Resipi Kuih Nagasari Jagung Sedap & Tak Perlu Kukus.

Share

Kuih muih tradisional seperti Kuih Nagasari Jagung ni memang sedap dan jadi kegemaran ramai. Namun ramai yang tak berani nak cuba kerana menyangkakan ianya susah dan renyah untuk dihasilkan. Bagi peminat Kuih Nagasari Jagung, ini ada resipi yang sangat mudah perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan yang anda boleh cuba. Malah ia juga tidak perlu kukus. Masak je dalam periuk. Mudah kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara pembuatannya.

 

KUIH NAGASARI JAGUNG TANPA KUKUS

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin jagung (jenis kernel) – ditoskan airnya dan tak perlu basuh
  • Daun pisang secukupnya – dibersihkan

BAHAN A:

  • 500ml santan
  • Sedikit garam
  • 900ml air
  • 350gm gula pasir
  • 2-3 helai daun pandan

BAHAN B:

  • 400ml air
  • 2 paket tepung Hoon Kwee (putih)

(Kedua-dua bahan ni campur dan kacau sebati)

CARA MEMASAK:

1. Potong daun pisang lebih besar dari saiz tapak tangan. Kemudian layurkan daun di atas api dapur. Ketepikan.

2. Bancuh tepung Hoon Kwee bersama air. Kacau hingga tak berketul.

3. Satukan bahan A dalam periuk. Kacau sebati.

4. Tapis bancuhan tepung Hoon Kwee ke dalam periuk berisi bahan A. Kacau sebati dan bolehlah buka api perlahan. Kacau hingga adunan sedikit pekat.

5. Bila dapat adunan sebegini, masukkan jagung yang telah ditoskan airnya. Bila adunan dah pekat, padamkan api.

6. Sudukan 2 sudu makan adunan ke atas daun pisang. Bungkus dengan kemas. Jika tiada daun pisang, boleh guna plastik kuih atau letak dalam loyang/acuan/bekas bersesuaian.

7. Biar hingga sejuk dan kuih jadi kental kemudian bolehlah dinikmati.

INFO: Kuih Nagasari Jagung ini boleh bertahan selama 2 hari jika disimpan di dalam peti sejuk. Jika simpan diluar, tahan sehari sahaja.

 

Kredit resipi & foto: Nana Sabrina Sarsan

IKLAN