Buat mereka yang gemar makan di restoran chinese muslim, pasti tahu hidangannya ringkas namun kaya dengan aroma yang wangi sungguh membangkit selera.
Kali ini, kita kongsikan resipi lengkap Mee Wantan, Dumpling Soup, Dumpling Goreng dilengkapi pula dengan Chilli Oil oleh Suzana Othman. Kalian pun boleh cuba buat sendiri di rumah.
2. Dalam periuk yang sama, masukkan mee wantan yang dah dileraikan. Jangan cuci mee untuk elakkan mee jadi lembik dan melekit.
3. Celur selama 2-3 minit kemudian tapiskan airnya. Lalukan mee di bawah air paip untuk matikan suhu. Toskan. 4. Masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan minyak bijan. Kacau hingga sebati kemudian ketepikan.
1 pek wantan pastry 1 mangkuk isi ayam | kisar ½ biji lobak merah | sagat – beli online di sini 3 ulas bawang putih | cincang – beli online di sini Daun bawang secukupnya | hiris 1 sudu besar tepung jagung – beli online di sini 1 sudu kecil serbuk lada hitam – beli online di sini 1 sudu kecil serbuk pati ayam 1 sudu besar sos tiram Sedikit garam
2. Sediakan wantan pastry, inti dumpling, air sejuk dan loyang. Lihat cara membuat dumpling pada video DI SINI.
3. Dumpling dah pun siap. Bahagi dua bahagian untuk digoreng dan dijadikan sup.
BAHAN-BAHAN DUMPLING SOUP:
Isi ayam | potong nipis 3 ketul cendawan shiitake kering | rendamkan dengan air panas Daun ketumbar Daun bawang 1 sudu kecil serbuk pati ayam Garam Secubit serbuk lada hitam Secubit serbuk lada sulah 1 sudu besar minyak bawang putih 1 sudu kecil minyak bijan Dumpling
Ads
CARA-CARA:
1. Didihkan air dalam periuk, masukkan isi ayam, cendawan, dan daun ketumbar. 2. Masukkan minyak bawang putih, minyak bijan, garam, serbuk pati ayam, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah.
3. Masukkan dumpling, masak sekejap sahaja kemudian tutup api. Taburkan daun bawang semasa menghidang sebagai hiasan.
4. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng dumpling menggunakan api perlahan supaya inti dumpling masak sempurna. Balik-balik hingga warna bertukar perang. Angkat dan toskan.
BAHAN-BAHAN CHILI OIL:
15 tangkai cili kering (nak guna chilli flakes pun boleh) 1 batang kayu manis 3 kuntum bunga lawang 8 biji buah pelaga 3 helai daun bay kering 4 ulas bawang putih | ketuk, tak perlu buang kulit Sedikit bijan Garam 1 cawan minyak masak
CARA-CARA:
1. Cuci rempah ratus kemudian sangai sekejap supaya kering. 2. Cuci cili kering kemudian keringkan. Nak jemur bawah matahari pun boleh. Tapi kita nak cepat, dan cuaca mendung, jadi kita keringkan guna airfryer suhu 60°C selama 10 minit. Kalau korang guna cili flakes, abaikan step ini.
Ads
3. Masukkan cili flakes, bijan dan garam dalam bekas tahan panas. 4. Panaskan 1 cawan minyak masak dalam kuali kemudian masukkan rempah ratus dan bawang putih tadi. Masak dengan api kecil hingga naik bau dan warna bawang bertukar perang.
5. Tapiskan minyak panas ke dalam mangkuk berisi cili kering menggunakan penapis besi serta-merta. Jangan sejukkan pulak tau. Kita nakkan cili tadi masak dalam minyak yang panas.
6. Kacau sebati dan sejukkan. Bila minyak dah sejuk, masukkan dalam bekas kaca. Simpan pada suhu bilik, boleh tahan lama macam minyak masak biasa.
7. Susun cantik-cantik mee dalam mangkuk. Kalau order kat kedai, satu mangkuk dumpling soup lebih RM15 kan? Belum yang lain-lain lagi. Dah boleh makan semua.
BAHAN MINYAK BAWANG PUTIH:
2 labu bawang putih | cincang halus @ gunakan food processor 1 cawan minyak masak
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak masak, goreng bawang menggunakan api perlahan. 2. Kacau hingga keperangan, tutup api dan sejukkan. Simpan dalam botol kaca dalam suhu bilik. Tak perlu simpan dalam peti ais.
Ni dia 6 sajian berasaskan ayam dan sayur-sayuran sedap dari penulis buku masakan Azian Hasan. Hidangan mudah dan cepat disediakan.Ada nasi, mi dan spageti dan juga ayam panggang yang pasti menceriakan selera ahli keluarga.
Jom cuba, mudah aje memasaknya. Sajian terbaik bebas msg dan menyihatkan.
1. AYAM PANGGANG DENGAN NENAS
BAHAN-BAHAN :
1/2 biji nenas | sederhana saiz, dikupas dan potong dadu
2 ketul peha ayam
4 sudu makan mentega
1 sudu makan madu
2 biji bawang merah | dicincang halus
2 biji cili merah | dihiris nipis
1 biji oren | ambil jusnya
1/2 cawan apple cider @ cuka epal
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam
CARA MEMASAKNYA :
1. Bersihkan ayam dan tos ayam dengan menggunakan tisu dapur
2. Lumurkan ayam dengan garam,serbuk lada hitam dan lada sulah
3. Sementara itu panaskan mentega didalam kuali
4. Tumis bawang sehingga layu dan kemudian masukkan madu.
5. Masukkan apple cider, jus oren nenas dan cili merah.
6. Bancuhkan tepung jagung bersama air dan masukkan kedalam kuali.
7. Masak sehingga kuah pekat
8. Letakkan ayam keatas dulang pembakar
9. Tuangkan kuah tadi keatas ayam .
10. Panaskan ketuhar, dan bakar ayam di dalamnya dengan suhu 250 C selama 40-45 minit.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Sajian barat fusion
Keistimewaan : Rasa masam manis dari nenas menjadikan ayam panggang lebih lazat
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Sajian barat dengan sentuhan rasa tempatan. Lazat dimakan bersama kentang putar dan coleslaw.
2. CREPE BERINTI BAYAM DAN AYAM
BAHAN-BAHAN :
Bahan crepe :
175 gram tepung serbaguna
3 biji telur
1 sudu makan mentega
1 ½ cawan susu segar
½ sudu teh garam
Bahan inti :
100gm isi ayam | dipotong dadu
1 labu bawang Holland | dipotong dadu
3 ulas bawang putih | dicincang halus
1 ikat daun bayam | secekak, dibasuh bersih dan ditoskan
3 tangkai daun ketumbar | dipotong pendek
1 sm halia | dicincang halus
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil garam masala
1 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak
CARA MEMASAK:
Cara membuat Crepe:
1. Ayak tepung bersama garam. Ketepikan
2. Pukul telur sehingga kembang dan masukkan telur ke dalam adunan.
3. Kacau adunan hingga sebati.
4. Masukkan susu sedikit demi sedikit dan terus mengacau adunan.
5. Pastikan adunan tidak berketul.
6. Biarkan adunan seketika untuk 1 jam
7. Selepas itu bolehlah di panaskan kuali dan sapukan sedikit mentega
8. Masukkan satu senduk adunan dan ratakan seperti membuat pan cake atau lempeng.
Cara membuat inti :
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan masak sehingga ianya layu.
2. Masukkan isi ayam, bawang putih, halia ,serbuk cili, garam masala dan garam.
3. Selepas itu masukkan tomato dan bayam
4. Kacau hingga ayam masak dan akhir sekali masukkan daun ketumbar
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 – 30 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sajian barat fusion
Keistimewaan : Sajian crepe berkhasiat dengan gabungan inti ayam dan bayam
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Usah membuat crepe yang terlalu tebal kerana ia menenggelamkan keenakan rasa inti ayam bayam.
3. SPAGHETTI UDANG
BAHAN-BAHAN :
1 biji bawang holland | dipotong dadu
1 ulas bawang putih | dipotong dadu
1 sudu teh paprika
2 cawan stok ayam
150gm spaghetti | direbus dan toskan
4 ekor udang
2 ekor sotong
2 tangkai daun ketumbar | dicincang halus
1 sudu makan minyak zaitun
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
1. Rebuskan dan toskan spaghetti, ketepikan
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan bawang putih dan masak sehingga wangi.
3. Masukkan serbuk paprika, serbuk lada hitam,tomato dan stok ayam
4. Masak sehingga kuah mendidih dan masukkan udang dan sotong
5. Masak selama 2-3 minit dan perasakan dengan garam dan lada sulah. Akhir sekali masukkan spaghetti tadi dan gaul.
6. Taburkan daun ketumbar
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta
Keistimewaan : Spaghetti Makanan Laut memang lazat dengan ramuan udang segar
Anggaran kos : RM 13
INFO CHEF : Selain udang dan sotong, anda boleh sahaja memasukkan makanan laut yang lain seperti kekapis, kerang, kepah dan sebagainya.
CARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan minyak masak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan udang kering dan masak sehingga udang garing.
3. Masukkan labu dan kacau sebati. Biarkan labu hingga empuk.
4. Gunakan api besar kemudian masukkan nasi, kicap cair, dan sos tiram.
5. Masak sehingga nasi betul-betul garing dan akhir sekali pecahkan telur ke dalam nasi.
6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
7. Kacau sebati kemudian masukkan cili merah.
8. Angkat dan hias dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan kacau goreng
Jenis masakan : Sajian Nasi, China Fusion
Keistimewaan : Hidangan nasi berperisa labu yang lazat
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Labu kuning kaya dengan beta karotene dan bersifat anti oksidan, ia memberi manfaat kesihatan yang baik kepada tubuh seperti menajamkan penglihatan dan mencegah kanser.
5. NASI PULAO SAYUR-SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras basmathi | dibersihkan dan direndam selama sejam
1 ¾ cawan air
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
2 biji bawang merah | dimayang
2.5 sm halia | dihiris memanjang
2 biji tomato | dipotong dadu
1 batang lobak merah | dipotong dadu
2 biji ubi kentang | dipotong kecil
200gm kobis bunga | dipotong kecil
1 cawan kacang pis hijau
4 biji cili hijau | dipotong pendek
2 cekak daun ketumbar | dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan kemudian masukkan minyak sapi.
2. Tumis bawang merah , halia, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, jintan manis, tomato dan cili hijau sehingga terbit bau wangi.
3. Masukkan beras, ubi kentang, lobak merah, kobis bunga , daun pandan dan air.
4. Tutup periuk dan masak sehingga nasi masak.
5. Akhir sekali masukkan kacang pis dan kacau nasi sehingga sebati. Taburkan dengan daun ketumbar.
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis masakan : Sajian Nasi
Keistimewaan : Hidangan nasi sayur-sayuran tinggi serat
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Selain Pakistan nasi pulao juga terkenal di India, Afghanistan., Bangladesh, Turki dan beberapa negara Timur Tengah dengan panggilan nama berbeza seperti ilaf, Palao, Pilau dan lain-lain.
6. BIHUN YING YONG
BAHAN-BAHAN :
100gm bihun
100gm isi ayam | dipotong dadu
1 biji lobak merah | dipotong memanjang
3 ulas bawang putih | dicincang halus
2 sudu teh pati serbuk ayam
1 sudu teh minyak bijan
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan goreng mihun sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
2. Tinggalkan dalam 2 sudu makan minyak.
3. Masukkan udang dan masak sehingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
4. Masukkan bawang putih . Masak sehingga wangi.
5. Masukkan isi ayam, stok ayam, serbuk lada sulah, garam dan sedikit air. Masak sehingga mendidih.
6. Campurkan tepung jagung bersama air dan tuangkan ke dalam kuah.
7. Letakkan bihun ke dalam pinggan dan tuangkan kuah ke atasnya.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis masakan : Sajian mi, China Kantonis
Keistimewaan : Hidangan bihun istimewa enak berperisa
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Bihun yang digoreng memberikan rasa rangup. Anda boleh aje menggandingkannya atau menambah ramuan kuey teow.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila tiba musim perayaan, hidangan Daging Malbari ni antara yang popular dan menjadi pilihan ramai. Bagi anda yang teringin nak rasa dan sajikan buat tetamu yang bertandang, resipi di bawah ini sangat mudah untuk dicuba. Sukatannya adalah untuk 1kg daging. memang mudah nak agak jika nak gandakan jumlahnya.
RESIPI DAGING MALBARI ( 1 KG DAGING)
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging – dipotong kecil
1/2 botol kecil kicap kipas udang
3 bungkus kerisik ( anggaran 5-6 sudu makan)
Gula merah – RM1 @ 1-2 keping. Masak dengan sedikit air & tapis.
BAHAN KISAR:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 sudu makan rempah biji
1 sudu makan jintan putih
2 sudu makan jintan manis
Segenggam cili kering
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 inci halia
CARA MEMASAK:
1. Goreng semua bahan kisar dalam kuali (tanpa minyak) sehingga wangi. Guna api perlahan. Kemudian kisar semua bahan ini.
2. Kemudian satukan bahan kisar bersama daging dan kicap. Kacau sebati dan perap selama 1-2 jam.
3. Cukup masa perapan, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Tumis daging yang diperap tadi. Masukkan sedikit air.
4. Masak sehingga daging lembut. Jika masih keras, tambah lagi air sehingga lembut.
5. Seterusnya masukkan kerisik, garam, gula dan air gula.
6. Masak hingga kuah pekat berpalut pada daging. Sedia untuk dinikmati!
Pajeri nanas selalu kita makan di kenduri kahwin. Sedap kan pajeri nanas ni. Bukan makan dengan nasi minyak je sedap. Makan dengan nasi putih pun sedap. Jom try buat pajeri nanas. Aroma wangi dan rasanya yang pedas-pedas manis memang membangkitkan selera.
PAJERI NENAS TERUNG
Bahan Kisar
• Bawang besar
• Bawang putih
• Halia
Bahan Rempah
• Rempah daging
• Kerisik
• Santan
• Rempah 4 beradik
• Daun kari
• Gula
• Garam
Bahan Asas
• Terung
• Nanas
Cara membuat
1. Tumis Bahan Kisar. Kemudian masukkan Bahan Rempah.
2. Tumis sampai rempah agak-agak masak. Masukkan terung.
3. Apabila terung hampir masak bolehlah masukkan nanas.
4. Pajeri dimasak ikut cita rasa masing-masing. Ada yang suka manis ada yg nak kurang manis. Jadi pandai-pandai la ya agak berapa banyak gula.