Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut & Gebu. Begini Cara Buatnya

Share

Jom cuba resipi Kuih Puteri Ayu yang lembut bak sutera perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmad ni. Nampak sedap dan membuka selera. Sesuai sangatlah kalau dijadikan sajian minum petang. Sekali cuba, pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA BUAT KUIH PUTERI AYU @ KUIH SERI AYU

BAHAN A:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur (gred B)
  • 1 1/2 cawan gula hangus
  • 1 1/2 cawan santan (1 kotak santan + 1/2 cawan air)
  • 1 sudu makan ovalette
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh perisa pandan
  • 2 sudu teh pewarna hijau

BAHAN B:

  • 1 biji kelapa – ambil bahagian putih sahaja
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung ubi

CARA MEMASAK:

1. Pukul telur, gula halus, ovalette, perisa pandan dan pewarna hijau hingga sebati.

2. Pastikan adunan cair sebegini.

3. Masukkan baking powder dan tepung gandum yang telah diayak. Adun sebati.

4. Bila adunan telah sebati dan likat, matikan pengadun.

5. Masukkan campuran santan. Adun sekali lagi hingga sebati.

6. Pastikan adunan licin dan tidak terlalu pekat.

7. Untuk memudahkan adunan dimasukkan ke dalam acuan, isi adunan ke dalam piping bag.

8. Untuk bahagian kelapa, satukan kelapa parut bersama garam dan tepung ubi. Kacau sebati.

9. Ambil acuan dan sapu sedikit minyak. Kemudian letak 3/4 sudu makan kelapa parut.

10. Untuk memadatkan kelapa, tekan guna acuan dan juga jari hingga kemas.

11. Picit adunan kuih ke dalam acuan. Kemudian kukus selama 10 minit.

12. Bila sudah masak, rehatkan kuih seketika. Bila sudah suam, bolehlah dikeluarkan dari acuan.

13. Sedia untuk dihidangkan.

INFO: Jika 1 kotak santan tidak mencukupi sukatan 1 cawan, tambah air. Adunan ini boleh dapat 45 biji kuih.

Kredit resipi & foto: Ariana Sofia Ahmad

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

Published by
Elina