Anda suka makan cucur? Jom cuba buat Cucur Kelapa sedap ini. Rangup bila dimakan malah bahan-bahannya juga sangatlah ringkas. Hanya menggunakan 4 bahan sahaja, anda sudah boleh menikmati sepinggan cucur yang enak. Jom cuba resipi perkongsian saudari Love Nor Hadzari. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT CUCUR KELAPA RANGUP HANYA GUNA 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan kelapa parut
2 cawan tepung gandum – beli online disini
1 sudu makan gula – beli online disini
1 sudu teh garam – larutkan dalam air jadi air garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kelapa parut ke dalam bekas berisi tepung gandum. Jangan lupa masukkan gula sekali. Gaul semua bahan hingga rata.
2. Tuang air garam sedikit demi sedikit dn bancuh hingga adunan cair. Kadar kecairan ikut suka anda. Saya akan buat cair sedikit agar jemput-jemput atau cucur kelapa saya tetap lembut walau sudah sejuk.
3. Guna jari atau sudu untuk masukkan adunan tepung ke dalam kuali. Saiz kecil atau besar ikut kegemaran anda.
4. Goreng cucur hingga garing atau warna oren kekuningan.
5. Cucur sudah siap untuk dihidangkan.
Popia Goreng Bersira, ada yang panggil kuih ini popia goreng sambal ataupun popia goreng bercili merupakan makanan bergoreng kegemaran ramai. Sangat penting cara menyira sambal jika salah cara popia boleh menjadi lembik dan tidak rangup.
POPIA GORENG BERSIRA
BAHAN-BAHAN:
50keping kulit popia
1 sudu besar tepung gandum (bancuh guna air 4-5 sudu besar untuk jadikan pelekat)
BAHAN INTI:
1/2 biji kobis (hiris nipis)
3 batang lobak merah (sagat)
4 biji tauhu (goreng dan potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu )
Segenggam udang geragau (basuh dan toskan)
Sedikit isi ayam ( jika suka )
Sedikit garam
CARA-CARA MEMASAK:
Panaskan 1/2 senduk minyak. Tumiskan bawang dan udang geragau.
Masukkan isi ayam dan bila isi ayam sudah empuk masukkan pula semua sayuran.
Selepas itu masukkan tauhu dan sedikit garam. Kacau hingga agak layu.
Tutup api dan toskan untuk buang air dalam sayuran. Biarkan sejuk seketika.
Ambil sekeping kulit popia dan masukkan inti. Gulung dan sapu bancuhan tepung gandum pada hujung gulungan. Buat hingga siap.
Goreng gunakan api sederhana hingga betul-betul garing. Toskan dan angkat.
BAHAN SIRA:
25 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
1 cawan air
(Kisar bahan di atas hingga betul-betul halus)
2-3 sudu besar sos cili
2 senduk gula pasir
1 1/2 senduk minyak masak
CARA MENYEDIAKAN
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga betul-betul masak.
Masukkan gula dan sos cili. Masak guna api sederhana perlahan hingga likat dan agak pekat
Bila sudah nampak berbuih-buih. Masukkan popia dan kacau hingga rata.
Pastikan sambal menyaluti semua popia. Terus tutup api dan letak dalam talam.
Pastikan popia tidak bertindih atau bertindan supaya popia tetap ranggup. Sejukkan di bawah atau di depan kipas.
Info:
Untuk kekalkan keranggupan boleh juga tabur sedikit bawang goreng pada popia yang sudah siap disira. Ataupun letakkan bijan yang sudah disangai.
Sos popia juga boleh disimpan dalam bekas bertutup jika tidak disira. Goreng popia hingga garing, toskan dan sapukan sahaja sos pada popia.
dan taburkan bawang goreng.
Petang-petang macam gini sedap kalau dapat makan kuih kegemaran. Paling puas kalau dapat buat sendiri. Apa kata buat bahulu gulung. Sangat sedap dan bahan-bahan untuk membuatnya juga ringkas. Sesuai untuk minum petang.