Resipi dodol kukus ini sesuai untuk dibuat Ketika teringin nak makan dodol homemade tapi tak rajin untuk mengacaunya.
Tak perlu kacau lama, hanya kukus selama 30 minit dah boleh dimakan. Rasanya tetap enak. Dodol kukus ini cukup terkenal di daerah Temerloh dan ia dimakan dengan tahi minyak.
Bagi yang nak cuba membuatnya boleh gunakan resipi dodol kukus yang dikongsi oleh Mazaliza Mahayuddin.
Ads
Cara mudah buat dodol, kukus saja
Bahan A
4 cawan tepung pulut
4 sudu besar tepung beras
2 cawan santan
Sedikit garam
Bahan B
2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan air
Sehelai daun pandan
Cara membuat dodol kukus
1. Satukan bahan B dalam periuk kemudian masak hingga hancur dan mendidih. Selepas hancur, tapis.
2. Kemudian satukan bahan A dan bahan B sehingga sebati. Tapis adunan.
Ads
3. Sediakan loyang, lapik dengan daun pisang. Masuk adunan yang telah ditapis ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.
Kuih Nagasari ni kuih tradisional, dulu nenek admin suka buat kuih ni sebab sangat mudah cara penyediaannya, bahan pun murah je yang paling penting kena cari daun pisang. Ada juga resipi yang terus tuang dalam loyang, tapi admin lagi suka yang guna daun pisang barulah aroma kuihnya lagi wangi dan menyelerakan. Resipi yang dikongsikan oleh Zahrah Julidi Facebook ni memang menggunakan daun pisang memang cantiklah kejadiannya. Jom kita cuba!
KUIH NAGASARI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung beras
Pisang nipah (atau boleh je guna pisang lain)
3 cawan santan sederhana pekat (santan segar)
1 sudu gula (jika perlu)
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN:
Satukan bahan-bahan di atas kecuali pisang kacau atas api kecil hingga masak dan berkilat (adunan kental)
Pisang belah dua, ambil sesenduk kecil adunan.
Letak pisang pastu tutup dengn sedikit lagi adunan tadi…bungkus kemas-kemas, dah siap semua boleh kukus 15 hingga 20 minit dengan api sedang.
Sedapnya kuih Bolu Kukus Mekar ni. Rupanya seakan isi buah naga. Nampak gebu dan lembut. Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari Nor Al Fatihah ini tidak menggunakan air soda. Nak cuba? Berikut adalah resipinya.
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna & bijan. Pukul dengan high speed selama 10 minit hingga kembang dan gebu. Adunan akan bertukar jadi warna putih. 2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Adunan putih lebih banyak daripada adunan merah. 3. Campur bijan ke dalam adunan putih. Masukkan ke dalam piping bag. 4. Letak cawan kertas ke dalam acuan apam saiz sedang. Picit adunan putih hingga hampir penuh. 5. Kemudian picit pula adunan merah hingga betul-betul memenuhi cawan kertas.
6. Isi air dalam pengukus dan panaskan hingga betul-betul mendidih. 7. Kukus Bolu selama 10 minit dengan api paling besar. 8. Bila Bolu sudah masak dan mekar, angkat dan sedia untuk dihidangkan. Satu adunan akan dapat 23 biji Bolu, bergantung pada saiz cawan kertas.
TIP SUPAYA BOLU MEKAR @ MEREKAH
1. Pukul adunan hingga betul-betul kembang dan gebu. 2. Isi air dalam pengukus sedikit sahaja. Dalam 1 ½ ruas jari. 3. Pastikan air betul-betul panas dan mendidih. 4. Jarakkan bolu. Jangan terlalu dekat antara satu sama lain. 5. Kukus dengan api paling besar. 6. Jangan buka penutup pengukus sebelum cukup masanya. 7. Acuan juga memainkan peranan. Acuan jangan terlalu sempit, permukaan mesti luas supaya bolu dapat kembang dengan mudah.
Kadang-kadang melayan anak untuk menyediakan menu sarapan , kepala ligat berfikir apa yang disukai mereka. Selagi boleh kita akan sediakan sarapan yang mengenyangkan. Resipi donut ball chezzy leleh ni
boleh buat untuk sarapan juga.
Donut Ball chezzy leleh
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum -BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh baking powder
1 peket mauripan -BELI ONLINE DI SINI
500 ml air suam
2 sudu teh susu pekat
1 senduk majerin
1 sudu teh garam
24 keping cheese dibelah dua – BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak:
1.Air, mauripan, garam dan susu disatukan dalam jug biarkan sehingga berbuih.
2.Ayak tepung bersama baking powder masukkan bahan A diatas, uli dalam 10minit masukn margerin uli lagi 10 minit.
3.Biarkan adunan 1/2 jam ditempat panas sehingga kembang naik.
4.Selepas setengah jam tumbuk adunan utk keluarkan angin, kepal-kepal doh agak-agak size setengah genggam kmudian msukn cheese. Boleh la trus digoreng shingga keperangan.
5.Selepas itu tabur gula icing.
Kredit: La’ Dolce Resepi
Dapatkan AIR FRYER pelbagai saiz secara ONLINE. Barulah boleh masak tanpa minyak.