Resipi Dua Jenis Tat Mudah Dan Sedap. Anak-Anak Tentu Suka

Resipi dua jenis tat mudah dan sedap. Anak-anak tentu suka. Biasanya anak-anak sukakan manisan yang sedap dan manis. Kalau ada masa, bolehlah cuba dua jenis tat yang super yummy ini, iaitu Bluecheese Tart dan Tat Keju Telur Portugis.

Selain untuk hidangan sefamili, boleh juga dijadikan buah tangan kalau berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan.

TAT TELUR SERI KAYA LEMON 

Resipi Dua Jenis Tat Mudah Dan Sedap. Anak-Anak Tentu Suka

Bahan Untuk Kulit Tat:

70gm gula aising – boleh beli online di sini                                  

200gm tepung gandum serba guna / red rose – boleh beli online di sini

125gm mentega – boleh beli online di sini                                                     

1 sudu teh esen vanila – boleh beli online di sini                                              

1 biji telur saiz C                                  

 Bahan Untuk Inti Telur:

70gm gula kastor – boleh beli online di sini                 

100gm air

5 biji telur   

1 sudu kecil esen vanila – boleh beli online di sini                 

100gm Susu segar

Bahan Untuk Seri Kaya Lemon:

3 biji kuning telur

IKLAN

1 biji telur

150gm gula kastor – boleh beli online di sini                 

100ml jus lemon

Parutan kulit lemon dari dua biji lemon

40gm mentega – boleh beli online di sini                 

Cara Memasak:

  1. Gaul sebati gula aising, dan tepung.
  2. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan serbuk roti.
  3. Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati hingga menjadi doh.
  4. Sekiranya doh terlalu lembut taburkan sedikit tepung.
  5. Bahagikan doh kepada saiz lebih kurang 20gm setiap satu, bentukkan kulit tat pada acuan. Ketepikan.
  6. Untuk membuat inti telur; Panaskan air dan gula hingga mendidih. Kemudian alihkan dan biarkan sejuk.
  7. Masukkan telur dan susu segar. Gaul sebati.
  8. Tuang bancuhan inti telur ke dalam kulit tat dan bakar di dalam oven dengan suhu 200 ˚C selama 15 hingga 20 minit hingga perang keemasan. Angkat dan ketepikan.
  9. Untuk membuat seri kaya lemon; Satukan telur dan kuning telur gaul sebati.
  10. Masukkan gula kastor, jus lemon dan parutan kulit lemon ke dalam adunan telur. Gaul sebati hingga adunan seakan berkrim.
  11. Letakkan di atas dapur dengan api yang kecil dan gaul hingga adunan memekat. Alihkan dari api dan masukkan mentega. Gaul sebati.
  12. Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
  13. Tuang atau picitkan seri kaya lemon ke atas tat telur.
  14. Sedia dinikmati.

TAT KEJU TELUR PORTUGIS

Resipi Dua Jenis Tat Mudah Dan Sedap. Anak-Anak Tentu Suka

Bahan A:

500gm tepung roti – boleh beli online di sini

15gm gula – boleh beli online di sini                 

5gm garam – boleh beli online di sini                 

IKLAN

50gm marjerin – boleh beli online di sini                 

250gm air

250gm pastri marjerin

Bahan Inti:

100gm gula kastor – boleh beli online di sini                 

4 biji telur

2 sudu teh esen vanila – boleh beli online di sini                             

40gm keju cheddar – boleh beli online di sini                 

250ml susu segar

200ml krim putar

IKLAN

1 sudu makan tepung jagung – boleh beli online di sini                 

Satu sudu teh pewarna kuning

Cara Memasak:

  1. Untuk membuat inti; didihkan krim putar dan gula kastor hingga sebati.
  2. Kemudian campurkan susu segar, esen vanila dan telur.
  3. Apabila adunan memekat, masukkan tepung jagung, pewarna kuning dan gaul rata.
  4. Seterusnya masukkan keju cheddar dan kacau sebati. Tutup api dan sejukkan. Ketepikan.
  5. Untuk membuat doh pastri; Masukkan kesemua bahan A ke dalam mesin pengadun kecuali air. Kemudian gaul hingga sebati.
  6. Masukkan air dan adun sehingga doh sebati dan lembut.
  7. Keluarkan doh, canai dan masukkan pastri marjerin.
  8. Lipat doh dan lakukan lipatan single book dan double book.
  9. Potong doh pastri dan masukkan ke dalam acuan aluminium.
  10. Masukkan inti dan bakar pada suhu 200C selama 25 minit.
  11. Sedia dinikmati.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

 

Resipi Pai Nangka Idea Mak, Sedap Dan Rangup

Resipi Grilled Chicken Wrap, Buat Sendiri Sedap & Mengenyangkan!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI