
15. Tekankan sekeping passion yuzu curd beku dan tutupkan dengan span vanilla
16. Biarkan sejuk, tanggalkan dari acuan dan cairkan ‘glaze’ (menjadikan kilat) ke suhu 35 darjah celcius dan salutkan mousse berbentuk sfera tadi.
17. Hidangkan yuzu mousse di atas pinggan dan hiaskan bersama buah raspberi dan ais krim vanilla.
Saiz hidangan : 24 ketul
Masa penyediaan : 40 minit
Cara memasak : Sejuk beku dan dinginkan
Jenis masakan : Sajian pencuci mulut Jepun dengan pengaruh Barat.
Keistimewaan : Sedap dimakan sejuk dan lembut.
Info Chef : Sajian pencuci mulut ini menggunakan bahan asas buah markisa dan yuzu (buah citrus seakan lemon) menjadikan ia kaya dengan vitamin A dan C dan berserat.
5. OKONOMIYAKI (JAPANESE PANCAKE)
BAHAN-BAHAN :
- 150 gm tepung gandum
- 150gm keladi jepun | diparut
- 10 gm dashi * sejenis stok masakan Jepun
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 200 ml air
- 250 gm kobis | dihiris halus
- 50 ml mayonis
CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung gandum, garam, dashi dan serbuk penaik.
2 Masukkan air, telur serta keladi jepun. Kacau hinggga sebati.
3. Panaskan kuali bersama minyak masak.
4. Tuangkan adunan ke atas kuali yang sudah panas dan ratakan ke sekeliling kuali.
5. Kemudian terbalikkan adunan dan biarkan ia masak sehingga kuning keemasan.
6. Hiaskan okonomiyaki dengan mayonis di atasnya.
7. Anda juga boleh menggunakan hirisan bonita (sejenis ikan) yang dimasak sebagai hiasan
Saiz Hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 1jam 15minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis Masakan : Sajian Jepun
Keistimewaan : Lempeng Jepun yang enak dan lembut berperisa
Info Chef : Dashi ada dijual pasaraya utama,bahagian rak produk runcit antarabangsa. Di antara lain ramuannya adalah rumpai laut, kepingan halus tuna, sardin atau ikan bilis dan cendawan shiitake
.Dashi adalah bahan asas dalam kebanyakan masakan Jepun.