
Hari pertama berpuasa pasti ramai yang terfikir-fikir juadah istimewa apa yang nak disajikan buat keluarga. Bagi anak-anak pula, air tentunya yang paling ditunggu-tunggu. Maklumlah masing-masing dahaga setelah seharian berpuasa. Meh cuba air viral ni; Dragon Mix Fruit. Minuman campuran aneka buah-buahan segar. Memang sedap!
DRAGON MIX FRUIT
BAHAN-BAHAN:
- Buah naga merah
- Buah mangga masak
- Anggur manis – dibelah dua
- Laici tin – ambil sekali dengan airnya
- Susu pekat manis – ikut kemanisan yang anda suka
- Air masak
- Ais batu
CARA MEMBUAT:
1. Kupas buah dan potong dadu.
2. Dalam bekas bersesuaian, campurkan semua bahan-bahan diatas. Sesuaikan rasa ikut kemanisan yang diingini.
3. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.
4. Minuman ini tidak perlu tambah pewarna kerana warna asli dari buah naga sudah mencukupi.
Video cara-cara bancuh Dragon Mix Fruit
https://www.facebook.com/ibu.anisa/videos/1692313050851289/?t=13
Kredit resipi & foto: Nur Yushanun Yusof
Dry Chilli Pan Mee, Menu Ni Buat Korang Ketagih Makan

Siapa suka pan mee? Menu pan mee ni susah juga nak jumpa. Kebanyakan menu ini hanya di kopitiam. Jadi jom kita buat sendiri.Walaupun banyak perkara nak kena buat, buat sendiri, lagi puas hati.Cubalah buat, bahan yang digunakan pun mudah dapat dan tak mahal.
DRY CHILLI PAN MEE
Bahan-bahan:
Pan Mee
Ayam Kicap
Chilli in oil
Ikan Bilis
Pakchoy atau sawi
Cara memasak:
1.Goreng ikan bilis dahulu.
2.Dah siap ikan bilis, buat cili oil.
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
Udang kering
Sehiris halia
3.Kisar guna food professor.
4.Kemudian goreng dengan api perlahan. Jangan lupa lebihkan minyak. Nak bagi mudah garing.
5.Perisakan dengan garam dan gula.
6.Dah siap.
7.Boleh simpan dalam bekas. Cili oil ni boleh buat makan dengan wantan mee, mee kari Nyonya, nasi goreng atau apa saja. Kalau tambah asam jawa dan blend halus, jadi cili pes untuk tomyam,
8.Untuk oyster chicken, sediakan isi dada ayam dan cendawan.
9.Goreng tumis isi ayam dan cendawan.
10.Masukkan sos tiram. Ni sos tiram ori tau bukan sos berperisa tiram. Lagi sedap.
11.Kicap cair.
12.Kicap karamel. Kicap karamel ni lebih kurang sama kicap pekat cuma kicap karamel sedap lagi.
13.Masukkan sedikit air untuk bagi basah-basah sikit, kemudian perisakan dengan gula dan sedikit stok ayam.Lepas tutup api, tuang sikit minyak bijan. Dah siap,lazat.
14.Memang sedap ayam tiram cendawan ni.
15.Pan mee jual kat pasaraya. Sepaket ni ada 6 ketul. Rebus dulu.Lepas dah rebus mee tu, bilas dengan air sejuk sebab ia akan melekat. Tapis bagi turun semua air, kemudian Gaulkan dengan sedikit kicap karamel dan minyak bawang putih.
16.Lepas tu korang plating la susun cantik. Pan mee ni sesuai dihidang dalam mangkuk. Lebih berselera.
17.Tabur daun bawang, serbuk lada putih dan pakchoy. Yang hitam tepi tu black fungus. Baru nampak macam makan kat kedai.
Kredit: Wan LuQman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Popia Ayam Kentang Laku Keras, Resipi Dihalalkan Boleh Buat Niaga

Sebut tentang popia goreng, memang ramai penggemarnya. Manakan tidak, intinya yang pelbagai dengan kulit popia yang digoreng rangup membuatkan kita makan tak cukup satu. Dapat pula dicicah sos pedas manis, memang padu.
Kali ini, Rusmiyati Mudin sudi berkongsi resipi air tangannya dalam menghasilkan popia ayam kentang yang dijadikan jualan suatu ketika dahulu. Menurutnya lagi, dia sudi berkongsi resipi dan menghalalkannya kepada sesiapa yang ingin mencuba.
Dah terbayang keenakan popia ini, dengan gabungan rasa inti ayam dan kentangnya. Ditambah pula dengan sos pencicahnya yang ada rasa pedas, manis dan masam. Apa tunggu lagi? Jom kita buat.
(INTI)
BAHAN-BAHAN:
Bawang merah
Bawang putih
Lada sulah – Boleh beli online di sini
Serbuk perasa Ajinomoto – Boleh beli online di sini
Ayam (dipotong dadu atau memanjang saiz besar)
Kentang
Kulit popia – Boleh beli online di sini
Daun sup
Sayur campur
CARA MEMASAK:
Kisarkan bawang merah, bawang putih dan lada sulah. Bawang merah perlu dilebihkan daripada bawang putih.
Ketika menumis, terus masukkan garam, gula dan serbuk perasa Ajinomoto.
Tumis sehingga pecah minyak.
Kemudian, masukkan ayam yang dipotong dadu atau memanjang dalam saiz yang besar supaya tidak mudah hancur.
Setelah itu, masukkan kentang dan sayur campur bersama air.
Masak sehingga kentang empuk dan lembut.
(POPIA)
Letakkan inti ke atas kulit popia dan gulung kemas.
Panaskan minyak dan bolehlah popia digoreng sehingga kuning keemasan.
(SOS)
BAHAN-BAHAN:
Sos Econsave (*saya pakai sos ini sebab pedas)
Sedikit sos Jiwanis
Sedikit cuka – Boleh beli online di sini
Gula – Boleh beli online di sini
Garam
Cili api (ditumbuk) – Boleh beli online di sini
Bawang putih (ditumbuk)
Air
CARA MEMASAK:
Tumbukkan cili api dan bawang putih.
Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan masak sehingga kuah sos pekat. Sedap, ada rasa pedas, masam dan manisnya.
Popia sedia dihidangkan dengan sos pencicah.
Sedap! Cicah sos pekat.
Selamat mencuba. Saya halalkan resipi ini.
Kredit: Rusmiyati Mudin
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Sedapnya Pepes Ayam Padat Dengan Isi, Boleh Buat Sendiri Di Rumah
Gabungan Rasa Dua Negara, Enaknya Spageti Tomyam Pedas Berkrim
Kerepek Popia Seaweed, Kudapan Rangup Tak Sedar Habis Sebalang
Pati Sirap Fanta Hijau, Ingat Lagi Air Popular Satu Ketika Dulu?
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Putih Telur Kena Pukul Asing, Baru Dapat Telur Dadar Gebu & Lembut Macam Ni

Telur dadar memang dah jadi lauk kebiasaan kita dan ada banyak versi. Ada yang suka telur dadar garing tapi yang pasti ramai suka ia lembut dan gebu di dalam. Nak dapat hasil telur dadar gebu ini boleh gunakan teknik kedua yang dikongsi oleh Nur Mashitah.
Teknik buat telur dadar gebu
Teknik masakan yang berbeza mampu menghasilkan hidangan yang berbeza meski pun menggunakan bahan yang sama. Begitu juga apabila anda ingin menghasilkan telur dadar yang gebu.
Ada teknik atau cara yang boleh diguna pakai bagi menghasilkan telur dadar yang gebu. Cuba bezakan dua teknik di bawah:
Teknik Pertama
Pukul telur putih dan telur kuning di dalam satu bekas dan kemudian goreng.
Teknik Kedua
Asingkan kuning telur dan putih telur. Pukul kedua bahan di dalam bekas yang berasingan. Putih telur dipukul sehingga kembang seakan-akan awan putih. Kemudian kuning telur di gaul dengan perlahan ke dalam bekas yang mengandungi putih telur tadi dan kemudian goreng.
Kedua-dua teknik ini menggunakan bahan yang sama, tetapi hasilnya berbeza. Telur dadar yang dihasilkan dengan teknik kedua akan lebih gebu daripada teknik pertama.
Hasilnya…
Apabila putih telur dipukul, anda sebenarnya sedang menambahkan udara pada putih telur.
Udara yang terperangkap menghasilkan buih-buih seperti awan putih tadi dan meningkatkan isipadu telur. Hasilnya telur tampak lebih gebu dan lebih besar berbanding teknik pertama.
Hebat bukan, hanya dengan mengubah cara atau teknik masakan mampu menghasilkan produk yang berbeza.
Selain teknik pukulan, kesegaran dan suhu telur juga memainkan peranan dalam penghasilan buih yang stabil.
Jom kongsikan cara anda menghasilkan telur dadar yang gebu.
Sumber rujukan: Lomakina, K., Míková, K. (2006). A study of the factors affecting the foaming properties of egg white – a review. Czech Journal of Food Sciences, 24(No. 3), 110–118.
Gambar: Sumber Google
Sumber: Nur Mashitah
Sembang Science