Sedapnya Double Chocolate Chips Cookies ni. Nampak sangat menyelerakan. Sekali suap, memang susah nak berhenti mengunyah. Menurut saudari Maznie Rosli resipi ini dicuba dari resipi Che Nom, dan mempunyai rasa yang sangat enak. Sesuai dinikmati sambil layan tv bersama anak-anak. Memang best. Sesuai sangatlah buat untuk si kecil anda. Jom cuba!
Dapatkan LA VINNCE BLUE DIAMOND COOKWARE SET dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK: 1.Panaskan ketuhar pada suhu 170°C. 2. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking soda dan garam. 3. Dalam mangkuk berasingan, putar mentega bersama gula kastor dan gula perang sehingga putih. 4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga kembang. 5. Dengan kelajuan perlahan, masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan putar sebati. 6. Masukkan pula coklat chip dan badam. Kacau sehingga adunan sekata dan rehatkan doh seketika.
Ads
7. Griskan dulang dan lapik dengan kertas baking. Ceduk dengan pencedok aiskrim atau sudukan adunan di atas dulang dengan jarak yang jauh kerana biskut akan mengembang apabila dibakar.
8. Bakar selama 15-20 minit.
Tips:
Untuk mendapatkan biskut yang lebih tebal tapi rangup, masukkan doh yang sudah di scoop ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar. (beliau tidak letak kerana tiada masa menunggu)
Resipi ini diolah sedikit dengan menggunakan gula perang dan gantikan chocolate chip dengan chunky milk chocolate coin.
Tak lama lagi raya dah nak tiba. Pastinya hidangan istimewa mahu dihidangkan untuk keluarga. Maka kita hidangkan dua menu kombo iaitu nasi tomato dan ayam masak merah yang akan buat anda melekat di meja makan. Aroma bau kedua masakan ini sungguh membuka selera.
NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
5 cawan beras biasa / beras Basmathi
5 cawan air
4- 5 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
4-5 biji buah pelaga
1/ 4 cawan minyak zaitun (kalau tak ada boleh ganti dengan minyak masak)
2 sudu besar menggunung minyak sapi (kalau tak ada boleh guna mentega)
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar gula
1/ 2 sudu besar garam
3-4 helai daun pandan di simpul
3 sudu besar tomato puri
4 biji tomato
2 biji bawang besar*
8 ulas bawang putih*
2 ketul halia sebesar ibu jari*
Bahan bertanda * dikisar atau dihiris halus
CARA MEMASAK:
1. Rendam Beras
Mula-mula rendamkan beras supaya beras masak elok bila dah dicampur dengan bahan-bahan lain. Beras direndam selama 15-20 minit. Kalau guna beras basmathi, rendam lama sikit dalam 30 minit. Kemudian, basuh dan toskan.
2. Tumis Bahan
Cairkan minyak sapi dan minyak masak / minyak zaitun dalam sebuah periuk di atas api yang sederhana. Tumiskan rempah-rempah kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang. Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.
3. Masukkan Beras
Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit. Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato puri, simpulan daun pandan, gula dan garam secukup rasa.
4. Pindahkan Ke Rice Cooker / Masak Seperti Biasa Akhir sekali pindahkan semua bahan dalam periuk ke rice cooker dan masak seperti biasa.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong kecil, basuh bersih
3 biji bawang besar (saiz besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai – diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya
Kisar semua bahan bertanda *
CARA MEMASAK:
1. Goreng Ayam
Macam biasa, mula-mula gaulkan ayam dengan garam, kunyit. Panaskan kuali, bubuh minyak dan goreng. Tak payah garing sangat ye sebab lepas ni kita nak bubuh dalam lauk.
2. Tumis Rempah & Bahan Kisar
Kemudian tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.Masukkan serai, kacau sekejap. Lepas tu masukkan bahan kisar yang bertanda *. Tumis sampai garing.
3. Masukkan Cili Kisar
Seterusnya masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing.
4. Perasakan
Akhir sekali perasakan dengan gula, sos cili dan tomato. Biar sekejap dan kacau sesekali. Perisakan dengan garam pulak. Lepastu bolehlah masukkan ayam yang dah digoreng awl-awal tadi. Terjunkan semua dan gaul sebati.
Siap!
Nasi iaitu dari beras basmathi boleh dimasak dengan pelbagai cara masakan. Lebih-lebih lagi nasi dari negara Arab mahupun Mediterranean.
Kalau masak guna basmathi tu jangan lupa direndam dahulu sekurang-kurangnya setengah jam sebelum memasak. Barulah gebu nasi tu.
Ni min kongsikan 4 resipi Nasi dari negara Yemen, Turki, Palestin dan Mesir. Boleh jadikan juadah raya.
1. NASI DAGING YEMEN
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | potong kiub besar
4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
2 biji bawang besar | mayang halus
4 cawan air rebusan daging
3 sudu makan mentega/minyak sapi
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh air rendaman safron
1 sudu teh jus lemon
2 helai daun bay leaf
1 sudu teh biji lada hitam
5 ulas bawang putih
Garam dan gula perang secukupnya
Bawang goreng dan kismis secukupnya
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
4 ulas bawang putih | kisar
3cm halia |kisar
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging bersama bay leaf, lada hitam dan bawang putih hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B dan bawang besar yang dimayang halus hingga wangi.
3. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis bersama sedikit air lalu teruskan menumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan daging. Masukkan beras, garam dan gula perang secukup rasa. Tanak hingga masak.
5. Tuang air rendaman safron dan jus lemon ke dalam nasi. Kacau sebati.
6. Tambah bawang goreng dan kismis jika suka.
7. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 4-5 orang Jenis hidangan : Yemen Keistimewaan : Penuh perisa Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef:Tidak perlu masak lauk lain kerana sudah terdapat daging di dalam nasi.
2. NASI KOSHARY RINGKAS (MESIR)
BAHAN-BAHAN A:
4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
4 cawan air rebusan ayam/daging
½ cawan tomato puri
½ cawan kacang dhal | rebus hingga empuk
1 sudu teh air rendaman safron/pewarna kuning
Garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
2 sudu makan minyak sapi
4 ulas bawang merah |mayang halus
2 ulas bawang putih | mayang halus
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan B hingga wangi.
2. Masukkan beras, tomato puri dan air rebusan ayam/daging.
3. Tambah garam, lada sulah, lada hitam dan tanak hingga nasi masak.
4. Renjiskan air rendaman safron/pewarna kuning dan gaul rata.
5. Gemburkan nasi sebelum dihidangkan bersama lauk-pauk yang bersesuaian.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Mesir Keistimewaan : Penuh perisa dan lemak Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef:Jika ikut resipi asli dari Mesir mereka akan menambah ½ cawan kacang kuda dan ½ cawan makaroni ketika nasi sedang mendidih. Kacang kuda direndam dulu.
3. NASI TURKI KAMBING
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | basuh & toskan
2 cawan air rebusan daging kambing
2 cawan susu cair
300gm daging kambing | potong dadu sederhana & rebus empuk
2 biji ubi kentang |belah empat
2 biji tomato | potong bulat
1 batang lobak merah |potong bulat
3 sudu makan minyak sapi
Garam secukup rasa
Kismis & bawang goreng | untuk hiasan
2 – 3 biji telur rebus | pilihan
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3cm halia
2 sudu teh jintan putih
BAHAN-BAHAN C:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan B dan C hingga wangi dan naik bau.
2. Masukkan daging kambing berserta air rebusan, susu cair, beras, garam, ubi kentang dan lobak merah lalu didihkan hingga nasi tanak.
3. Gemburkan nasi menggunakan garpu dan ratakan.
4. Jika suka boleh tambah 2-3 biji telur yang telah direbus ketika cecair telah sejat dan gaulkan sebati. Tabur dengan kismis dan bawang goreng.
5. Angkat dan sedia dinikmati
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Turki Keistimewaan : Rasa daging kambing Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Enak jika dihidangkan bersama sup dan salad sayuran sebagai tambahan.
4. Nasi Maqlubah Kambing (PALESTIN & SYRIA)
BAHAN-BAHAN :
1 kg beras basmathi /basuh dan rendam setengah jam
2 kg daging kambing /dipotong kiub 2 inchi@ 5 sm
4 sudu makan rempah Maqlubah
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 liter air stok daging
2 biji bawang besar /dimayang
10 ulas bawang putih/ diketuk
2 batang kayu manis
10 biji bunga cengkih
10 biji buah pelaga
5 biji cili hijau / potong 1 inci@ 2.5 sm
3 biji lobak merah /dihiris dan goreng kuning keemasan
CARA MEMASAK :
1. Daging kambing direbus selama 30 minit, dan ambil air stoknya.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk.
3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
4. Masukkan cili hijau bersama rempah ratus kayu manis, cengkih, pelaga, tumis hingga naik bau.
5. Masukkan rempah maqlubah dan serbuk lada hitam . Tumis hingga pecah minyak.
6. Masukkan air rebusan daging kambing dan masukkan garam halus
7. Didih dengan api perlahan selama 45 minit. Angkat asingkan kambing dan masukkan pula beras.
8. Kacau dan ratakan beras, laraskan sukatan air kira-kira 40 mm melebihi paras beras.
9. Biarkan mendidih dengan api sederhana dan tutup api sebelum kering.
10. Sediakan periuk lain, masukkan satu sudu makan minyak masak.
11. Masukkan satu senduk daging kambing, masukkan satu lapisan sayuran yang telah digoreng tadi diikuti satu lapisan beras. Lapiskan sayur, daging dan beras secara berselang seli.
12. Setelah semua dimasukkan keringkan nasi menggunakan api paling kecil selama 20 minit.
13. Setelah masak ambil dulang dan tutup periuk menggunakan dulang. Angkat periuk dan terbalikkan atas dulang tadi dan ketuk perlahan-lahan bahagian luar periuk.
14. Tarik periuk keluar perlahan-lahan dan hiaskan nasi dengan hirisan lemon, daun pudina dan tomato.
Saiz hidangan : 8 -10 orang Waktu memasak : 1 jam 45 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis hidangan : Nasi Arab Palestin dan Syria Keistimewaan : Berbeza dengan nasi Arab yang lain, nasi Maqlubah menggunakan sayur goreng sebagai ramuan. Anggaran kos : RM 70
INFO CHEF: Nasi Maqlubah adalah sajian Arab yang terkenal di Palestin dan Syria. Campuran daging dan sayur menjadikan ia sajian nutrisi lengkap berempah dan lazat.
Mesti tertanya-tanya untuk dapatkan rasa tomyum sama seperti di kedai. Ini rahsia yang anda boleh ikut untuk dapat cukup rasa manis, masam, pedas dan kepekatan tomyum yang seimbang.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...