Kek keju gebu yang lembut dan enak. Dalam setiap suapan, anda akan rasai kehalusan tekstur kek serta rasa keju yang mewah. Segalanya mudah yang menggunakan produk RICH. Cubalah dan anda pasti kagum dengan hasilnya.
BAHAN BASE BISKUT:
130gm biskut marie | dihancurkan
100gm mentega cair
Ads
BAHAN KRIM KEJU:
250gm krim keju
50gm gula
300gm RICH WHIP TOPPING BASE | dicairkan
80gm susu segar sejuk
10gm serbuk gelatin | direndam di dalam 50gm air dan dimasak secara bain-marie sehingga larut
180gm buah laici | dipotong kecil dan ditoskan airnya
Ads
BAHAN HIASAN:
Ads
150gm RICH WHIP TOPPING BASE | dipukul
180gm buah laici
50gm gel glaze tanpa warna
CARA MEMASAK:
Kisar biskut marie bersama mentega cair sehingga rata. Kemudian masukkan ke dalam acuan kek bersaiz 8 inci. Sejukkan seketika.
Pukul krim keju bersama gula menggunakan kelajuan sederhana sehingga kembang. Kemudian masukkan susu. Kacau rata.
Masukkan Rich Whip Topping Base dan pukul sehingga 60% kembang. Masukkan gelatin yang telah dicairkan. Gaul rata dan masukkan pula hirisan buah laici.
Tuang adunan ke dalam loyang berisi base biskut tadi dan sejukkan selama 2 hingga 3 jam.
Untuk menghias, tuang gel glaze diatas kek hingga rata, paipkan krim putar serta hiaskan dengan buah laici mengikut kreativiti anda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hotel Crystal Crown PJ memang kaya dengan idea bakeri dan pastrinya. Chef Pastri, Chef Mohd Shafeeq Shahrom Nuwi berkongsi resipi pistachio biscotti dan karipap pastri ayam yang sungguh enak.
.
Biscotti dibakar dua kali untuk rasa rangup dan ringan berongga. Manakala karipap ayam penuh berperisa dengan kulit pastri puff memang terbaiklah. Berbaloi untuk dicuba, boleh dijadikan sajian petang yang menambat selera.
PISTACHIO BISCOTTI BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK: 1. Masukkan tepung dan gula dan pukul sehingga rata. 2. Masukkan tepung dan pistachio, kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan. 3. Panaskan oven dalam suhu 160 darjah celcius dan bakar selama 30 minit 4. Biarkan sejuk seketika dan kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih. 5. Kemudian keluarkan, dan potong adunan nipis nipis 6. Panaskan oven dan bakar sekali lagi selama 15 minit pada suhu 150 darjah celcius, sehingga menjadi rangup. 7. Sejukkan seketika dan sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Bakar selama dua kali Jenis masakan : Biskut berasal dari Itali Keistimewaan : Ringan dan rangup Anggaran kos : RM 20
Info Chef : Perkataan biscotti bermaksud dari perkataan Latin bermaksud dua kali bakar . Biskut ini teksturnya rangup kering dan ringan, sedap dimakan dengan mencicahnya dalam air kopi atau teh
CHICKEN CURRY PUFF BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
Untuk inti : 1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dan tumis hingga naik bau. 2. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak 3. Masukkan kentang hingga empuk, dan masukkan ayam. Perasakan dengan garam 4. Tutup kuali dan biarkan mereneh dengan api perlahan 4. Masukkan air, dan tutup semula dan biarkan hingga inti betul-betul masak. 5. Potong telur rebus belah dan ketepikan.
Untuk menyediakan curry puff : 1. Ambil kepingan pastri puff dan potong tiga segi atau bentuk yang dikehendaki. 2. Masukkan 1 1/2 sudu besar inti dan letakkan ditengah,masukkan hirisan telur rebus, ambil lagi sekeping pastri dan tutup di atasnya 3. Tekan keliling pastri, boleh gunakan garfu sampai melekat. 4. Sapukan telur yang dipukul di atasnya, agar ia masak emas keperangan. 5. Bakar di dalam ketuhar, selama 12 minit (atau sampai keperangan) dalam ketuhar bersuhu 160 darjah C.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Paf dan pastri Keistimewaan : Inti kari ayam dan telur rebus mengenakkan pastri puff Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Jika anda memilih untuk membuat pastri sendiri, simpan dalam peti sejuk dan buat sehari lebih awal.
RESEPI : CHEF PASTRI, CHEF MOHD SHAFEEQ SHAHROM NUWI TERIMA KASIH : Crystal Crown Hotel Petaling Jaya, No. 12, Jalan Utara, PJS 52, Petaling Jaya, Selangor
Kek Marble ni ramai yang kata ini kek dulu-dulu. Rasanya sedap dan lemak manis. Sekarang ramai yang memberi nafas baru pada kek marble dengan cara meletakkan susu. Walau apapun, kek ini tetap ramai peminatnya sejak dulu sampai sekarang.
BAHAN-BAHAN
• 250 gram mentega
• 220 gram gula kastor
• 1 sudu besar esen vanila
• 1 sudu besar ovelette
• 4 biji telur ayam gred A
• 250 gram tepung gandum (ayak bersama 1 sudu kecil baking powder)
• 3 sudu besar susu segar.
• 2 sudu besar serbuk koko (bancuh dengan sedikit air panas).
CARA MEMBUAT
1. Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan ovellette. Putar lagi.
2. Masukkan telur ayam satu persatu sambil terus diputar sampai kembang.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, selang seli dengan susu segar, putar sampai adunan semua sebati.
4. Bahagikan kepada dua bahagian. Masukkan satu bahagian dengan warna kuning atau warna kesukaan.
5. Manakala untuk bahagian coklat masukkan bancuhan koko tadi.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapis mentega secara berselang-seli sehingga selesai.
7. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven.
8. Apabila masak, terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya.
Biskut Bangkit Kelapa ni memang sedap buat kudapan petang sambil menikmati secawan kopi. Rasa rangup yang mencair di mulut kekal disukai dari zaman dahulu hinggalah ke generasi sekarang.
Jom semak perkongsian resipi dari Shanasz Aisy. Ringkas aje reipinya. Langkah memasak pun mudah sangat. Bila digigit teringat kenangan menikmatinya di kampung halaman, masa kecil kecil dahulu kan
BISKUT BANGKIT KELAPA
.
BAHAN-BAHAN :
2 1/2 Cawan Tepung ubi 1 1/2 Cawan tepung gandum cap ROS 1 biji telurr 1 buku mentega atau boleh ganti marjerin 250gm 1 Cawan gula 1 penutup esen Vanila 2 cawan kelapa parut di sangai tanpa minyak
CARA MEMASAK : 1. Satukan mentega, gula, esen vanila dan telur. 2. Pukul hingga kembang dan sebati, guna senduk kayu pun boleh, masukkan tepung sedikit demi sedikit, perlahan-lahan.
3. Masukkan kelapa, gaul rata uli sampai tak melekat di tangan.
4. Terap, bakar selama 20 minit atau keperangan. Panaskan lebih dahulu oven dengan suhu 160 darjah Celcius.
5. Bila dah sejuk, masukkan dalam bekas kedap udara.
.
Akhirnya Warga Asing Dihalang Beli Minyak Masak Bersubsidi, Tapi Kenapa Baru Sekarang? 1 Mac 2026 bakal jadi tarikh penting dalam kalendar rakyat Malaysia, terutamanya mak-mak dapur dan peniaga kecil yang setiap hari bergantung kepada minyak masak bersubsidi untuk kelangsungan hidup dan perniagaan.