Pernah cuba Ketti Urundai @ Kuih Bebola Keras? Resipi yang dikongsi oleh Puan Moganavallay Nagarajan ini boleh dikatakan antara snek tradisional yang sedap dan menjadi hidangan istimewa ketika perayaan Deepavali. Sempena Deepavali yang bakal menjelma, RASA ingin kongsikan resipi Ketti Urundai yang mudah dan sedap untuk anda cuba di rumah. Jom kita buat bersama!
Resipi Ketti Urundai @ Kuih Bebola Keras Yang Sedap & Mudah
Bahan-Bahan:
2kg kacang hijau
1kg kacang tanah
1 cawan dhal kacang kuda yang sudah digoreng (yang mentah pun boleh)
1 cawan beras
*Sangai kesemua bahan berasingan dan biar ia sejuk.
Cara Memasak:
Kisar kasar kacang hijau pertama kali dan buang kulit. Selepas itu kisar sekali lagi sehingga 90% halus.
Buang kulit kacang tanah dan kisar kasar.
Kemudian kisar beras sehingga 90% halus.
Gaul semua bahan dalam satu bekas bersama kacang dhal kuda. Tinggalkan sedikit tepung beras untuk digunakan kemudian. Ketepikan dahulu.
Masak sira gula merah untuk digunakan sebagai bahan pemanis utama kuih Ketti Urundai.
Bahan Sira Gula Merah:
1 ½ kg gula merah
1 sudu serbuk pelaga
1 sudu serbuk halia kering
Secubit garam
Cara Membuat Ketti Urundai:
Masukkan sira gula merah yang masih panas ke dalam adunan. Gaul cepat-cepat dan bentukkan menjadi bebola sederhana besar.
Hati-hati ya! Kita hanya boleh membentuk bebola semasa sira gula merah masih panas. Selepas itu, golekkan setiap bebola ke dalam tepung beras yang diasingkan tadi.
Kena pandai agak masa untuk membentuk bebola supaya hasilnya cantik dan padat. (Untuk mudahkan proses ini, biar ada pembantu.)
Ulang proses ini hingga adunan habis. Siap! Kuih Ketti Urundai anda sudah sedia dihidang.
*Untuk 2kg kacang hijau, anda akan dapat lebih kurang 100 biji Kuih Keras atau Ketti Urundai yang rangup dan manis.
Tip Tambahan Untuk Ketti Urundai Sempurna
Pastikan sira gula merah cukup pekat supaya bebola tidak hancur.
Gunakan gula merah berkualiti tinggi untuk rasa yang lebih enak.
Jangan tunggu sira sejuk — bentuk bebola segera semasa masih panas.
Selamat mencuba resipi Ketti Urundai ini! Kuih ini memang sesuai dijadikan kudapan atau hidangan manis sempena perayaan Deepavali. Selain sedap, ia juga menggamit nostalgia kuih tradisional masyarakat India yang penuh makna dan kasih sayang.
Biskut makmur cara Ummi ni mudah saja sukat guna cawan dan guna minyak sapi. Memang menjadi dan terasa sedap gebu mencair dalam mulut.
Bahan-bahan: 3 cawan tepung gandum- BELI ONLINE DI SINI 1 cawan gula Susu tepung every day ( untuk salut kuih makmur) 2 cawan kacang tanah- goreng tanpa minyak kemudian sejukkan dan kisar Minyak sapi cap gheeblend tin kecil
Cara membuat:
1.Gaul semua bahan kecuali susu tepung hingga menjadi doh dan buat bentuk bulat-bulat macam dalam gambar
2.Bakar ikut oven masing-masing, dah siap bakar tunggu sekejap biar sejuk.
Lembut dan gebu dua gabungan kek coklat dan puding karamel. Pasti jadi rebutan bagi mereka yang suka manisan karamel.
KEK COKLAT PUDING KARAMEL BAHAN-BAHAN KARAMEL
4 Sudu besar gula
CARA MEMASAK:
Cairkan gula dalam loyang hingga perang tapi jangan gelap sangat sebab nanti akan rasa pahit. Ketepikan loyang tu.
BAHAN-BAHAN PUDING TELUR:
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
3 Sudu besar susu pekat
3 biji telor
Sedikit esen vanila
2 keping roti buangkan bahagian tepi dan carik-carikkan.
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sampai halus.
Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan kukus selama 20 ke 25 minit.
BAHAN-BAHAN KEK COKLAT:
5 biji telor
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1/4 cawan susu cair
1/2 cawan air panas
1 cawan minyak.
Secubit garam
1 3/4 cawan gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
CARA MEMASAK:
Kacau telur sampai kembang dan masukkan gula kacau lagi
Sambil itu masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau sampai pekat.
Masukkan tepung gandum yang telah di ayak bersama koko dan baking powder dan soda bikabornat. Masukkan sedikit demi sedikit dengan mixer kelajuan perlahan.
Selepas itu masukkan minyak dan air panas. Kacau sehingga sebati.
Masukkan adunan kek ke dalam puding karamel yang sudah siap kukus tadi.
Kukus lagi selama 1 jam.
Kredit Resepi : Mazni Abdul Rahman
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bentuk cupcake kukusyang comel, pelbagai perisa dan dihiasi cantik membuatkan ia sering mencuri perhatian. Cupcake atau kek cawan ini bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak, bahkan orang dewasa juga ramai yang menggemarinya. Kalau teringin nak buat, jangan jadikan alasan tiada tak boleh buat cupcake. Gunakan je pengukus, cupcake tetap menjadi malah lebih moist. Kalau nak cuba, ini ada 10 resipi yang korang boleh cuba salah satu,
1. KEK CAWAN OREN
BAHAN-BAHAN:
240gm tepung red rose/kek
1 sudu teh serbuk penaik
3 biji telur
190gm gula kastor
175gm minyak jagung
15gm parutan kulit oren
2 sudu makan jus oren
Acuan kek cawan secukupnya
Sedikit hirisan buah oren untuk hiasan
Acuan kek cawan secukupnya
BAHAN KRIM MENTEGA (BUTTERCREAM):
450gm mentega
360gm gula ising
1 sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
Pukul telur dengan gula hingga kembang.
Masukkan minyak jagung dan gaul sebati.
Kemudian masukkan jus oren dan parutan kulit oren.
Satukan serbuk penaik dengan tepung dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan kaup balik hingga adunan sebati.
Tuangkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
Kukus lebih kurang 45-50 minit hingga masak.
Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping dan hidang.
Untuk membuat krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.
Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentega.
Untuk menghias; paipkan sedikit krim mentega di bahagian atas kek. Letakkan hirisan oren di atasnya. Ulangi langkah hingga selesai.
Sedia untuk dinikmati.
2. CHOCOLATE MOIST
BAHAN-BAHAN:
100gm tepung kek superfine
50gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur
112gm gula kastor
65gm minyak jagung
100gm air suam
65gm susu pekat
1 sudu teh esen vanila
Acuan kek cawan secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat dan ketepikan.
Pukul telur hingga sedikit kembang dan masukkan gula dan esen vanila, pukul lagi hingga kembang. Masukkan minyak dan gaul sebati.
Masukkan susu pekat dan gaul sebati.
Kemudian masukkan tepung diselang seli dengan air suam dan kaup balik hingga adunan sebati.
Tuangkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh dan kukus selama lebih kurang 1 jam hingga adunan masak.
Sejukkan dulu dan hidang.
3. KEK CAWAN PANDAN
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur | asingkan putih dan kuning
220gm gula kastor
100gm santan
90ml air
1/2 sudu teh pandan emulco
240gm tepung red rose/kek
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Acuan kek cawan secukupnya
BAHAN UNTUK SOS KARAMEL:
4 sudu makan mentega
200gm gula perang
100gm heavy cream
1 sudu makan esen vanila
BAHAN KRIM MENTEGA (BUTTERCREAM):
450gm mentega
360gm gula ising
1sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
Pukul putih telur bersama gula hingga kembang dan masukkan kuning telur dan teruskan pukul lagi hingga kembang.
Masukkan santan dan pandan emulco, gaul hingga sebati.
Satukan serbuk penaik, soda bikarbonat dan tepung, sedikit demi sedikit dan kaub balik hingga adunan sebati.
Tuangkan ke dalam dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
Kukus lebih kurang 45-50 minit hingga masak.
Sejukkan dulu sebelum letakkan krim putar titiskan atau picit sos karamel di atas krim putar dan hidang.
Untuk membuat krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.
Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentega
Untuk membuat sos karamel pula; Satukan semua bahan dan masak api sederhana hingga mendidih. Perlahankan api dan kacau perlahan selama lebih kurang 4-5 minit. Tutup api dan biarkan sos sejuk sebelum digunakan.
Untuk menghias kek cawan; paipkan krim mentega di bahagian atas dan kemudian tambah sos karamel di atasnya.
Sedia dihidangkan.
4. KEK CAWAN SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
110gm gula kastor
100gm air panas
1 sudu makan mentega
2 biji telur
130gm susu pekat
120gm tepung red rose/kek
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbornat
½ sudu teh esen vanila
Acuan kek cawan secukupnya
BAHAN UNTUK SOS KARAMEL:
4 sudu makan mentega
200gm gula perang
100gm heavy cream
1 sudu makan esen vanila
BAHAN KRIM MENTEGA (BUTTERCREAM):
450gm mentega
360gm gula ising
1sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
Panaskan gula di dalam pan hingga perang dan tuang air panas. Biar hingga gula melarut.
Masukkan mentega, gaul sebati dan ketepikan.
Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu pekat. Pukul sebati.
Satukan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat kemudian masukkan ke dalam adunan telur dan susu tadi.
Tuang esen vanila dan gaul sebati.
Seterusnya tuang gula yang diperangkan tadi ke dalam adunan dan gaul sebati.
Tuangkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
Perapkan adunan selama 3 jam.
Kukus lebih kurang 1 – 1 jam 30 minit hingga adunan masak sempurna.
Sejukkan dulu sebelum paipkan krim mentega dan sos karamel di bahagian atasnya.
Untuk membuat krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.
Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentega
Untuk membuat sos karamel pula; Satukan semua bahan dan masak api sederhana hingga mendidih. Perlahankan api dan kacau perlahan selama lebih kurang 4-5 minit. Tutup api dan biarkan sos sejuk sebelum digunakan.
Untuk menghias, paipkan krim mentega di atas kek, diikuti dengan sos karamel. Sedia untuk dihidangkan.
5. BUTTER CHEESE CUPCAKE
BAHAN-BAHAN:
40gm krim keju
40gm mentega
60ml susu segar
2 biji telur
50gm gula perang
100gm tepung red rose/kek
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
Sedikit buah strawberi dan parutan coklat untuk hiasan
Acuan kek cawan secukupnya
RESIPI KRIM KEJU (TOPPING):
250gm krim keju
250gm mentega
100gm gula ising
250gm krim putar
1 sudu teh jus lemon
CARA MEMASAK:
Pukul krim keju, mentega dan susu hingga sebati dan ketepikan.
Pukul telur dan gula perang hingga kembang dan masukkan adunan krim keju, mentega dan susu tadi. Kaup balik hingga sebati.
Satukan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbornat, masukkan ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh dan kukus 40-50 minit hingga masak.
Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
Untuk membuat topping krim keju; Pukul mentega dan krim keju hingga kembang.
Masukkan gula ising dan pukul lagi hingga sebati.
Kurangkan atau tambahkan gula mengikut kesesuaian cita rasa.
Tambahkan jus lemon dan pukul lagi hingga sebati.
Tambah krim putar yang dipukul berasingan untuk mendapatkan krim yang lebih gebu.
Untuk menghias kek cawan; Letak krim keju di atasnya dan bentukkan mengikut cita rasa. Boleh hias dengan hirisan strawberi dan sedikit parutan coklat.
Sedia dihidangkan.
6. KEK CAWAN PISANG
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
90gm gula kastor
200gm pisang berangan (lebih kurang 2 biji)
150gm tepung superfine
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu makan minyak jagung
Acuan kek cawan secukupnya
RESIPI COKLAT GANACHE:
400gm coklat masakan
200gm heavy cream
CARA MEMASAK:
Satukan tepung dan serbuk penaik. Ketepikan.
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Kemudian masukkan pisang dan adun sebati.
Masukkan tepung. Kaup balik diikuti minyak jagung. Adun sebati.
Masukkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
Kukus 30-40 minit hingga masak.
Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
Untuk membuat coklat ganache untuk topping; Parut atau cincang halus coklat. Panaskan heavy cream dan tuangkan ke dalam coklat yang dicincang halus tadi.
Gaul sebati hingga semua coklat larut.
Biarkan betul betul sejuk sebelum digunakan.
Untuk menghias; paipkan coklat ganache di bahagian atas kek coklat membentuk seperti bunga kecil dan tambah coklat M&M warna-warni untuk lebih cantik.
Sedia dihidangkan.
7. KEK CAWAN SUSU
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
20ml gula kastor
20ml susu segar (lebih kurang 2 sudu makan)
2 sudu makan minyak jagung
50ml susu pekat
100gm tepung red rose/kek
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
Biskut coklat Oreo untuk hiasan
Acuan kek cawan secukupnya
RESIPI KRIM MENTEGA:
450gm mentega
360gm gula ising
1 sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
Pukul telur hingga sedikit kembang, masukkan gula dan adun sebati.
Masukkan minyak, diikuti susu segar dan susu pekat. Adun sebati.
Satukan tepung, soda bikarbornat dan serbuk penaik. Masukkan ke dalam adunan dan kaup balik hingga sebati.
Masukkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh dan kukus 30-40 minit.
Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
Untuk membuat topping krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.
Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentega.
Untuk menghias: masukkan krim mentega ke dalam piping bag dan paip ke atas kek. Hiaskan dengan kepingan coklat oreo dan coklat warna-warni.
Sedia dihidangkan.
8. RASPBERRY LEMON CUPCAKE
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
30gm gula kastor
20ml susu segar
12ml minyak jagung
40ml susu pekat
10gm mentega
½ sudu teh jus lemon
30gm jem rasberi
80gm tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
Acuan kek cawan secukupnya
Sedikit hiasan badam untuk hiasan
RESIPI KRIM KEJU:
250ml krim keju
250gm mentega
100gm gula ising
250gm krim putar
1 sudu teh jus lemon
CARA MEMASAK:
Pukul putih telur hingga kembang kemudian baru masukkan kuningnya diikuti susu segar.
Kemudian masukkan minyak jagung, mentega, susu pekat dan lemon jus gaul sebati.
Masukkan jem rasberi dan gaul sebati.
Satukan tepung dan serbuk penaik. Masukkan ke dalam adunan tadi dan kaup balik hingga sebati.
Tuang ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh dan kukus lebih kurang 30-40 minit hingga masak.
Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
Untuk membuat topping krim keju, pukul mentega dan krim keju hingga kembang.
Masukkan gula ising dan pukul lagi hingga sebati.
Kurangkan atau tambahkan gula mengikut kesesuaian cita rasa.
Tambahkan jus lemon dan pukul lagi hingga sebati.
Tambah krim putar yang dipukul berasingan untuk mendapatkan krim yang lebih gebu.
Untuk menghias, masukkan adunan krim ke dalam piping bag dan paipkan di atas kek cawan. Boleh tambah sedikit hirisan badam jika suka.
9. ESPRESSO CUPCAKE
BAHAN-BAHAN:
125gm tepung red rose / kek
1 sudu teh serbuk penaik
1 biji telur
25gm minyak jagung
25gm gula kastor
100gm susu segar
sudu teh perasa espresso
Acuan kek cawan secukupnya
Biskut wafel coklat dan coklat M&M untuk hiasan
RESIPI COKLAT GANACHE:
400gm coklat masakan
200gm Heavy cream
CARA MEMASAK:
Satukan tepung dan serbuk penaik. Ketepikan.
Pukul gula kastor dan telur hingga kembang.
Masukkan susu segar dan minyak jagung. Gaul sebati.
Masukkan adunan tepung tadi dan kaup balik hingga sebati.
Tuangkan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
Kukus selama 30-40 minit.
Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
Untuk membuat topping coklat ganache; Parut atau cincang halus coklat.
Panaskan heavy cream dan tuangkan ke dalam coklat yang dicincang halus tadi.
Gaul sebati hingga semua coklat larut. Biarkan betul-betul sejuk sebelum digunakan.
Untuk menghias kek, masukkan adunan coklat ganache ke dalam piping bag dan paipkan ke atas kek.
Hiaskan dengan cip coklat M&M dan potongan biskut wafel coklat.
Sedia dihidangkan.
10. KEK CAWAN LABU
BAHAN-BAHAN:
180gm tepung red rose/kek
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
¼ sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
¼ sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
¼ sudu teh serbuk halia
90gm gula kastor
60gm gula perang
86gm minyak jagung
2 biji telur
100gm puri labu
1 sudu teh esen vanila
Acuan kek cawan secukupnya
RESIPI KRIM KEJU:
250ml krim keju
250gm mentega
100gm gula ising
250gm krim putar
1 sudu teh jus lemon
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan kering dan ketepikan.
Pukul telur dengan gula perang dan gula kastor hingga kembang.
Kemudian masukkan minyak jagung. Pukul sebati.
Masukkan puri labu dan gaul sebati.
Masukkan bahan kering yang disatukan sedikit demi sedikit. Kaup balik hingga sekata
Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh dan kukus selama 30-40 minit.
Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
Untuk membuat topping krim keju; Pukul mentega dan krim keju hingga kembang.
Masukkan gula ising dan pukul lagi hingga sebati.
Kurangkan atau tambahkan gula mengikut kesesuaian cita rasa.
Tambahkan jus lemon dan pukul lagi hingga sebati.
Tambah krim putar yang dipukul berasingan untuk mendapatkan krim yang lebih gebu.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.