Sedapnya Kuih Asam Gumpal. Biasanya bila tiba bulan Ramadan, kuih ini menjadi pilihan ramai. Di musim PKP ni, agak sukar nak dapatkan juadah-juadah kegemaran. Mana tidaknya, gerai dan pasar malam pun banyak yang tidak beroperasi. Jadi inilah masanya untuk kita cuba hasilkan sendiri sajian untuk keluarga. Nak cuba buat Kuih Asam Gumpal ni untuk minum petang? Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Untuk inti, rebus kacang hijau hingga kembang. 2. Masukkan gula dan masak hingga kering. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dibulat-bulatkan. Ketepikan. 3. Basuh sagu dan toskan sekurang-kurangnya satu jam. 4. Masukkan air panas. Sebatikan hingga boleh dikepal. 5. Masukkan inti yang telah dibulatkan tadi dan kemaskan. Bentukkan seperti bebola.
6. Kukus selama 10 minit sehingga sagu jadi jernih. (lapik kukusan dengan plastik ketika mengukus asam gumpal.) 7. Seterusnya satukan semua bahan kuah dan masak hingga mendidih guna api perlahan. 8. Masukkan asam gumpal kemudian tutup api. Sejukkan.
Nasi Goreng Kampung menu yang sesuai dimakan sama ada untuk sarapan pagi, makan tengahari mahupun makan malam. Pendek kata menu Nasi Goreng Kampung sesuai untuk semua waktu makan. Perasan tak setiap kali kita makan Nasi Goreng Kampung di restoran tom yam, rasa Nasi Goreng Kampung sedap sangat. Nah, jom kita cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Siti Hawa Abdul Aziz ini.
6 cawan nasi 5 biji telur 1 ikat kangkung Ikan bilis (digoreng) Minyak untuk menumis
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk ke semua bahan, bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk tadi.
3. Apabila bahan tumbuk tadi sudah naik bau, masukkan telur. Apabila telur sudah agak hendak garing, kacau-kacaukan sehingga sebati. Boleh masukkan garam.
4. Kemudian masukkan nasi. Gaul sebati.
5. Masukkan kangkung. Gaulkan kesemua bahan. Tip hendak nasi goreng sedap, goreng dengan api yang kuat.
6. Nasi goreng kampung sudah siap!
7. Basuh ikan bilis dan toskan. Kemudian goreng sehingga garing.
8. Tip hendak ikan bilis garing, semasa mula-mula goreng pastikan minyak panas. Selepas itu perlahankan api dan sentiasa kacau untuk ikan bilis masak sekata. Jika hendak tahu ikan bilis sudah masak ke belum, tunggu smpai minyak habis berdesir. Itu bermakna ikan bilis sudah masak.
9. Sedia untuk dimakan. Lebih sedap sekiranya nasi goreng kampung ada banyak kangkung dan ikan bilis lebih. Makan pula dengan sambal belacan. Memang berselera.
Bolehlah cuba buat sendiri. Bila sudah tahu tekniknya senanglah hendak masak.
Nak buat kuih tradisional memang memerlukan kesabaran. Walaupun ada kala bahan-bahannya tak banyak, tapi kena ada teknik membuatnya supaya sedap dan sama macam mak-mak kita buat dulu. Kuih bom adalah antara kuih tradisional yang masih tetap mempunyai peminatnya sampai sekarang. Nak membuatnya tidak menggunakan banyak bahan. Cuma tekniknya kena betul kerana tekstur kuih bom adalah agak liat. RASA kongsikan caranya.
BAHAN UNTUK KULIT
500 gram tepung pulut
1 cawan tepung gandum
Secubit Garam
Air secukupnya
Bijan putih secukupnya
CARA MEMBUAT KULIT
1. Campur tepung pulut, tepung gandum dan garam dalam bekas. Gaul rata.
2. Kemudian tuang air sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tidak melekat pada bekas.
BAHAN INTI
Kelapa parut
Gula Merah
Gula Pasir
Secubit Garam
Sedikit Air
CARA MEMBUAT INTI
1. Letakkan sedikit air ke dalam kuali. Masukkan gula merah, gula pasir dan garam.
2. Kacau sehingga gula cair.
3. Masukkan kelapa parut.
4. Masak sehingga warna kelapa menjadi sedikit gelap kemudian tutup api.
CARA BUAT KUIH BOM
1. Sebelum uli untuk masukkan inti, pastikan tangan dilumur dengan sedikit minyak masak.
2. Ambil doh dan masukkan inti kelapa. Bulatkan dan gaulkan dengan bijan.
3. Buka api sederhana besar. Masukkan minyak masak.
4. Apabila minyak sederhana panas, masukkan kuih bom dan kecilkan api.
5. Selepas kuih bom mula mengembang dan bertukar warna, kacau kuih bom sehingga masak.
TIP UNTUK KUIH TIDAK PECAH
1. Sentiasa kacau.
2. Pastikan minyak masak tidak terlalu panas sebelum masukkan kuih bom.
Khasiat ikan salmon memang popular. Seperti ikan perairan sejuk yang lain seperti mackerel, hering, kod ia kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang mengandungi EPA dan DHA yang baik untuk kesihatan.
Ia dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah dan juga mengurangkan kolestrol. Rasanya berlemak dan lazat dan paling best ikan salmon adalah sumber makanan sihat, walaupun harganya agak tinggi sedikit.
Ni min kongsikan aneka cara memasak ikan salmon, bukan sahaja sajian barat aje, ikan salmon pun boleh dimasak sajian Asia macam kari dan lauk india tikka.Berikan anak anda sajian sihat di musim cuti sekolah pasti suka lah.
1. PAN FRY SALMON WITH VEGETABLES
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Perasakan garam dan lada sulah di atas salmon. 2. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. 3. Masukkan ikan dan balikkan apabila masak (hanya dua hingga tiga minit sahaja) 4. Panaskan kuali yang lain untuk penyediaan sayur. 5. Tumis bawang dan bawang putih dan masukkan semua sayuran. Ketepikan. 6. Bagi sos pula panaskan kuali lain dan tumis halia. 7. Masukkan jus oren dan masak dengan api yang perlahan. 8. Masukkan mentega dan kacau sebati 9. Letakkan garam secukup rasa 10. Tuangkan sos dan sayur di atas hidangan salmon
INFO CHEF : Bagi melazatkan lagi salmon, perap ikan salmon dengan lada hitam dan garam sekurang-kurangnya 45 minit di dalam peti sejuk agar perisanya menyerap dan mesra.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu Memasak : 20 minit Cara Memasak : Tumis , gril dengan minyak sedikit dan boleh juga dimasak dalam oven Jenis masakan : Sajian Barat Keistimewaan : Kandungan omega 3 di dalam salmon baik untuk kesihatan
2. SALMON TIKKA
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
Bahan B:
CARA MEMASAK : 1. Campurkan bahan A ke dalam bekas untuk perapan hirisan ikan salmon. Perap selama 4 jam. 2. Untuk bahan B, ambil timun dan bawang besar campurkan dengan yogurt. Masukkan sedikit garam untuk menyeimbangkan rasa masam yogurt. Sejukkan. 3.Panaskan kuali @ pemanggang. Letakkan sedikit minyak dan pastikan kuali cukup panas supaya isi tidak melekat di kuali. 4.Kemudian masak ikan salmon selama 5-7 minit setiap belah bahagian, balikkan dan masak sebelah lagi dengan durasi masa yang sama. Pastikan tidak membalik-balikan ikan supaya isinya tidak hancur. 5. Setelah isi ikan masak, hidangkan bersama campuran timun, bawang dan yogurt yang telah disediakan tadi 6. Hiaskan bersama lemon dan daun salad jika suka. 7. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 10 minit Cara memasak : Goreng minyak sedikit atau gril Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Rasa yogurt dan rempah, sajian berkrim dan kaya aroma rempah
INFO CHEF: Ikan salmon mudah masak dan apabila ia telah bertukar warna lebih pucat, itu tandanya ia sudah masak.
3. KARI IKAN SALMON
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan bersama daun kari. 2. Masukkan halba campur dan tumis sehingga wangi. 3. Masukkan serbuk kari ikan masak (dicampur sedikit air jadikan pes), dan tumis hingga pecah minyak. 4. Masukkan sedikit air asam jawa dan didihkan, masukkan santan dan yogurt 5. Kemudian masukkan isi ikan salmon dan perasakan dengan garam secukup rasa. 6. Perlahankan api dan didih lebih kurang 7-8 minit dan tutup api. 7. Kari ikan sedia dihidang bersama nasi putih atau roti
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 15-20 minit Cara memasak : Tumis dan didih Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Ikan salmon lembut sedap dimasak kari
INFO CHEF :Ikan salmon dimasukkan setelah kuah mendidih, dan jangan masak lama. Pastikan bahan tumis dan serbuk kari betul2 masak untuk dapatkan kari yang sedap.
4. SALMON WELLINGTON
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan mentega di dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih. 2. Masukkan krim keju dan perisakan dengan garam, lada hitam dan air stok ikan. 3. Biarkan didih dan masukkan bayam, serbuk roti dan keju parmesan. 4. Masakkan sebentar di atas api yang kuat fillet salmon (sear) di atas kuali, tebarkan pastri paf dan letakkan salmon tadi di atas dan bungkuskan salmon. 5. Sapukan pastri puff dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang dipanaskan dalam suhu 390 darjah celcius selama 30 minit. 6. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 45 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan: Salmon yang dibalut pastri , sajian rangup dan berkrim
Info Chef :Bagi menjimatkan masa memasak boleh menggunakan pastri paf yang ada dijual di kedai bakeri.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!