Digelar daging hitam kerana warna yang gelap di mana ramuannya ialah kicap, rempah kari serta daun kari memberi aroma lazat pada daging. Daging masak hitam ini sesuai dimakan dengan nasi tomato, nasi hujan panas dan nasi putih.
DAGING MASAK HITAM
Bahan-bahan
5kg daging – dipotong
2kg bawang besar kisar kasar kemudian tapis (air bawang jangan buang nanti baleh bancuh rempah dan cili kisar)
200gm rempah kari daging
2 cawan cili mesin ( kalau mahu pedas boleh tambah lagi)
4 serangkai kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
5 tangkai daun kari
Cara memasak:
Ads
Panaskan minyak tumis 4 serangkai sampai naik bau
Selepas itu masukkan daun kari
Masukkan bawang putih, bawang besar dan halia biar sampai layu dan kuning
Masukkan bawang mesin masak sampai bawang layu dalam 5 minit
Masukkan cili mesin biar sekejap dalam 3 ke 4 minit sambil kacau
Masukkan rempah, lada hitam dan gula merah masak sampai pecah minyak
Bila dah pecah minyak dan bau wangi masukan daging
Bila daging bertukar warna masukkan kicap dan sedikit air (dalam 2 cawan jangan banyak sebab daging akan keluar air)
Biarkan sampai daging empuk dan pekat
Siap untuk dihidang
**saya tidak tambah garam dan gula lagi sebab sudah cukup rasa tapi ikut selera masing-masing kalau ada apa yang kurang boleh ubah ** kenali daging yang kita beli kalau daging kotak elok direbus dulu kalau daging segar tidak perlu rebus dulu.
Kredit: Lulu Makhnun Mustapa
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Sup tulang berempah yang diolah sendiri rempah memanglah enak dinikmati.Bila cukup ramuan rempah bila menghirupnya puas hati rasanya. Sangat sesuai untuk rewang bersama keluarga.Jangan lupa cuba.
SUP TULANG BEREMPAH
BAHAN UNTUK REBUS:
2 kg tulang | cuci bersih dan toskan
2 inci halia | titik
4 ulas bawang putih | titik
1 paket sup tulang
Air secukupnya
BAHAN UNTUK REMPAH:
5 biji bawang merah
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1 paket sup tulang
1 paket perencah sup
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu teh lada hitam
Minyak secukupnya untuk kisar
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
Ais tambahan secukupnya.
1 biji bawang Holland
1 biji tomato
6 biji cili padi
Daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tulang dalam periuk bersama air, halia dan bawang putih dan sup tulang bunjut). Rebus sehingga empuk.
Nak mudah gunalah pressure cooker.
2. Sementara tunggu tulang empuk , boleh buat bahan untuk rempah. Kisar bawang merah, halia, bawang putih
dan juga sup tulang rempah.Rempah dalam bunjut kisarkan sekali.
3. Masukkan perencah sup, serbuk ketumbar dan lada hitam.Kisar dengan minyak.
4. Kemudian tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak dan ketepikan.
5. Buka periuk rebusan dan masukkan rempah yang telah kita tumis tadi.Kacau sekejap.Reneh seketika
7. Masukkan garam ikut cita rasa.
8. Masukkan lada sulah.Tambahkan air jika suka.
9. Masukkan bawang Holland, tomato , cili padi hijau dan merah, kacau rata.
10. Tabur daun ketumbar jika suka sebelum dihidangkan.
Rendang daging hitam rembau yang selalu dihidangkan dimusim perayaan seperti Hari Raya Puasa , amat sinonim dengan masyarakat Rembau dan ianya selalunya dimakan bersama lemang mahupun hidangan nasi . Mempunyai ‘aroma’ yang berlainan dengan rendang dari tempat lain merupakan khazanah turun temurun dan sangat sesuai untuk untuk menyediakan rendang daging mahupun rendang ayam.
RESIPI RENDANG HITAM REMBAU
BAHAN-BAHAN:
Daging 1 kg (nak lagi sedap guna daging batang pinang)
Cili api 2 genggam
Bwg ros 400 gram
Bwg putih 5 ulas
Lengkuas 2 inci
Halia 2 inci
Kunyit hidup 2 inci
Semua bahan di atas di kisar dan diperap bersama daging.
Serai 4 batang dititik
Santan 1kg dimasak hingga jd taik minyak.
CARA MEMASAK:
Masakkan bahan yg diperap separuh masak
Tambah gula merah 4 sudu makan, garam secukup rasa dan asam keping
Masukkan taik minyak dan masaklah dengan api sederhana perlahan hingga betul2 empuk dagingnya dan kering, tabur daun kunyit..siap
Masak dengan api yang sederhana hingga adunan kental. Kecilkan api dan terus memasak hingga terbit minyak dan terhasilnya tahi minyak yang kuning keemasan.
Keema daging selalunya di makan bersama nan cheese atau roti prata. Adunan daging bersama rempah ratus memang membangkitkan selera, selain penggunaan daging kisar dan kacang peas segar di dalamnya.
Resipi keema daging
BAHAN-BAHAN:
400gm -daging kisar atau daging batang pinang kalau teringin buat masakan daging potong.
1 tin kecil kacang peas dalam tin
3-4 sudu minyak sapi (boleh juga guna minyak masak dan masuk 2 sudu minyak sapi)
1/2 mangkuk- daun ketumbar
3 biji tomato dicincang
Bawang merah biji yg besar.
1/2 cawan air kosong
Bahan rempah ratus
1 sudu besar (tsp) serbuk ketumbar.
1 sudu besar jintan putih.
2 helai daun kering bay leave (daun salam).
4 biji bunga cengkih.
Stgh inci kulit kayu manis.
2 biji buah pelaga.
1/2 sudu teh garam secukup rasa
1/2 inci halia yang ditumbuk (pes lebih baik).
4 biji bawang putih (pes lebih baik).
Serbuk cili merah 1/2 sudu besar
Serbuk kunyit 1/2 sudu besar
3 sudu serbuk Keema Masaala.
Cara memasak
Panaskan kuali, masuk 3 sudu minyak sapi. Sekiranya tidak suka minyak sapi, gunakan minyak masak. Rasa lebih kepada masakan Melayu kalau guna minyak masak.
Panaskan minya, masukkan bahan kering dahulu seperti daun bay leaf, bunga cengkih, buah pelaga. Masukkan juga jintan putih, bawang putih, halia. Bawang merah juga boleh dimasuk ketika ini.
Masukkan tomato, goreng hingga tomato hancur dan layu. Masukkan daging kisar dan gaul. Biar daging sedikit kenyal dan kacau. Jika masakan terlalu kering, masukkan 1/2 cawan air dan tutup kuali.
Masukkan kacang peas dan tutup kuali semula. Untuk yang gemar masakan sedikit basah, boleh tambah sedikit air lagi dan sedikit garam sebagai perasa dan kacau kuali sebelum masakan diangkat utk dihidangkan.
Masukkan daun ketumbar.
Sedap juga jika dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih. Selamat mencuba.
Potato Egg Melt ialah sarapan sihat dan rendah kalori yang mudah disediakan, mengenyangkan dan sedap. Ketahui manfaat, nutrisi dan cara membuatnya untuk rutin harian yang lebih sihat.