Ads

Resipi Kek Span Coklat Terlajak Gebu & Mudah Buat.

Bagi puan-puan yang gemar membuat kek, boleh cuba resipi Kek Span Coklat perkongsian saudari Imah Rahman ni. Sangat mudah dan hasilnya memang mengagumkan. Sangat berbaloi untuk dicuba.

 

RESIPI KEK SPAN COKLAT TERLAJAK GEBU


Resipi Kek Span Coklat Terlajak Gebu & Mudah Buat.
.

Ads

BAHAN A:

  • 5 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh cream of tartar

CARA-CARA:
1. Putar putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula dan cream of tartar. Pukul sehingga kental dan bertanduk. Ketepikan sebentar

BAHAN B:

Ads
  • 5 biji kuning telur
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan tepung kek
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1/4 cawan susu cair
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh perisa coklat/coklat emulco
  • 1 suduteh esen vanilla

CARA-CARA:
1. Pukul sebati hingga berkrim

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan ketuhar pada suhu160°c.
  2. Lapik loyang dengan baking paper dan sapu dengan majerin.
  3. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam bahan B. Sebatikan dengan mengaup balikkan adunan hingga sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 70 minit menggunakan kaedah double boiler.

Resipi Kek Span Coklat Terlajak Gebu & Mudah Buat.

Nota: Kek ini lebih sedap dimakan bila disimpan dalam peti sejuk.

Kredit resipi & gambar: Imah Rahman

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Akhirnya Warga Asing Dihalang Beli Minyak Masak Bersubsidi, Tapi Kenapa Baru...

Akhirnya Warga Asing Dihalang Beli Minyak Masak Bersubsidi, Tapi Kenapa Baru Sekarang? 1 Mac 2026 bakal jadi tarikh penting dalam kalendar rakyat Malaysia,  terutamanya mak-mak dapur dan peniaga kecil yang setiap hari bergantung kepada minyak masak bersubsidi untuk kelangsungan hidup dan perniagaan.