Cara Masak Kuih Seri Muka Pandan Paling Mudah & Sedap.

Share

Kuih Seri Muka ni memang ada ramai peminat. Kalau beli kuih yang pulutnya lembut dan lapisan santannya lemak-lemak manis, memang puas hati. Sekeping rasa tak cukup. Ramai yang nak belajar buat kuih ni tapi beranggapan ianya susah dihasilkan. Usah risau kerana resipi perkongsian Puan Fara Bakri

ni antara yang mudah untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI KUIH SERI MUKA PANDAN

 

BAHAN LAPISAN BAWAH (PULUT):

  • 2 cawan beras pulut – basuh bersih
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu teh garam

BAHAN LAPISAN ATAS:

  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • 1 biji telur
  • 1 cawan gula pasir (kalau tak suka manis boleh kurangkan)
  • 1/2 cawan air kisaran daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau

CARA MEMASAK:

1. Bagi menyediakan lapisan bawah, satukan kesemua bahan dalam loyang bersesuaian dan gaul rata. Kemudian kukus selama 20 minit.

2. Setelah pulut masak, tekan pulut hingga padat. 

3. Untuk lapisan atas, campurkan semua bahan dan kacau sebati. Jika adunan terlalu pekat, tambah sedikit air.

4. Tapis adunan dan tuang ke atas pulut tadi. Kukus kembali selama 30-40 minit.

5. Sejukkan seketika kuih dan potong ikut saiz yang bersesuaian sebelum dinikmati.

Kredit resipi & foto: Puan Fara Bakri

IKLAN