Air soya homemade ni memang enak diminum panas mahupun sejuk. Hmmm…nikmat tak terkata! Memang wajib cuba.
Perkongsian resepi oleh Rosmarlina @ jintanmanis.com
Ads
BAHAN-BAHAN:
200gram kacang soya
2 liter air
1 cawan gula
3 helai daun pandan yang disimpul
1/2 sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
Ads
Ads
Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila keesokkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi 2 kali ganda.
Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.
Sebelum di masak, seeloknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.
Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, kalau nak minum soya suam pun boleh.
Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya ni boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Selamat Mencuba.
Kali ini RASA ingin kongsikan dua resipi jus berkhasiat yang boleh bantu memberikan kesan detoks pada badan. Menariknya, resipi ini memang senang nak dibuat malah lebih selamat kerana mengandungi bahan semula jadi. Tiada campuran bahan berbahaya pun.
Kalau anda sedang dalam usaha untuk lebih sihat, detox adalah antara perkara yang anda perlu lakukan. Detoks bermaksud bantu tubuh untuk keluarkan bahan yang tidak elok daripada dalam badan. RASA dapatkan dua resipi minuman yang bagus untuk detox melalui Penceramah Kesihatan, Norazizah Ruslan.
Kedua-dua resipi ini menggunakan lemon. Kita sedia maklum memang lemon mempunyai banyak manfaat untuk badan dan boleh bantu melangsingkan tubuh. Jom try.
JUS INFUSION
BAHAN-BAHAN
1 liter air bertapis/ air mineral
1 biji lemon (dihiris nipis)
1 biji timun (dihiiris nipis)
Segenggam daun pudina.
CARA MEMBUAT
1. Campur semua bahan di dalam bekas kaca berpenutup.
2. Simpan semalaman di dalam peti sejuk.
3. Air boleh ditambah lagi ke dalam bekas yang sama jika bahan-bahan masih segar.
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua dalam pemerah juice.
2. Sebaik-baiknya guna slow juicer kerana slow juicer boleh memerah daun hijau tanpa perlu ditambah air.
3. Minum dengan segera untuk menjamin kesegaran.
Selamat mencuba!
Korang tengah try nak diet? Sebelum diet kena detoks dulu. Barulah lebih cepat kesan diet tu. Detoks dengan cara semula jadi lebih sihat sis. Buat je sendiri jus detoks. Cubalah!
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Anda pernah rasa sakit lutut bila naik tangga. Ia berpunca dari sakit sendi ada hubung kaitnya dengan faktor usia dan berat badan yang berlebihan. Tisu penghubung yang makin haus menyebabkan ia makin sakit dan mengalami keradangan. Lagi pulak di musim raya, pasti banyak mengemas rumah kan.
Kredit foto: greenbelttp.comTapi usah dibiarkan ia masih boleh diredakan dan dirawat dengan minuman ini. Tapi sebelum tu, Min nak kongsi fakta ini. Kekurangan vitamin adalah penyebab utama yang menyebabkan keradangan sendi terutamanya jika tubuh kekurangan kalsium , bromelain, magnesium dan zat besi.
Jadi resipi minuman ‘smoothie’ yang min nak kongsikan ni mampu membekalkan nutrisi yang tepat untuk mengurangkan keradangan dan menghilangkan kesakitannya. Murah aje kosnya, dari sumber semulajadi iaitu dari buah-buahan dan bahan semulajadi. Ni 5 bahan ramuannya.
1. NENAS
Kandungan utama dalam nenas yang berkesan untuk sakit sendi adalah bromelain. Sebatian anti keradangan ini memang disarankan untuk mereka yang mengalami arthritis (keradangan sendi) kerana ia boleh mengurangkan bengkak akibatkan kecederaan tisu penghubung. Nenas juga kaya vitamin C, Manganese, Copper , fiber dan vitamin B.
2. JUS OREN
Jus oren membantu ligamen dan tendon menjadi kuat, ini amat baik untuk sendi. Kandungan anti oksidan meredakan keradangan. Flavonoid dan carotenoids di dalam oren menyokong saraf darah dan menghalang tindakbalas keradangan yang boleh mengurangkan kesakitan. Jus oren juga mengandungi magnesium dan kalsium yang menyumbang kepada sendi yang sihat.
3. KULIT KAYU MANIS
Kulit kayu manis adalah rempah yang boleh melancarkan peredaran darah. Ia juga digunakan untuk perubatan holistik (ubatan tanpa kimia) untuk merawat keradangan sendi. Kajian tahun 2018 mendapati arthritis dan kerosakan tulang boleh meningkatkan aktiviti sel osteoclast yang menyebabkan kerosakan tulang. Kulit kayu manis berupaya memperlahan aktiviti osteoclast yang menyekat kerosakan tulang.
4. ROLLED OAT (Empingan oat yang digelek, belum dimasak)
Bijirin penuh seperti oat melindungi dari keradangan kerana kandungan kanji di dalamnya. Bijirin ini adalah sejenis karbohidrat yang boleh memasuki system penghadaman dan merangsang bakteria baik membiak. Bakteria baik mengeluarkan asid lemak yang mengurangkan keradangan. Zat besi di dalamnya turut mengurangkan keradangan.
5. MADU
Madu sudah terbukti kandungan anti oksidan. Sejak zaman dahulu lagi ia digunakan sebagai ubat merawat batuk dan jangkitan kulit. Dicampurkan dengan cuka epal, madu adalah penawar kepada sakit sendi. Okay, di bawah ini ramuan ‘smoothies’ (kisaran buah-buahan) yang mengandungi kebaikan anti oksidan, vitamin dan mineral dari kebaikan 5 ramuan di atas bagi meredakan dan menghilangkan sakit sendi. Rasanya pun sungguh sedap, cubalah ya…
RESIPI MINUMAN ‘SMOOTHIE’
BAHAN-BAHAN :
2 cawan kecil nenas dipotong dadu
1 cawan ‘rolled’ oats (empingan oat yang sudah digelek dan belum dimasak)
2 cawan air
1 gelas jus oren
1 batang kulit kayu manis 1 sudu teh madu semulajadi (mentah)
CARA MEMASAK : 1. Masukkan air dan oat di dalam periuk dan masak mengikut peraturan di bungkusan oat. 2. Biarkan oat sejuk 3. Masukkan jus oren, oat yang sudah dimasak tadi, kulit kayu manis dan madu di dalam pengisar. Kisar hingga halus. 4. Tambahkan air lagi jika mahukan teksturnya cair sedikit
Minum minuman ini sekurangnya sehari sekali, untuk 5 hari berturut, InsyaAllah kesakitan sakit sendi akan berkurangan.
Sirap bunga telang, nampak pun dah menggiurkan terutama bulan puasa ini. Jika ada menanam pokok bunga telang ini di rumah, apa kata gunakan untuk membuat minuman istimewa ini untuk berbuka puasa nanti.
Sirap bunga telang ini juga punya khasiat tersendiri kerana tumbuhan ini memang diketahui ada banyak manfaat untuk kesihatan. Dikongsi Ibu Azzah, air ini dah tentu menyegarkan tekak yang seharian menahan dahaga apatah lagi dengan gabungan laici, lemon dan juga selasih. Memang lain dari yang lain.
Sirap bunga telang air istimewa banyak khasiat
Bahan A
2 genggam atau 150g bunga telang (basuh bersih dan toskan)
2000ml air
3 helai daun pandan (simpulkan)
5 batang serai (ketuk)
Bahan B
1 plastik besar air batu
1 bekas besar nata de coco (laici)
2 tin laici
150g biji selasih (rendam dalam air sehingga kembang)
13 batang serai (ketuk)
10 tangkai daun pudina (ambil daunnya sahaja)
5 biji lemon (hiris nipis)
Bahan C
Air gula (perlu dimasak asing dan di isi di dalam cawan apabila hendak diminum sahaja)
Cara membuat
1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan rebus anggaran 10 ke 15 minit, kemudian tapis.
2. Kemudian, masukkan semua bahan B ke dalam balang berserta air rebusan bunga telang, kacau sebati.
3. Masukkan air gula ke dalam cawan dan diikuti bancuhan air bunga telang. Sedia untuk di minum.
Nota: Sukatan bahan untuk kuantiti balang, boleh kurangkan untuk hidangan keluarga.