Sedapnya kalau dapat makan makanan yang simple seperti laksa siam. Rasa pedas dan berlemak memberi nikmat rasa yang tidak terkata. Korang yang belum tahu penangan kesedapan laksa ini boleh cuba membuatnya.
LAKSA SIAM
Bahan-bahan • 1 paket laksa kering (jenis yang paling halus) / laksa siam • 1 kg ikan kembung / selayang • 2 sudu cabai giling • 2-3 tangkai daun pudina • 2-3 helai daun limau purut • 1 kotak santan 200ml • Air secukupnya • 10 biji cili padi merah* (boleh adjust ikut kepedasan) • 10 biji bawang merah* (bawang ros lagi sedap) • 1 labu bawang putih* (kalau besar ambik 1/2 labu saja) • 4 batang serai* (2 dikisar, 2 diketuk) • 2 inci lengkuas* • 2 inci halia* • 2 inci kunyit* • Belacan*
Nota: Bahan bertanda * untuk dikisar.
Bahan Ulaman • Limau kasturi • Daun pudina • Daun salad • Taugeh • Timun • Daun samak /pucuk janggus / daun selasih (kalau ada)
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Rebus Ikan Mula-mula, rebus 1 kg ikan kembung / selayang tadi. Bila agak-agak dah masak, biar sejuk sikit, asingkan isi daripada tulang. Kalau tak mahu kuah jadi warna gelap, jangan ambil air tulang ikan.
2. Kisar Bahan Tumisan Lepas tu kisar bahan-bahan yang bertanda * tadi dan tumis dalam minyak yang panas dengan cabai giling. Kacau sampai naik bau. Cabai giling tu kena betul-betul masak.
3. Masukkan Isi Ikan Bila bahan tumis tadi dah pecah minyak, masukkan isi ikan yang kita asingkan tadi. Masukkan serai yang diketuk dan kacau sampai mesra.
4. Masukkan Santan Masukkan santan dan kacau sekejap. Lepas itu boleh masukkan air secukupnya. Agak-agaklah supaya nanti kuah tak terlalu pekat atau terlalu cair. Perasakan dengan garam dan gula.
Ads
5. Tambahkan Daun Pudina & Daun Limau Purut Bagi memberi aroma laksa yang lebih kaww, masukkan daun pudina dan dan limau purut. Masak sampai mendidih sambil kacau.
Ingatttt, kena kacau selalu supaya kuah tu nanti tak berketul. Tunggu sampai mendidih dan kemudian boleh tutup api.
6. Lengkapkan Hidangan Dengan Ulaman Sediakan bahan ulaman setakat yang ada dan sedia untuk dimakan dengan laksa yang dah pun direbus sampai empuk.
Kredit: dinda jiwa al hadi
Ads
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini .
Di hujung minggu, anda pastinya tercari-cari menu istimewa yang nak dihidangkan buat suami dan anak-anak. Jika biasanya hidangan nasiyang disajikan, apa kata hari ini anda cuba masak Bihun Sup Utara. Resipi original sebab lengkap dengan sambal merah dan bihunnya pun berwarna kuning. Nak masak pun mudah. Malah sup tulangnya juga sangat enak. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zaini Talib. Pasti puas hati.
CARA MASAK BIHUN SUP TULANG UTARA
BAHAN-BAHAN:
1 paket bihun
1 sudu makan ( atau kurang) serbuk kunyit
( Rebus bihun dalam air mendidih. Tambahkan serbuk kunyit tadi. Bila bihun kelihatan lembut, terus bilas dengan air biasa dan toskan airnya.)
BAHAN SUP TULANG:
1 kg tulang – campur sedikit dengan daging pejal, urat atau lemak untuk menyedapkan lagi rasa
2 batang serai – diketuk
2-3 inci halia – diketuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
4 biji bawang merah kecil – ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu teh bunga cengkih – ditumbuk kasar
1/2 sudu teh lada hitam – ditumbuk kasar
3 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit batang daun sup
Air secukupnya – hingga menutup daging dalam periuk. Jika nak lebih banyak kuah, lebihkan bahan-bahan lain juga.
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK SUP TULANG:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masukkan air. Rebus hingga daging empuk.
2. Kemudian masukkan garam dan perasa dengan secukupnya.
3. Jika suka, selepas sup siap dimasak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih goreng ke dalam kuah sup. Ia bertujuan menjadikan sup lebih sedap. Jika tidak suka, boleh abaikan.
4. Untuk menghidang, masukkan bihun ke dalam mangkuk bersama bahan-bahan sampingan. Tuang sup dan letakkan sambal merah. Nikmati panas-panas.
BAHAN CABAI / SAMBAL MERAH:
Cili kering siap kisar @ cili boh @ cili siap kisar
Sedikit bawang putih tumbuk
Sedikit bawang merah tumbuk
Asam keeping @ air asam jawa @cuka secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK SAMBAL MERAH:
Tumis bawang seketika kemudian masukkan cili. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan asam keeping, asam jawa atau cuka dengan secukupnya. Tambahkan gula garam serta gula secukup rasa.
Jika tidak mahu menggunakan gula, boleh gantikan dengan sedikit sos cili. Kacau rata dan angkat.
Nikmatnya jika dapat makan makanan bersup yang panas-panas, lebih-lebih lagi ketika hujan. Mi Champa merupakan antara resipi mi berkuah yang wajib anda cuba masak sendiri di rumah. Rasa sendiri, anda pasti akan jatuh cinta. Jom kami kongsikan resipi Mi Champa oleh Puan Tahrunnisah Jali.
RESIPI MI CHAMPA
BAHAN KUAH:
1 1/2 – 2 kg daging lembu serta tulang untuk dibuat bone broth
3 liter air
4 biji bawang holand* – dipotong 4
3 biji bawang besar* – dipotong 4
2 inci lengkuas dipotong nipis* – dihiris nipis
Seekor sotong kering sebesar tapak tangan
Daun ketumbar seikat
Daun bawang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji bunga lawang*
1/2 cawan sos ikan
Gula
Garam
Perasa jika suka
Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging
CARA PENYEDIAAN:
1. Rebus daging dan tulang dalam 30 minit hingga 1 jam. Kemudian, buang air rebusan daging serta kotoran. Kemudian, masukkan air, tulang, daging dan rebus kembali dalam 30 minit. Jika air rebusan masih berbuih-buih atau keruh, buang lagi airnya. Masukkan lagi air baru dalam 3 liter dan rebus sehingga daging empuk. Bila daging dah empuk, keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5 hingga 6 jam.
2. Sementara tunggu daging empuk, anda boleh bakar dulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, kayu manis, bunga cengkih dan sotong kering.
3. Kemudian, masukkan rebusan tulang ke dalam bahan-bahan yang sudah dibakar tadi.
4. Masukkan sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah, kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. Rebus dengan api perlahan.
BAHAN SAMBAL LADA:
4 biji cili besar merah*
20 – 30 biji cili api*
2 sudu besar cuka
Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Rebus bahan-bahan bertanda * sehingga layu.
2. Kemudian, toskan dan kisar bahan-bahan tadi bersama cuka dan garam sehingga hancur.
3. Siap.
BAHAN MINYAK BAWANG PUTIH:
3 labu bawang putih
1 cawan minyak jagung
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong halus bawang putih.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih yang telah dipotong halus.
3. Goreng sehingga kekuningan.
4. Siap.
BAHAN TAMBAHAN:
Kuey teow, mihun, mi champa
Daun ketumbar, daun sup, daun bawang
Limau nipis
Hirisan daging
Minyak bawang putih
Lobak asin yang dipotong halus
Sambal lada
Taugeh
Kicap
Serbuk lada sulah atau lada hitam
Gula (tambahan jika anda suka manis)
Sos ikan jika perlu
INFO TAMBAHAN:
Sewaktu nak ambil kuah untuk dituang ke dalam mangkuk mi, pastikan anda tapis menggunakan penapis supaya bawang-bawang dan segala rempah tidak masuk ke dalam mangkuk mi tersebut.
Sebelum makan, anda boleh letak kicap, perah limau, sambal lada, minyak bawang putih, serbuk lada hitam atau lada sulah, sos ikan jika suka dan juga gula kalau anda suka manis. Bahan tambahan adalah penyedap mi sup anda.
Bila cuaca sejuk dan hujan, sedapnya kalau dapat makan menu berasaskan sup panas-panas.
Resipi 4 jenis hidangan sup seperti bihun sup, mee sup dan nasi air daripada Muliadi Ramli ini, sesuai untuk hidangan pada musim hujan.
Cara nak buat pun senang je. Jom kita masak!
BIHUN SUP TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
300gm daging | rebus, kemudian hiris nipis 200gm daging cincang 2-3 ketul tulang | rebus bersama daging, kita nak ambil rasa manis tulang tu, tinggal dalam kuah sup
BAHAN TUMISAN:
6 biji bawang merah – beli online di sini 4 ulas bawang putih – beli online di sini Rempah 4 sekawan 2 sudu besar serbuk ketumbar ½ sudu besar serbuk jintan manis ½ sudu besar serbuk putih Minyak masak – beli online di sini 2 inci halia | diketuk
1 sup bunjut 1 kiub pati lembu (kalau tak ada, boleh ganti pati ayam) 1 sudu besar sos tomato – beli online di sini 1 sudu besar sos cili – beli online di sini 2 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sikit kuah) 5 biji cili padi (diketuk masuk dalam sup) Tauge (wajib ada) Daun sup & daun bawang Garam & gula secukup rasa Perasa Cili jeruk 2 sudu besar sos ikan – beli online di sini 1 pek bihun Limau nipis (buat yang suka masam-masam) 1 pokok daun ketumbar Lobak masin | basuh & potong kecil-kecil
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula, masukkan minyak. Kemudian, tumis bawang sehingga wangi. 2. Masukkan masukkan 4 sekawan. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah serbuk jintan dan ketumbar, tumis lagi. 3. Masukkan sedikit air, kacau. Masukkan akar dan batang daun ketumbar serta sup bunjut, kacau. 4. Bila mendidih, masukkan air rebusan daging, kacau. Masukkan pati lembu, sedikit daun sup, cili padi, sos tomato, kicap dan sos ikan. 5. Tabur daun ketumbar, garam, gula dan perasa secukup rasa. Biarkan sup mendidih dengan api kecil.
BAHAN AIR LADA:
2 biji cili besar 8 biji cili padi @ thai 1 inci gula melaka Gula pasir Garam & perasa 3 sudu makan cuka makan
CARA MEMASAK:
1. Kisar halus semua bahan kecuali cuka makan, dengan sedikit sahaja air. Keluarkan 2. Masukkan dalam kuali, panaskan. Masukkan cuka makan. Didihkan sampai sedikit pekat. Tambah sedikit air jika perlu, siap.
Masukkan kesemua bahan dalam bekas kaca. Kemudian masukkan cuka paras cili, tutup. Masukkan dalam peti sejuk. Boleh makan lepas 3 jam.
CARA MAKAN BIHUN SUP:
1. Makan ketika panas. Caranya celur bihun dan toskan. Masuk mangkuk. 2. Celur sekali tauge dan perut daging, toskan. Masuk mangkuk. Masukkan daun sup, kuah, air lada dan bahan-bahan tambahan seperti lobak masin, bawang goreng.
NASI AIR TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
5 ketul ayam (rebus bersama kuah sup. Bila masak, keluarkan. Lumurkan dengan kicap pekat manis dan gorengkan bagi kekuningan. Kemudian, carik-carikkan isinya, ketepikan) 200gm daging (dibasuh bersih kemudian direbus sekali dalam kuah sup. Bila masak keluarkan dan potong nipis-nipis, ketepikan). 10 batang kaki ayam (direbus hingga empuk dalam kuah sup)
5 biji bawang merah | dimayang 4 ulas bawang putih | diketuk masuk dengan kulitnya 1 inci halia | diketuk Rempah 4 sekawan Minyak masak
BAHAN LAIN:
1 sup bunjut 1 kiub pati lembu 2 sudu besar kicap cair 1 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sikit kuah) Kangkung (celur) Tauge (celur) Daun sup & daun bawang Garam & gula secukup rasa Serbuk perasa Batang saderi 2 sudu besar sos ikan Telur masin | potong 4 Bilis goreng Daun ketumbar Minyak bawang putih (letak minyak masak kemudian masukkan bawang putih, goreng hingga kekuningan)
CARA MEMBUATNYA:
1. Mula-mula, masukkan minyak. Lepas tu goreng bilis. Angkat dan toskan, ketepikan. 2. Minyak goreng bilis digunakan untuk tumis bahan tumisan. Bila bawang dah wangi, masukkan 4 sekawan. 3. Tumis sampai naik bau. Masukkan sedikit air dan sup bunjut, akar ketumbar, sedikit batang dan daun ketumbar. 4. Kacau, tambahkan air. Masukkan daging dan ayam, kacau. 5. Masukkan kaki ayam, pati lembu, sedikit daun sup, kicap, sos ikan, garam, gula dan perasa secukup rasa. Biarkan sup mendidih dengan api kecil.
BAHAN AIR LADA:
2 biji cili besar 8 biji cili padi @ thai 1 inci gula melaka Gula pasir Garam & perasa 3 sudu makan cuka makan
CARA MEMASAK:
1. Kisar halus semua bahan kecuali cuka makan, dengan sedikit sahaja air. Keluarkan 2. Masukkan dalam kuali, panaskan. Masukkan cuka makan. Didihkan sampai sedikit pekat. Tambah sedikit air jika perlu, siap.
BAHAN BUBUR:
1 cawan beras 1 inci halia | diketuk Garam
CARA MEMBUATNYA:
1. Saya gunakan beras nasi air, memang wangi beras ni. Sukatan beras 1 cawan beras 7 cawan air. Masak dengan api perlahan. 2. Masukkan halia dan garam. Masak sampai jadi bubur. Siap.
KUEY TEOW SUP TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
300gm daging pejal & daging cincang | rebus dalam ketulan besar, kemudian bila dan empuk dan masak, hiris nipis 200gm perut lembu (bersihkan) 2-3 ketul tulang | rebus bersama daging, kita nak ambil rasa manis tulang tu saja, tapi tulangnya tinggal dalam kuah sup *daging dan tulang direbus sekali, daging empuk keluarkan. Potong nipis, ketepikan. Perut pun potong nipis, ketepikan. *Semasa rebus daging, masukkan halia sebesar ibu jari, 3 keping asam keping, 3 ulas bawang putih diketuk dan 2 batang serai diketuk, sedikit garam.
BAHAN TUMISAN:
½ biji bawang holland 3 ulas bawang putih Rempah 4 sekawan Minyak masak
BAHAN KISAR HALUS:
½ biji bawang holland 8 ulas bawang putih 1 pokok daun ketumbar dengan akar 1 sudu kecil lada hitam 7 biji cili thai (kalau suka pedas, boleh letak lebih)
BAHAN LAIN:
1 sup bunjut 1 kiub pati lembu (boleh ganti dengan kiub pati ayam) 1 sudu besar kicap cair 2 sudu besar kicap cair (untuk gelapkan sikit kuah) 1 sudu besar kicap masin Tauge (wajib ada) Daun sup & daun bawang Garam & gula secukup rasa Serbuk perasa Rempah 4 sekawan 1 sudu besar sos ikan 1 pek kuey teow Limau nipis (yang suka masam)
CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumisan sehingga wangi. Bila bawang dah wangi, masukkan rempah 4 sekawan. Tumis lagi. 2. Masukkan sedikit air dan kacau. Masukkan sup bunjut. Kacau lagi. 3. Bila dah mendidih, masukkan air rebusan daging yang sudah ditapis. 4. Masukkan tulang tadi sekali dalam kuah sup. Tambah 3 cawan air, kacau lagi. 5. Masukkan pati lembu, sedikit daun sup, cili, semua jenis kicap, sos ikan, garam, gula dan serbuk perasa. 6. Biarkan sup mendidih dengan api perlahan saja.
BAHAN AIR LADA:
2 biji cili besar 8 biji cili padi @ thai 1 inci gula melaka 3 ulas bawang putih Gula pasir Garam & perasa 2 sudu makan cuka makan
CARA MEMASAK:
1. Kisar halus semua bahan kecuali cuka makan, dengan sedikit sahaja air. Keluarkan 2. Masukkan dalam kuali, panaskan. Masukkan cuka makan. Didihkan sampai sedikit pekat. Tambah sedikit air jika perlu, siap.
MEE REBUS TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mee kuning ½ kg daging cincang ½ kg daging tulang | direbus hingga empuk
BAHAN KISAR HALUS:
6 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2 sudu besar lada hitam
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 4 biji telur 1 pek fishball Sayur pilihan (sawi/cili besar merah/ hijau/lobak merah/bunga kobis/anak jagung) Cili burung (ikut tahap pedas nak macam mana) * jenis dan jumlah sayur bergantung citarasa masing-masing 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram Garam & gula secukupnya Minyak masak Perasa 1 kiub pati ayam 1 sup bunjut 2 biji limau nipis
CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi. Bila garing, masukkan bahan kisar halus. 2. Tumis hingga naik bau. Masukkan air rebusan dan daging cincang. Tambah air. 3. Masukkan sup bunjut, kemudian masukkan sayur dan telur. Kacau sekejap. 4. Masukkan kiub ayam, perasa, sos tomato, sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata. Tutup api, perah limau, siap.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!