Resipi mi kicap papa ini menurut Nurul Wada Adilah Azmi bukan sekadar sedap tapi penuh dengan kenangan dan kasih sayang.

Resipi istimewa ini diwarisi daripada arwah ayah tercinta yang sememangnya pakar menyediakan mi kicap meriah dengan pelbagai isi daripada daging rebus, udang, sotong, ayam, sehinggalah sayur-sayuran segar.

Walaupun versi kali ini dimasak dengan bahan seadanya, rasa tetap enak dan mengundang nostalgia. Kuahnya likat, manis lemak yang berbaloi dicuba.

Resipi Mi Kicap Meriah Isi, Kuah Likat

 

Bahan-bahan

Mi kuning -dicelur
Bawang putih & halia -ditumbuk halus
Sos tiram
Kicap manis
Tepung jagung
Daging (direbus, simpan air rebusan untuk kuah)
Lobak merah, baby corn, kobis bunga, sawi (ikut suka)
Ayam, udang, sotong (jika suka)

Resipi Mi Kicap Warisan Papa Meriah Isi, Kuah Likat Sedap

Ads

Cara penyediaan

1. Tumis bawang putih dan halia tumbuk sehingga wangi.

2. Masukkan air rebusan daging dan daging yang telah direbus.

3. Tambahkan sayur keras dahulu seperti lobak, baby corn dan kobis bunga. Bila sayur lembut, masukkan ayam.

Ads

4. Perasakan dengan sos tiram dan kicap manis. Tambah air jika kuah terlalu pekat.

5. Tuangkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah likat.

6. Akhir sekali, masukkan udang atau sotong. Setelah semua masak, masukkan mee kuning celur. Gaul rata dan padamkan api.

Ads

Sos sampingan wajib cuba – cili padi, timun dipotong kecil dan sos tomato. Gaul semua bahan hingga rata dan hidang bersama mi kicap. Memang ‘terangkat’!

Kredit resipi & foto: Nurul Wada Adila Azmi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI