Sedapnya Hokkaido Baked Cheese Tart ni. Kalau dibeli, harga agak mahal. Jadi apa kata buat sendiri menggunakan resipi yang dikongsi oleh Azizi Zamani. Dapat hasilkan banyak dan memang puas makan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Kalau biasa kaswi berperasa gula Melaka tapi kali ni Sabarina Saharani berkongsi resipi kuih kaswi dengan keeenakan rasa dan kewangian daun pandan. Sedap bukan main lah.
Kuih tradisi ni wajib makan dengan kelapa parut, best buat makan sarapan dan minum petang ni. Kenapa namanya gedik, hihi aje tukang masaknya aje yang tahu..
RESEPI KASWI PANDAN LEMAK GEDIK
.
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 sudu mkn Tepung beras
1 cawan santan
1 1/2 cawan air daun pandan(3 helai)
3/4 cawan gula pasir (sapa suka manis 1cwn)
1/2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
1 biji telur Pewarna hijau
Kelapa parut (putih sahaja)+secubit garam-kukus sekejap supaya kelapa tahan lama
CARA MEMASAK :
1. Satukan kesemua bahan, kisar dengan mesin pengisar agar tidak berketul.
2.Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.Kukus selama 30 minit.
.
3. Sejukkan. Potong dan golekkan ke dalam kelapa parut tadi.
Cara buat kuih kalakatar atau bingka kelapa. Merupakan hidangan tradisi masyarakat Banjar, kuih ini terkenal dengan rasa lemak manis, tekstur lembut dan aroma wangi daripada kelapa muda serta air kelapa.
Kaedah asli dibakar menggunakan sabut kelapa sekaligus memberikan rasa dan bau yang lebih autentik. Tapi kalau tak mahu rumah penuh asap boleh saja bakar menggunakan oven. Rasanya sama sedap cuma kekurangan aroma sabut kelapa saja.
Cara Buat Kuih Kalakatar / Bingka Kelapa
Bahan-bahan
1 ½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
1 cawan gula (boleh kurangkan jika tak mahu terlalu manis)
2 biji telur gred B
4 cawan air kelapa muda
1 mangkuk isi kelapa muda
½ sudu teh garam
1 sudu besar marjerin (Buttercup digalakkan untuk rasa lebih lemak)
Cara Penyediaan
1. Dalam mangkuk besar, satukan gula, marjerin dan telur. Kacau hingga gula larut.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum dan garam. Tuang air kelapa sedikit demi sedikit sambil kacau hingga sebati.
3. Tapis adunan untuk pastikan ia halus dan bebas dari ketulan.
4. Masak adunan di dalam periuk bersama sedikit isi kelapa, guna api sederhana. Kacau sentiasa sehingga adunan pekat dan berkilat.
5. Sapu loyang dengan marjerin supaya kuih tak melekat. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.
6. Taburkan baki isi kelapa di atas adunan sebagai hiasan.
7. Bakar pada suhu 180°C selama 1½ jam atau sehingga masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis oven.
8. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidangkan.
Tip Ekstra
– Untuk rasa lebih wangi, boleh tambah sedikit daun pandan ketika memasak adunan.
– Jika mahu tekstur lebih halus, tapis air kelapa terlebih dahulu sebelum digunakan.
– Pastikan kuih benar-benar sejuk sebelum dipotong supaya potongannya kemas dan tak mudah hancur.
INFO: Dalam bahasa Banjar, kalakatar sebenarnya bermaksud kala iaitu ketika dan katar pula bererti panas. Lazimnya, kuih berkenaan dimakan ketika masih lembut dan panas.
Sedapnya Sup Ayam. Jika anda menggemari Sup Ayam yang pekat berempah, resipi perkongsian saudari Zurina Zulkeflini antara yang boleh dicuba. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Menu ini tentunya menjadi pilihan para ibu kerana tidak renyah. Tidak perlu kisar bawang. Cukup sekadar hiris dan tumbuk sahaja. Jom cuba! Anda pun pasti gemarkan rasanya.
Cuba resipi Donat Gula Klasik yang lembut, gebu dan sedap hasil perkongsian Mizzmoon Moon. Cara mudah buat donat homemade yang tidak serap minyak dan sesuai untuk jualan!