Kuih Koci Pulut Hitam merupakan antara kuih tradisional Melayu yang digemari ramai. Kena yang sedap, makan dua tiga biji pun tak cukup. Bagi anda yang suka makan kuih ni dan nak belajar cara-cara buatnya. Tak sukar pun lebih-lebih lagi kalau dapat resipi mudah seperti yang dikongsi oleh saudari Noriza Awang Hamat ni. Jom cuba.
Daun pisang secukupnya – layurkan terlebih dahulu *Satukan semua bahan (kecuali daun pisang) dan masak guna api perlahan. Bila santan mula mendidih (meletup-letup), angkat dan ketepikan,
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung pulut dan pulut hitam yang telah dikisar halus tadi.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Bulat-bulatkan doh dan masukkan int. Lakukan hingga habis adunan.
4. Didihkan air dan rebus doh seperti merebus doh buah melaka. Bila doh terapung, angkat dan toskan airnya.
5. Kemudian masukkan doh ke dalam bekas berisi dadih santan.
6. Ambil doh bersalut dadih santan dan bungkus menggunakan daun pisang dengan kemas.
7. Kuih Koci Pulut HItam sedia untuk dinikmati.
Ads
NOTA: Kuih Koci ini tidak perlu dikukus kerana doh dan dadih santannya memang telah siap dimasak.
Kalau korang biasa makan dangai bakar, boleh cuba buat dangai kukus ni. Mak oii. Memang sedap rupanya.
Dangai kukus Bahan-bahan: 3 cawan kelapa parut putih saja.Kalau dapat yang agak muda lagi sedap. 1 cawan tepung pulut 1/2 cawan gula halus Secubit garam
Cara memasak: 1.Gaul sebati. 2.Masuk dalam acuan lompang. Buat lubang sikit. Boleh letak coklat ataupun gula melaka.Kukus 10 minit.
Daging masak kicap adalah antara menu paling sering dimasak dan dihidangkan disetiap rumah. Pun begitu sebenarnya ia mempunyai rasa yang pelbagai apabila bahan-bahan yang digunakan berbeza dengan apa yang biasa kita gunakan. Cuba resipi ini dan siapa tahu ia mungkin menepati citarasa selera anda sekeluarga.
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | potong nipis-nipis
BAHAN TUMIS:
4 biji bawang merah | dihiris
2 biji bawang putih | dihiris
2 biji bawang besar Bombay | dihiris kasar
125ml kicap pekat
5cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar Bombay
4 biji bawang putih
5cm halia
4 sudu makan cili giling (bergantung kepedasan yang diingini)
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang telah dikisar bersama bahan tumisan lain kecuali hirisan bawang besar. Tumis hingga naik bau wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan daging yang telah dicuci dan dihiris nipis tadi. Masukkan air secukupnya dan biarkan ia mereneh hingga daging empuk.
3. Setelah itu, masukkan kicap pekat dan air asam jawa, reneh lagi hingga kuah memekat. Perasakan dengan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dihiris kasar.
5. Sedia dihidangkan.
Sedapnya seleksi set nasi bersama lauk pauk ni. Bila tiba hari raya, selain ketupat, lemang dan rendang, sajian nasi adalah antara hidangan popular yang wajib ada di rumah. Bagi yang belum ada menu apa nak dimasak di pagi Syawal nanti, koleksi resipi set nasi yang lengkap dengan lauk ni pasti boleh membantu. Selamat mencuba!
1. SET NASI LOBAK MERAH & AYAM OPOR
NASI LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN
500gm beras basmati | direndam air suam dan tos
600ml air
5 ulas bawang putih | dihiris halus
2cm halia | dihiris halus
1 batang lobak merah| disagat halus
2 helai daun pandan | disimpul
3 sudu makan kismis
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan serbuk pati ayam
2 sudu makan majerin
4 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bawang goreng untuk hiasan secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan majerin di dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia sehingga keperang-perangan.
Kemudian, masukkan rempah kurma, serbuk pati ayam dan air. kacau dan biarkan mendidih.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuangkan beras, lobak merah, daun pandan dan kismis. Tutup periuk dan tanak sehingga masak.
Setelah nasi kering, padamkan api dan terus dihidangkan panas. taburkan bawang goreng sebagai hiasan.
Info Chef: Kawal api sebaiknya supaya nasi tidak hangit dan tidak terlalu banyak kerak.
AYAM OPOR
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam | dipotong kecil, perap dengan serbuk kunyit dan garam
2 biji bawang besar | dikisar halus menjadi pes
3 ulas bawang putih | dikisar halus menjadi pes
2cm halia | dikisar halus menjadi pes
2cm lengkuas | dikisar halus menjadi pes
7 biji cili padi | dikisar halus menjadi pes
3 biji cili hijau | dikisar halus menjadi pes
1 biji tomato | dikisar halus menjadi pes
1 batang serai | dititik
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 biji bunga lawang
3 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan serbuk pati ayam
300ml santan
Air secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis rempah empat sekawan sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan bahan kisar, rempah kurma dan pati ayam. tumis lagi sehingga pecah minyak dan garing.
Masukkan serai, ayam dan santan. Tambahkan air jika perlu. Didih dan reneh sehingga ayam masak sempurna.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau seketika.
Hidangkan opor ayam bersama nasi lobak merah yang telah siap dimasak.
Info Chef: Tambahkan kentang atau tomato yang dipotong kecil untuk menambah kuantiti lauk.
2. SET NASI HALBA & RENDANG AYAM
NASI HALBA
BAHAN-BAHAN
500gm beras basmati| direndam air suam dan tos
600ml air
2 biji bawang besar | dimayang halus
2cm halia | dimayang halus
1 batang serai | dititik
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan biji halba
2 helai daun pandan | disimpul
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tuangkan air ke dalam periuk elektrik. Nyalakan suis dan biarkan air menggelegak.
Setelah itu, tuang semua bahan ke dalamnya. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau seketika dan tutup periuk nasi.
Tanak nasi sehingga masak dan kering. Gembur-gemburkan sebelum dihidangkan.
Info Chef: Minyak masih digunakan walaupun tiada kaedah menumis. ia membantu agar nasi cantik dan berderai.
RENDANG AYAM OPAH
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam kampung | dipotong kecil dan perap dengan serbuk kunyit dan garam
1/2 biji kelapa parut | disangai sehingga keperang-perangan
2 biji bawang besar | dikisar halus
3 ulas bawang putih | dikisar halus
15 tangkai cili kering | dikisar halus
2cm halia | dikisar halus
2 batang serai | dikisar halus
300ml santan pekat
1 helai daun kunyit | dimayang halus
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
Tuangkan sedikit air dan masukkan ayam. Biarkan mendidih.
Setelah itu, tuangkan santan, kelapa parut sangai dan daun kunyit, Kacau sebati.
Perlahankan api dan reneh ayam sehingga empuk dan masak sempurna. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga kuah pekat dan kering.
Hidangkan rendang ayam bersama nasi halba yang telah siap dimasak.
Info Chef: Ayam kampung atau ayam tua akan menjadikan kuah rendang lebih enak. Isinya pula lebih pejal.
3. SET NASI DAGING & DAGING REBUS AIR ASAM
NASI DAGING
BAHAN-BAHAN
500gm beras basmati | direndam air suam bersama sedikit serbuk kunyit dan tos.
BAHAN DAGING ( Rebus hingga empuk. Air rebusan digunakan untuk tanak nasi. Ketepikan daging batang pinang.):
1kg daging batang pinang
200gm hirisan daging
1 sudu makan rempah kurma
1cm halia
1 helai daun pandan
2 helai daun salam
1 liter air
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
2 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1cm halia | dihiris
1 biji bawang besar | dihiris
3 ulas bawang putih | dihiris
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan rempah kari
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan minyak sapi di dalam periuk yang sesuai. Tumis rempah empat sekawan sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan bahan hiris, rempah kurma dan rempah kari. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
Seterusnya, tuangkan air rebusan daging. Biarkan ia mendidih.
Setelah itu, tuangkan beras dan tanak sehingga masak dan kering.
Gembur-gemburkan sebelum dihidangkan.
Info Chef: Daging batang pinang direbus bersama supaya dapat meresap rasa rempah. Gunakan untuk lauknya.
DAGING REBUS AIR ASAM
BAHAN-BAHAN
1kg daging batang pinang yang telah direbus | dihiris nipis-nipis
1 biji tomato | dikisar halus tanpa air
1 biji bawang besar | dikisar halus tanpa air
3 ulas bawang putih | dikisar halus tanpa air
3 biji cili merah | dikisar halus tanpa air
3 biji cili api | dikisar halus tanpa air
1 sudu makan perahan limau
1 sudu makan cuka
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam sebuah mangkuk dan perasakan dengan garam, gula, cuka dan perahan limau secukup rasa.
Hidangkan bersama hirisan daging batang pinang.
Info Chef: Simpan daging di dalam bekas beerpenutup atau balut dengan pembalut supaya daging tidak hilang kelembapannya.
4. SET NASI TOMATO & SAMBAL AYAM
NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
500gm beras basmati | direndam air suam
600ml air
1 biji bawang besar | dihiris halus
3 ulas bawang putih | dihiris halus
1cm halia | dikisar halus tanpa air
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk pati ayam
150ml puri tomato
2 sudu makan pati oren sanquick
100ml susu cair
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
Bawang goreng sebagai hiasan secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan minyak sapi di dalam periuk yang sesuai. Tumis rempah empat sekawan sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan bahan hiris dan tumis lagi. Masukkan juga pati ayam, rempah kurma dan rempah kari. Kacau sebati.
Setelah itu, tuangkan air, susu cair, puri tomato, pati oren dan daun pandan. Biarkan mendidih.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuangkan beras dan kacau rata.
Tanak nasi sehingga masak dan kering. Gembur-gemburkan sebelum dihidangkan.
Info Chef: Pati oren ditambah ke dalam masakan untuk memberi rasa masam manis yang seimbang selain rasa asli tomato.
SAMBAL AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dipotong kecil dan goreng separuh masak
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bawang besar | dikisar halus
3 ulas bawang putih |dikisar halus
15 tangkai cili kering | dikisar halus
100ml puri tomato
100ml sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
Kacang hijau untuk hiasan secukupnya
CARA MEMASAK:
Panasakan minyak di dalam kuali. Tumis rempah empat sekawan sehingga naik bau.
Kemudian, tuang bahan kisar dan tumis sehingga garing dan pecah minyak.
Seterusnya, masukkan puri tomato dan sos cili. Kacau sebati.
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak dan kacau mesra. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali, taburkan kacang hijau dan hidangkan sambal ayam bersama nasi tomato yang telah disediakan.
Info Chef: Gunakan garam dan gula mengikut kesesuaian rasa kerana puri tomato dan sos cili sudah mendatangkan rasa yang hampir lengkap.
5. SET NASI PELANGI & KURMA TELUR
NASI PELANGI
BAHAN-BAHAN:
500gm beras basmati | direndam air suam dan tos
600ml air
1 biji bawang besar | dikisar halus
3 ulas bawang putih | dikisar halus
2cm halia | dikisar halus
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan serbuk pati ayam
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan | disimpul
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
Pewarna merah, kuning dan hijau secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan minyak sapi di dalam periuk. Tumis rempah empat sekawan sehingga naik bau.
Masukkan bahan yang dikisar halus dan tumis lagi sehingga pecah minyak. Masukkan juga rempah kurma dan pati ayam. Kacau mesra.
Tuangkan air dan masukkan daun pandan. Biarkan mendidih.
Perasakan dengan garam dan tuangkan beras. Tanak sehingga masak dan kering. Titiskan sedikit pewarna merah, hijau dan kunig, lalu gembur-gemburkan.
Tutup semula periuk untuk seketika dan sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Gemburkan nasi perlahan-lahan supaya tidak hancur. Campurkan pewarna dengan air suam lalu direnjis ke atas nasi supaya warna lebih seragam.
KURMA TELUR
BAHAN-BAHAN:
8 biji telur
2 biji kentang | dipotong dadu
2 biji bawang besar }
3 ulas bawang putih }
2cm halia }
2sm lengkuas } dikisar halus menjadi pes
7 biji cili padi }
3 biji cili hijau }
1 biji tomato }
1 batang serai | dititik
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan serbuk pati ayam
300ml santan
Air secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis rempah empat sekawan sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan bahan kisar, rempah kurma dan pati ayam. tumis lagi sehingga pecah minyak dan garing.
Masukkan serai, kentang dan santan. Tambahkan air jika perlu. Didih dan reneh sehingga mendidih.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Masukkan telur dan reneh dengan api perlahan sehingga masak. Kacau setelah telur membeku.
Hidangkan kurma telur bersama nasi pelangi yang telah siap dimasak.
Info Chef: Jika tidak mahir dengan kaedah ini, rebus telur terlebih dahulu supaya hasil masakan lebih cantik dan menyelerakan.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...