Bila musim durian, macam-macam menu yang boleh dihasilkan guna raja buah ni. Mana tidaknya, bila dah banyak, jelak juga kalau makan macam tu je. Salah satu kuih yang sedap kalau guna durian ialah bingka. Lemak-lemak manis, memang layan. Menerusi perkongsian Puan Salmah Saad, beliau berkongsi resipi kuih Bingka Durian yang paling mudah nak buat. Sukat guna cawan je tak perlu timbang pun. Hasil nampak sedap! Jom cuba.
BINGKA DURIAN PALING SEDAP!
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan santan
1 cawan susu cair
1 cawan air
3 biji telur
1 cawan isi durian
Secubit garam
Bijan secukupnya
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
Ads
1. Satukan semua bahan ( kecuali bijan) ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
2. Ambil loyang bersesuaian dan oles sedikit minyak.
3. Tuang adunan bingka tadi ke dalam loyang. Hentak-hentak sedikit supaya adunan sekata. Tabur bijan dengan secukupnya.
Ads
4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 1 jam menggunakan api atas bawah.
Ads
5. Angkat dan sejukkan seketika. Kemudian boleh dipotong dan dinikmati.
Tengah trending sekarang ni Resipi Roti Jala Coklat cicah pulak dengan sos coklat wow! double win. Nampak mengancam dan sedap. Bolehla kalau nak cuba idea baru ni kalau dah bosan buat roti jala original. Selain buat makan untuk diri sendiri dan anak beranak, apa kata cuba jadikan masakan kita tu sebagai satu sumber pendapat sampingan buat duit poket macam brother ni…masyukkkk!
Muhamad Fadzul Ilahi AzharBUAT KAKAK2 DISINI. SAYA LELAKI YAA.Dari saja2 buat makan.. sampai la menjadi duit poket.. hari ini saja saya dapat tempahan 70set.. saya ingat orang tak suka.. saya cuba.. Alhamdulillah dapat sambutan.. saya nak sis2 yang tak buat apa2 kat rumah.. boleh laa amik resepi ROTI JALA SOS COKLAT.. sama2 kita kongsi ilmu.. yang mana dah share sebelum ni bagus la.
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
*GUNA BOTOL 3 KAKI (rujuk gambar)
PENYEDIAAN SOS COKLAT:
*GUNA KUALI NONSTICK
Kongsi resipi: Muhamad Fadzul Ilahi Azhar
Nak lagi kreatif dan lain dari yang lain. Korang boleh cuba resipi roti jala tembikai ni.. memang comel yang pasti sedap!
Sedapnya kuih kaswi atau turut dikenali sebagai kuih kosui gula merah ini. Teksturnya yang lembut, rasa manis berlemak dan dinikmati bersama kelapa parut segar memang cukup membuka selera. Kuih tradisional ini bukan sahaja popular sebagai juadah minum petang, malah sering menjadi pilihan ketika kenduri atau majlis keluarga kerana rasanya yang ringkas tetapi memikat.
Bagi anda yang ingin mencuba membuat kuih ini sendiri di rumah, resipi kuih kaswi gula merah perkongsian saudari NorDiana Mat Desa ini antara yang terbaik dan sangat disarankan. Resipi ini terkenal dengan hasil kuih yang lembut, bergoyang cantik dan tidak keras walaupun selepas disejukkan. Setiap potongan terasa kenyal dan manisnya pula seimbang, tidak terlalu kuat.
Keistimewaan resipi ini terletak pada gabungan sukatan bahan yang tepat serta teknik penyediaan yang mudah diikuti. Ia sesuai untuk mereka yang baru pertama kali ingin mencuba membuat kuih tradisional Melayu. Walaupun prosesnya nampak ringkas, hasil akhirnya sangat memuaskan dan setanding kuih yang dijual di kedai.
Penggunaan gula merah memberikan aroma wangi dan rasa klasik yang sukar ditandingi. Ditambah pula dengan daun pandan, kuih ini bukan sahaja sedap dimakan malah harum baunya ketika dikukus. Apabila digaul bersama kelapa parut yang sedikit masin, gabungan rasa manis dan masin ini menjadikan kuih kaswi gula merah lebih menyelerakan.
Larutkan gula pasir dan gula merah bersama 2 cawan air. Masak di atas api sederhana sehingga gula hancur sepenuhnya. Masukkan daun pandan untuk menambahkan aroma wangi. Setelah gula larut, tutup api dan biarkan air gula sejuk sepenuhnya sebelum digunakan.
Dalam bekas berasingan, campurkan tepung gandum, tepung ubi dan air kapur bersama baki 3 cawan air. Kacau hingga adunan sebati dan tidak berketul. Pastikan adunan benar-benar licin supaya tekstur kuih nanti menjadi cantik dan lembut.
Masukkan air gula yang telah sejuk ke dalam adunan tepung. Kacau sebati kemudian tapis adunan untuk mendapatkan hasil yang lebih halus. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8×8 yang telah disapu sedikit minyak.
Kukus adunan selama 30 hingga 40 minit atau sehingga kuih masak sepenuhnya. Setelah masak, keluarkan dan biarkan kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong agar bentuknya tidak rosak.
Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam. Kukus sekejap kelapa parut supaya lebih tahan lama dan tidak cepat basi. Setelah kuih dipotong, gaulkan potongan kuih bersama kelapa parut dan sedia untuk dinikmati.
Kuih kaswi gula merah ini sangat sesuai dihidangkan bersama secawan teh panas atau kopi. Teksturnya yang lembut dan rasanya yang manis berlemak pasti membuatkan anda makan lebih dari satu potong.
Kredit resipi & foto: NorDiana Mat Desa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Geram tengok pau gebu macam ni. Licin saja permukaannya langsung tiada kedut. Kita juga sebenarnya boleh hasilkan pau sebegini, asalkan tahu rahsianya.
Tak lokek berkongsi rahsia tersebut, Rahmah Rosmin yang sebelum ini membuat pau untuk jualan turut menurunkan tip membuat pau yang cantik, gebu dan licin.
1/2 cawan air suam kuku (boleh tambah jika adunan masih keras)
1 sudu teh yis
1sdb gula kastor
Satukan semua bahan di atas dalam satu bekas kacau dan biarkan berbuih (lebih kurang 5-6 minit)
2 cawan tepung pau / tepung gandum
1 sdb penuh (membukit) shortening
1 sdb susu pekat manis
1 sudu teh baking powder
1sudu teh super cream/apa2 pelembut roti (tak letak pun boleh)
Secubit garam
Satukan semua bahan B di atas, gaul hingga jadi serbuk
1. Masukkan larutan yis ( bahan A) ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli, tambah air sedikit demi sedikit sekiranya doh masih keras (doh jangan keras dan jangan lembik)
2. Uli doh hingga sebati dan licin. Tutup doh & rehatkan sekejap dalam 5-10 minit.
3. Kemudian buat bulat ikut saiz yang disukai.
4. Ambil satu adunan masukkan inti dan letak atas kertas minyak, perap hingga naik lebih kurang 25 – 30 min (bergantung pada keadaan).
5. Kukus 7 hingga 8 minit.
Tip waktu mengukus: Sebelum kukus balut penutup kukusan untuk menggelakkan air menitis agar hasil pau gebu cantik. Selain itu elak juga kukus dalam tempoh yang lama kerana pau akan berkedut, tak licin.