Kuih kasturi ini memang sedap, ia antara kuih yang selalu dijual di gerai tepi jalan waktu petang. Tapi bila beli ramai yang frust sebab kulitnya tak rangup, ada juga yang hanya rangup waktu panas tapi bila dah sejuk jadi liat.
Kalau kuih kasturi yang dibeli tak memenuhi citarasa apa kata belajar buat sendiri kuih tradisi ini. Lagi satu, jika buat sendiri lebih berbaloi. Dengan 1/2 kg kacang hijau boleh dapat 50-60 biji. Boleh simpan untuk frozen sekali.
Jika nak cuba, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Iin Ismail yang turut menjual kuih ini.
Buat sendiri kuih kacang hijau/ kuih kasturi
Bahan untuk kacang hijau
1/2 kg kacang hijau
Daun pandan
2 cawan gula atau ikut manis
Garam sedikit
1/2 biji kelapa parut
2 sudu makan tepung gandum
Ads
Cara membuat:
Rebus kacang hijau rebus bersama daun pandan sampai empuk bersama daun pandan.
Bila dah kering air tambah dulu garam, kelapa parut dan tepung gandum.
Tepung gandum tak guna banyak sebab nanti rasa kacang hijau akan ‘lari’, keras dan kurang sedap.
Gaul rata dan biarkan sejuk.
Bila dah sejuk boleh uli, simpan dalam peti sejuk. Esok boleh bentukkan dan buat bancuhan tepung. Nak goreng terus pun boleh.
Ads
Bahan bancuhan tepung
3 cawan tepung beras
Sedikit garam
Sedikit air kapur sikit
Sedikit kunyit
Air
Cara membuat:
Ads
Bancuh semua bahan dalam mangkuk hingga sebati.
Kemudian celup kacang hijau ke dalam bancuhan dan goreng hingga kekuningan.
Guna tepung beras saja ya untuk dapatkan kulit yang ranggup dan tak liat bila sejuk.
Untuk frozen
Untuk buat kuih kasturi frozen, goreng kuih sekejap saja, agak-agak sehingga tepung salutan bertukar warna dan kita dapat bentuk kuih yang tetap, dan tidak fragile. Sejukkan dan boleh simpan dalam freezer.
Bila musim durian, macam-macam menu yang boleh dihasilkan guna raja buah ni. Mana tidaknya, bila dah banyak, jelak juga kalau makan macam tu je. Salah satu kuih yang sedap kalau guna durian ialah bingka. Lemak-lemak manis, memang layan. Menerusi perkongsian Puan Salmah Saad, beliau berkongsi resipi kuih Bingka Durian yang paling mudah nak buat. Sukat guna cawan je tak perlu timbang pun. Hasil nampak sedap! Jom cuba.
BINGKA DURIAN PALING SEDAP!
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan santan
1 cawan susu cair
1 cawan air
3 biji telur
1 cawan isi durian
Secubit garam
Bijan secukupnya
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali bijan) ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
2. Ambil loyang bersesuaian dan oles sedikit minyak.
3. Tuang adunan bingka tadi ke dalam loyang. Hentak-hentak sedikit supaya adunan sekata. Tabur bijan dengan secukupnya.
4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 1 jam menggunakan api atas bawah.
5. Angkat dan sejukkan seketika. Kemudian boleh dipotong dan dinikmati.
Sedapnya ApamBakar Kelantan ni. Ada juga yang memanggilnya dengan nama Apam Mayat. Resipi ini warisan dari orang-orang lama menyebabkan ia sentiasa digemari ramai tanpa mengira usia. Kalau makan panas-panas, memang layan. Ada pula kelapa parut. Waduh…Lagi berselera. Cubalah. Resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni antara yang mudah.
RESIPI APAM BAKAR KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung beras
130gm gula pasir
1 sudu teh garam
1 kotak kecil santan (200ml)
2 sudu teh yis/mauripan
4-5 biji pisang mas/berangan
4 ketul tapai ubi
1 sudu teh lada hitam (*)
1 inci lengkuas (*)
1 inci halia (*)
2 biji bawang merah kecik (*)
200ml air (*)
CARA MEMASAK: 1. Kisar bahan-bahan bertanda (*) kemudian tapis dan ambil airnya sahaja. Sukat dan ambil 200ml air kisaran tadi. 2. Dalam mangkuk berasingan, lenyek pisang, tapai ubi bersama garam dan gula hingga hancur. 3. Masukkan tepung beras dan santan. 4. Masukkan yis ke dalam bekas berisi air kisaran bahan yang ditapis tadi. Kacau sebati. 5. Tuang ke dalam bekas berisi tepung tadi. Adun sebati dan perap selama 2 jam. 6. Untuk memasaknya, panaskan kuali dan sapu sedikit minyak. Tuang 2 senduk adunan ke dalam kuali. 7. Bila bahagian bawah apam dah masak, balikkan dan biarkan masak.
8. Bila apam kelihatan seperti dalam gambar, angkat dan nikmati segera bersama kelapa parut yang telah digaul dengan secubit garam.
Resipi lama cara pembuatan pun gaya lama, kuih tradisional orang dulu-dulu yang masih digemari tetapi tidak banyak tempat yang menjual kuih ini. Sangat ‘rare’ kalau kamu teringin merasanya, apa kata ikut resipi ini pasti jatuh cinta.
Cara-cara:
1. Campur gula merah, gula pasir, santan , garam & daun pandan dan masak sehingga mendidih. Dah mendidih tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tapis.
2. Masukkan tepung dalam besen, kemudian masukkan bahan2 yg dimasak td (No 1). Kacau sampai hancur semua tepung tu.
3. Balut dalam daun pisang (daun pisang kena sapu minyak supaya x melekat) lepas tu kukus 15-20 minit.
Siap…
NOTA: Kalau yang ade kelapa macam mana pulak yer?… Kalau yang ada kelapa. Hanya parut kelapa. Tambah sedikit garam. Letak acuan atas daun pisang. Kemudian letak inti kelapa lepas tu balut sampai inti kelapa tu tak kelihatan.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!