
Nak cuba buat sesuatu yang sedap dan menyihatkan? Cuba buat mentega kacang homemade tanpa gula ni. Jika beli di kedai, mentega kacang versi ini memang harganya lebih mahal dari yang biasa. Tapi usah risau kerana sekarang anda boleh hasilkan sendiri. Menarik kan? Jom lihat resipi perkongsian saudari Siti Iela dan bahan-bahan yang diperlukan.
MENTEGA KACANG HOMEMADE TANPA GULA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm kacang tanah tanpa kulit
CARA MEMASAK:
1. Sangai kacang tanah tanpa minyak. Guna api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak hangus.
2. Masak hingga kacang jadi seperti ini.
3. Kisar kacang menggunakan pengisar kering.
4. Kisar sehingga mendapat tekstur likat seperti ini.
5. Siap untuk dinikmati.
6. Jika mahu mentega kacang yang ada tekstur kasar, ambil segenggam kacang tanah yang disangai, tumbuk kasar dan campurkan dalam bekas mentega kacang tadi. Gaul rata dan siap untuk digunakan.
7. Selamat mencuba.
Kredit resipi & foto: Siti Iela
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Buat Pau Gebu Inti Kelapa Manis, Puas Hati Makan Pau Inti Banyak!

Pau yang berkilat dan intinya yang mewah menjadikan pau lebih sedap dan berselera untuk dinikmati. Tidak banyak pau yang dijual di luar sana diletakkan inti banyak kerana melibatkan kos. Namun jika kita buat sendiri, bolehlah letak inti banyak sikit demi kepuasan ketika makan.
Jom kita lihat resipinya.
PAU GEBU INTI KELAPA MANIS
BAHAN INTI
1/2 cawan gula melaka
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan air
2 helai daun pandan
1/4sk garam
1 cawan kelapa parut putih
1 sudu kecil tepung gandum

CARA MEMBUAT INTI
1. Dalam kuali, masukkan gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan. Masak sehingga ketulan gula larut dan menjadi likat.
2. Masukkan garam. Kacau lagi.
3. Masukkan kelapa parut. Biarkan sebati. Kacau selalu.
4. Tambahkan tepung gandum. Tujuannya supaya inti tu melekat-lekat dan tidak berderai.
5. Siap memasak, masukkan ke dalam mangkuk dan biarkan sejuk.
6. Jom buat doh pau pula.
BAHAN DOH PAU
130 ml air sejuk
2 sudu besar gula kastor
1/2 sudu kecil garam
260 gram tepung pau
1 sudu besar shortening
1 sudu kecil yis
1/2sk serbuk penaik
CARA MEMBUAT DOH PAU
1. Dalam breadmaker, masukkan air sejuk, gula kastor, garam, tepung pau, shortening, yis dan serbuk penaik.
2. Mulakan menguli selama 30 minit.
3. Rehatkan doh seketika.
4. Uli lagi selama 15 minit sehingga doh jadi elastik 70 peratus.
5. Potong dok kepada 52 gram setiap ketulan.
6. Tutupkan doh yang telah dipotong tadi supaya tidak kering terkena angin.
7. Ambil seketul dan picit-picit untuk keluarkan angin. Bentukkan bulat.
8. Buat sehingga habis doh. Kemudian rehatkan selama 10 minit dengan keadaan bertutup.
CARA MEMBUAT
1. Sementara menunggu doh direhatkan, bulat-bulatkan inti.
2. Ambil seketul doh dan masukkan inti. Bentukkan kembali membulat dengan kemas.
3. Letakkan doh yang sudah siap ada inti di atas kertas alas. Rehatkan doh selama 20 minit sebelum dikukus.

4. Kemudian, kukus selama 8 minit. Alas penutup dengan kain untuk elak air menitis atas pau.
5. Selepas dikukus, jangan terus dibuka penutupnya untuk elak pau berubah bentuk disebabkan perubahan suhu. Biarkan dulu seketika sebelum penutup dibuka.
6. Siap!

Selamat mencuba!
Untuk lebih detail, boleh tonton video yang disertakan.
https://youtu.be/DDnsWAZvM2s
Popia Mini Udang Kering, Kudapan Femes Time Raya

Popia mini udang kering memang menjadi kegilaan ramai orang ketika hampir menjelang Syawal. Rasanya yang rangup sememangnya membuka selera. RASA kongsikan resipinya untuk korang cuba buat sendiri.
POPIA MINI UDANG KERING
BAHAN-BAHAN
300 gram udang kering
Minyak masak untuk menumis
3 biji bawang merah kecil (ditumbuk)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Kulit popia
CARA MEMBUAT
1. Rendam sebentar udang kering. Cuci dan toskan. Selepas itu dikisar halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang merah kecil sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Gaul hingga udang agak kering.
4. Bila dah kering, tutup api dan sejukkan sebentar. Kemudian kisar lagi supaya udang tidak berketul-ketul.
CARA PENYEDIAAN
1. Kulit popia dipotong segi empat. Letak isi udang di tengah dan gulung. Kemudian temukan kedua-dua hujungnya dan simpul sekali.
2. Goreng guna minyak masak yang banyak. Ketika menggoreng, api kena perlahan. Kalau api besar, popia akan liat di bahagian dalam.
3. Setelah masak, angkat dan toskan.
Selamat mencuba!
Cara Mudah Buat Roti Jala Berinti Keju & Kentang Yang Lazat

Roti Jala sering menjadi pilihan untuk hidangan minum petang. Sesetengah orang menganggap sukar untuk membuat Roti Jala tetapi sebenarnya mudah saja. Kami kongsikan resipi Roti Jala yang mudah dan enak dimakan bersama Kari Kentang. Nak lagi sedap, tambahkan Anchor Cheese Slices, inti kari kentang dan gulung. Makan pula panas-panas, tak cukup satu.
Jangan lupa gunakan Mentega Anchor dan Anchor Cheese Slices untuk menambah rasa dalam hidangan. Mentega Anchor merupakan 100% mentega tulen New Zealand yang diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Ditambah pula dengan Anchor Cheese Slices yang kaya dengan protein dan kalsium, memang sedap dan tak muak bila dimakan. Cubalah, anda pasti suka!
ROTI JALA BERINTI KEJU & KENTANG
BAHAN-BAHAN A:
- 8-10 keping Anchor Cheese Slices
- Anchor Unsalted Butter secukupnya
BAHAN-BAHAN B (ROTI JALA):
- 360gram tepung gandum
- 530ml cawan air
- 230ml susu UHT Fernleaf
- 1 biji telur
- 30gram minyak
- 1 sudu teh garam halus
- Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan dalam mangkuk. Pukul menggunakan whisk hingga semua bahan sebati. Tapis ke dalam mangkuk lain. Tuang bancuhan ke dalam botol acuan roti jala secukupnya.
- Panaskan kuali non stick dengan api yang sederhana kecil. Sapu sedikit Anchor Unsalted Butter.
- Jalakan bancuhan tadi ke dalam kuali dan biarkan masak dalam 1-2 minit. Angkat dan ketepikan. Ulangi proses hingga semua bahan habis.
BAHAN-BAHAN C (KENTANG KARI):
- 3 biji ubi kentang – potong dadu
- 3 ulas bawang merah – tumbuk halus
- 2 ulas bawang putih – tumbuk halus
- 3 sudu makan serbuk kari
- 2 tangkai daun kari
- 80gram Anchor Unsalted Butter
- 100ml Anchor cooking cream
- Garam & gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Cairkan Anchor Unsalted Butter dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan daun kari serta serbuk kari. Kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu lalu tumis lagi hingga rempah masak.
- Masukkan ubi kentang dan masukkan Anchor Cooking Cream. Gaul rata. Didihkan hingga kentang empuk. Tambah garam dan gula secukup rasa. Sejukkan.
- Ambil sekeping roti jala, letakkan sekeping Anchor Cheese Slice lalu letak sesudu inti kentang. Gulung roti jala dengan kemas. Hidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jom Cuba! 24 Resipi Sambal Pelbagai Jenis Citarasa Orang Malaysia
Asam Pedas Daging Tetel Sedap, Resipi Mudah Boleh Masak Hari-Hari
Resipi Bingka Kelapa Muda, Kuih Tradisi Banjar Paling Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official