Pernahkah anda menikmati cucur yang dihasilkan menggunakan bilis, cili kering daun daun kucai? Jika belum pernah, anda harus cuba. Percayalah anda pasti tak boleh nak ‘move on’ jika cuba. Sedapnya tuhan sahaja yang tahu. Sedap, cukup rasa dan pedas! Sesuai sangat buat makan selepas sembahyang terawih nanti.
CUCUR BILIS, KUCAI & CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
100gm ikan bilis
8 tangkai cili kering
1/2 cawan cincangan daun kucai
Garam secukupnya
Air panas secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
Ads
2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.
3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.
Ads
4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.
5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.
Ads
6. Hidangkan panas dengan sos pilihan. Enjoy!!
Info chef: Adunan cucur yang dibancuh dengan air panas akan menghasilkan cucur yang rangup di luar dan lembut dibahagian dalam.
Menu minum petang atau sesuai juga untuk sajian pagi. Walaupun ianya nampak mudah, resipi kali ini ada istimewanya. Perkongsian dan olahan resipi ini di ambil dari resipi baba dan nyonya dan terhasillah hidangan yang enak ini. Selamat mencuba!
RESIPI CUCUR UDANG GERAGAU
BAHAN-BAHAN:
200g (1 1/3 cawan) tepung serbaguna
2 sdt serbuk penaik (baking powder)
1 sdt serbuk kunyit
1 sdt serbuk cili
1 gelas (230 ml) air
4 sdb udang geragau kering
Sebiji bawang besar (hiris halus)
Setangkai cili merah (buang biji & hiris)
Setangkai cili hijau (buang biji & hiris)
1/2 batang lobak merah (sagat halus)
3 tangkai daun ketumbar/ daun bawang/ daun kucai (hiris halus)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang geragau kering dari kekotoran. Bilas & tuskan.
Campurkan ke semua bahan ke dalam mangkuk & masukkan air sedikit demi sedikit.
Kacau rata sehingga mendapatkan konsistensi adunan yang baik. Adunan hendaklah tidak terlalu pekat & tidak juga terlalu cair.
Panaskan minyak. Ambil adunan lebih kurang satu sudu besar & goreng dengan menggunakan api sederhana di dalam minyak yang banyak. Balik-balikkan cucur sekali-sekala ketika menggoreng hingga berwarna keemasan & masak. Angkat & tuskan minyak berlebihan sebelum dihidangkan.
Nota:
– Udang geragau segar biasanya digunakan untuk membuat cencaluk. Udang geragau kering boleh didapati di pasaraya. Sekiranya tiada, boleh juga digantikan dengan udang kering yang ditumbuk, ikan bilis atau udang segar yang dicincang.
– Anda juga boleh tambahkan tauge atau jagung ke dalam adunan cucur.
Tercari-cari menu yang lebih sihat untuk disajikan buat keluarga? Salad Rolls bersama Sos Hijau ini tentunya pilihan terbaik. Menurut saudari Senz Ahmad resipi ini beliau perolehi dari tiktok. Memamg enak. Dimakan pula bersama Sos Hijau, lagilah mantap. Jom cuba!
CARA MEMBUAT SALAD ROLLS BERSAMA SOS HIJAU
BAHAN-BAHAN SALAD ROLLS: Rice paper – belah 2 – beli online disini Filamen ketam / crabstick secukupnya – rendam seketika dengan air mendidih – beli online disini Salad Timun – potong anggaran 3 inci Lobak merah – sagat memanjang Air suam – untuk basahkan rice paper
CARA MEMASAK: 1. Basahkan rice paper dengan air suam. 2. Letakkan filamen ketam/ crabstick yang sudah dibuka gulungannya atas rice paper. 3. Susun salad, timun, lobak merah dan 1 lagi crabstick yang tidak dibuka gulungannya atas rice paper dan crabstick tadi. 4. Gulungkan perlahan-lahan dengan padat. 5. Belah 2 untuk mudah makan. Siap.
BAHAN-BAHAN SOS HIJAU (SUKATANNYA AGAK-AGAK SAHAJA): Daun ketumbar – sekali dengan akar Bawang putih Cili hijau Limau kasturi – ambil jusnya sahaja Mayones – beli online disini Sos ikan – beli online disini Gula kabung siam – beli online disini Ajinomoto Air masak
CARA MEMASAK: 1.Satukan kesemua bahan dan kisar halus bersama sedikit air. Rasa dan ubah suai ikut selera masing-masing. 2. Hidangkan bersama Salad Rolls tadi.
Bila tiba waktu sahur, anak-anak kadang-kadang kurang berselera. Tak makan, nanti kesian pula. Esok pasti lapar. JAdi apa kata anda cuba buat Roti Cheezy Pizzaria ni. Pasti anak-anak suka.
ROTI CHEEZY PIZZARIA
Bahan-bahan untuk Sos Pizza:
4 sudu makan puri tomoto
1 sudu teh minyak zaitun
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam
Sedikit air (ikut suka nak likat macam mana)
Bahan untuk roti sosej:
Sos pizza yang dah siap tadi
Sosej dipotong dua (boleh rebus atau panaskan dalam microwave)
Keju cheddar
Roti Gardenia
CARA MEMASAK:
1. Buat sos pizza dulu. Masukkan 4 sudu puri tomoto dalam mangkuk dengan bahan-bahan sos yang lain. Kacau supaya sos tu likat ala-ala sos tomato. Jangan cair sangat.
2. Letak sos atas roti gardenia yang dah dipotong dua. Kalau malas potong pun tak mengapa.
3. Susun sosej cantik-cantik atas roti, selimutkan dengan cheese.
4. Panaskan oven – high temperature (boleh la buat dari awal).
5. Masuk roti sosej tadi, kejap je (dalam 2 – 3 minit) janji cair cheesenya. Lagi pulak temperature tu dah panas dan sosej pun dah masak separuh.