Alahai mulut ni teringin nak makan yang manis-manis dan sejuk. Menu yang satu ini memang buat anda terlagi-lagi nak menikmatinya. Min kongsi cara membuat mango cheesecake.

Bahan-bahan:

2-3 biji mangga- saiz sederhana
250g creamcheese
1/2 cawan gula kastor -nak manis lebihkan sikit ikut tekak masing-masing
Gelatin
1 atau 3/4 cawan whipping dairy
1/2 buku butter
20 keping biskut marie

Cara membuat:

1) Kupas mangga dan bahagikan mangga ada yang didadukan untuk hiasan dan dimasuk dalam adunan kek. Yang satu lagi nak kisar jadikan puri atau macam pes.

2) Yang sudah dikisar jadi puri  tambah gula sikit sebab mangga ini agak masam manis. Puri ni bila manis-manis sikit dan warna oren sikit bagi menyerlah.Bahagikan pada 3 , 1 untuk campur dalam adunan kek ,1 untuk puding dan tinggalkan sikit untuk topping.

3) Cair kan butter dan hancurkan biskut. Kalau nak base tebal jadi biskut banyak lebih kurang 20 hingga 25 keping cukup. Dah cair semua, masuk dalam tu dan gaul pakai sudu dulu baru ramas dan kepal-kepal pakai tangan.

4) Ratakan dan tekan padat biskut marie dan butter tadi.

IKLAN

5) Langkah 1 1cawan whipping dairy campur hingga jadi kental,jangan tinggal kene selalu tengok sebab kalau terlebih tak jadi dan jadi cair kena ambil whipping yang suhu peti ais.

1 cawan kalau sukatan ina cheese layer tu nanti lembut kalau suka macam kat kedai guna 3/4 atau 1/2 cawan pun memadai ikut tekak korang. Ina suka cream cheese yang tak keras sangat. Ketepikan dulu.

6) Masukkan cream cheese suhu bilik dan gula, sebatikan.

7) Tambah  puri mangga tadi dan gaul hingga rata.

8) Tambah 1/4 cawan air suam dan 1  1/2 sudu gelatin- guna  sudu makan dan kacau bagi larut

9) Masukkan whipping tadi, kacau bagi sebati

IKLAN

10) Masuk gelatin tadi kacau lagi

11) Masuk mangga dadu -suka hati nak banyak mana

12) Tuang atas loyang yang ada biskut marie tadi

13) Letak dalam freeze 15 minit

14) Sediakan puding pes tadi campur dengan gelatin.  Kali ni guna 1 sudu besar gelatin kacau dalam 5 sudu besar air suam dan campurkan dalam puri gaul rata.

Tuang atas manggo cake cheese yang sudah sejuk dan keras sikit tadi. Kalau  tuang sebelum keras  nanti bercampur .Sentuh dulu kalau dah agak keras permukaan baru lah tuang

IKLAN

15) Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman lagi baik atau pun 6 jam.

Kredit: azlina ina

INGIN MEMBELI BLENDER BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.

Kek Buah Bakar Makin Lama Makin Lembab,Versi Buah Berselerak.

Kek Pisang Coklat Kukus Sukatan Guna Cawan. Lembut, Gebu Macam Span.

Sedap Menawan Selera, Jom Cuba Buat Kek Pandan Cheese Leleh, Guna Sukatan Cawan Saja