Buat penggemar Ikan Bawal, selain dibuat sambal dan kari, anda juga boleh cuba masak lada hitam ini. Sos lada hitam yang enak akan memberikan rasa berbeza kepada masakan. Lebih pedas pasti lebih terangkat.
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal | bersihkan, lumur dengan kunyit dan garam. Goreng garing
2 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
4 biji cili padi | hiris
2 biji cili hijau | hiris
2 biji bawang putih | cincang
1 biji bawang besar |belah dua dan hiris
1cm halia | hiris
1 cawan air
Minyak masak secukupnya
Garam secukupnya
Ads
CARA MEMASAK:
1. Goreng ikan hingga garing. Angkat, tos dan ketepikan.
2. Lebihan minyak bekas gorengan ikan tadi, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga layu.
Ads
3. Masukkan sos lada hitam, sos cili, sos tomato dan sos tiram.
4. Tambahkan air dan biarkan mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya.
Ads
5. Masukkan ikan yang telah digoreng, hirisan cili padi dan cili hijau. Biarkan kuah pekat.
6. Tutup api. Angkat dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ikan Lampam dan Talapia Merah memang diakui antara ikan air tawar isi putih yang sedap dan tidak hanyir. Selain goreng atau gulai, ini ada dua menu yang orang dulu-dulu selalu masak dan sangat sedap rasanya. Ini RASA kongsikan resipinya yang anda semua boleh cuba, memang tidak mengecewakan rasanya.
IKAN LAMPAM MASAK ATAS DAUN PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Lampam | lebih kurang 300gm
250ml santan pekat
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit | mayang halus
Daun pisang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Ikan dibuang sisik, isi perut dan bersihkan dengan air limau nipis. Kemudian toskannya..
Sementara itu lapiskan kuali dengan dua atau tiga lapisan daun pisang.
Seterusnya tuangkan santan di atasnya dan campurkan di dalamnya dengan bahan kisar.
Kacau supaya bahan sebati, masukkan asam gelugor.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ikan dan tabur daun kunyit yang telah dimayang halus di atasnya.
Tutup kuali kemudian masak ikan tadi menggunakan api perlahan.
Selepas lima minit balikkan ikan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan iakan masak sepenuhnya.
Tutup api, ikan sedia dihidangkan.
PAIS TEMPOYAK IKAN TALAPIA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Talapia | buang sisik, cuci bersih dan tos
3 sudu makan tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit secukupnya | untuk membalut ikan
Aluminium foil secukupnya
BAHAN HIRISAN:
Daun kunyit secukupnya
Daun kesum secukupnya
Daun pegaga secukupnya
Daun limau purut secukupnya
4 batang serai
BAHAN KISAR HALUS:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Lapkan ikan yang telah dibersihkan dengan tisu dapur. Ketepikan.
Campurkan tempoyak, bahan kisar, garam dan gula secukupnya.
Gaul rata dan sebati.
Kemudian campurkan dengan bahan hirisan, gaul rata sekali lagi.
Untuk membalutnya, bentangkan aluminium foil di atas meja, kemudian lapiskan dengan daun kunyit.
Ambil campuran tempoyak tadi ratakan di atas daun kunyit.
Seterusnya letakkan ikan di atasnya.
Sapukan keseluruhan ikan termasuk di bahagian dalam perut dengan bahan tempoyak tadi.
Balutkan ikan dengan lapisan daun kunyit dan kemaskan dengan aluminium foil di luarnya.
Kukus ikan hingga masak.
Setelah masak, pais ikan sedia dihidangkan panas-panas.
Mudahnya buat fishball homemade ni. Letak dalam sup sayur atau apa-apa hidangan, memang boleh menaikkan selera. Nak buat pun sangat mudah dan tanpa guna tepung. 100% isi ikan. Sesuai sangat buat untuk kegunaan keluarga tercinta. Jom cuba resipi perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT BEBOLA IKAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan tongkol – dibuang tulang dan ambil isi sahaja
1 sudu teh lada hitam kasar
1 biji bawang merah saiz sederhana
1/2 sudu teh gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk lada hitam hingga halus.
2. Masukkan bawang merah. Tumbuk lumat.
3. Seterusnya tambahkan isi ikan yang telah dibuang tulang dan tumbuk lagi hingga lumat.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Gaul isi ikan tadi sehingga adunan boleh digentel.
6. Cubit adunan dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang digemari.
7. Panaskan air dan rebus bebola hingga mendidih.
8. Toskan bebola tadi dan sedia untuk dimasukkan ke dalam sup atau apa-apa sajian kegemaran.
Ikan tongkol rendang asam. Kalau dah lidah Melayu, mesti nak makan ada rasa pedas-pedas sikit. Lagi sedap kalau ada masam-masam juga. Hidangan ikan tongkol yang RASA kongsikan ini pasti menepati cita rasa untuk makan malam.
IKAN TONGKOL RENDANG ASAM
Bahan A
• 1 ekor ikan tongkol
• Garam
• Kunyit
• Minyak masak
Bahan B
• 2 batang serai
• Halia sebesar ibu jari
• 10 biji cili padi (lebihkan kalau nak pedas)
• Kunyit hidup sebesar jari kelingking
• 4 ulas bawang putih
• 2 biji bawang merah
Bahan C
• Air asam jawa
Cara membuat
1. Cuci bersih ikan tongkol. Lumurkan garam dan kunyit. Panaskan minyak masak dan goreng sekejap, jangan terlalu garing.
2. Sementara ikan digoreng, bahan-bahan B dikisar kasar. Kalau rajin, nak tumbuk pun boleh.
3. Angkat ikan dan kurangkan sedikit minyak dalam kuali tadi. Tumis bahan-bahan kisar tadi.
4. Masukkan air asam jawa ke dalam kuali tadi dan kacau sampai pecah minyak.
5. Akhir sekali, masukkan ikan. Kacau-kacau kejap dan tutup api. Sedia dihidang.
Kuih cara jagung ini adalah olahan dari kuih cara berlauk yang asalnya pedas.Menggunakan jagung manis berkrim, kuih ini bukan saja lembut dan gebu, tapi...