Kek Belacan, sejenis kek yang tidak asing lagi andai berkunjung ke Sarawak. Lembut, padat memang sedap. Bagi anda yang nak cuba hasilkan sendiri kek ini, Opah Mas Cotekada kongsikan resipinya. Bolehlah cuba buat untuk keluarga. Selamat mencuba!
1.Pukul mentega, ovelatte dan gula hingga kembang. 2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. 3. Seterusnya masukkan susu pekat manis, kaya, Horlicks, serbuk koko, esen vanilla, nestle cream dan browning sugar. Sebatikan. 4. Akhir sekali, masukkan tepung. Sebatikan lagi hingga tiada ketulan dan adunan sempurna. 5. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 4 jam. (empunya resipi guna loyang bersaiz 10×10)
Ads
PETUA:Mengikut nasihat kawan dari Sarawak, bila siap dikukus, kek ini boleh dibiarkan semalaman sebelum dimakan supaya rasanya jadi lebih sedap.
NOTA:
Adunan kek ini banyak. Jadi jika nak buat dalam jumlah sedikit, boleh bahagi adunan kepada separuh sahaja.
Kek rasa lebih sedap jika guna browning sugar yang khas untuk membuat kek sarawak. Empunya resipi tiada bahan tersebut jadi beliau guna browning sugar yang diolah sendiri.
BAHAN MEMBUAT BROWNING SUGAR:
1 ¼ cawan gula pasir 2/3 cawan air panas
CARA MEMBUAT:
1.Panaskan gula hingga cair dan keperangan. 2. Masukkan air, kacau sebati. Kemudian sejukkan.
Suka makan kek buah? Kalau beli, harganya boleh tahan mahal. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kek ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Aley Arif ni. Hanya dengan menggunakan tiga bahan mudah dan senang beli, anda boleh hasilkan kek buah enak untuk santapan keluarga di hari raya. Jom cuba! Anda pasti kagum dengan hasilnya.
RESIPI KEK BUAH 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
500gm dried mix fruit ( buah campuran kering)
1 cawan jus oren (minute maid)
1 cawan tepung naik sendiri
CARA MEMASAK:
1. Masukkan dried fruit dalam 1 bekas. Kemudian masukkan jus oren. Biarkan selama 2 jam.
2. Kemudian masukkan tepung naik sendiri. Gaul sebati.
3. Tuang adunan ke dalam loyang. (Info RASA: Sebaiknya, griskan loyang dengan sedikit mentega atau alaskan dengan baking paper.)
4. Bakar kek dengan suhu 130c selama 2 jam. (Info RASA: Kadang kala, waktu memasak berbeza bergantung pada suhu dan jenis ketuhar. Selalu perhatikan supaya kek anda masak sempurna.)
Buat yang suka makan makan kek, pastikan tidak terlepas dari membuat kek yang mudah dan enak rasa ini. Boleh dihidang untuk minum petang nanti. Sangat mudah hanya guna tiga bahan.
Jika anda peminat cheese, boleh cuba buat kek ini. Sangat mudah kerana hanya menggunakan 3 bahan tapi cukup rasa lemaknya. Sesuai juga untuk anda yang baru nak belajar buat kek. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Sharifah Dora Perais.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...