Penggemar Capati pasti suka dengan resipi yang satu ni. Sangat mudah disediakan serta hanya menggunakan tepung gandum dan bukan tepung atta seperti kebiasaan.
Menurut saudari Yatt Ismail, resipi ini adalah resipi yang diwarisi dari moyangnya Abdul Aziz yang diturunkan kepada keluarga. Patutlah istimewa. Bila air tangan orang dulu-dulu ni, pasti sangat enak rasanya.
Oh ya, empunya resipi juga berpesan, resipi ini sukatan yang diberi adalah anggaran sahaja kerana biasanya bila beliau masak, hanya main letak sahaja bahannya. Bagi yang nak cuba, boleh ubah suai sendiri ikut selera ya.
Capati ini boleh dinikmati bersama kari. Jika anda suka, boleh sahaja nikmatinya bersama Sambal Sardin. Jom cuba! Anda pasti suka.
Ads
RESEPI CAPATI TOK JIT. SEDAP, MUDAH & HANYA GUNA TEPUNG GANDUM
CARA MEMASAK:
1.Masukkan tepung gandum ke dalam besin bersama marjerin. Gaul.
2.Masukkan minyak masak. Gaul lagi.
3.Seterusnya masukkan air. Uli sampai sebati dan doh yang tidak melekat di tangan.
4.Bulatkan doh sebesar saiz pau. Lakukan hingga habis adunan.
5.Ambil sebiji doh dan nipiskan atas papan canai yang telah ditabur dengan sedikit tepung gandum.
6.Bakar atas pan tanpa minyak hingga masak. Terbalikkan dan masak lagi hingga sempurna.
7.Angkat dan boleh dicicah dengan kari atau sebarang kuah pilihan.
Berita baik untuk mereka yang ingin diet dan menghidap diabetes, ini resipi yang sihat dan sedap sebagai kudapan. Mungkin agak pelik sebut Muffin Savoury, muffin tanpa gula ini sebenarnya sedap bila diadun bersama sayur-sayuran, ikan bilis, isi ayam dan hirisan daging. Atau kalau ada lebihan sambal mahupun rendang boleh je jadi inti kata Chef Che Sue.
Terima kasih Chef kerana sudi berkongsi resipi sihat ni…
CHEDDAR CHEESE MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
300gm parutan keju
100gm keju Cheddar
30gm baking powder
10gm baking soda
100ml krim masam
100ml minyak
2 biji telur
5gm garam
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kering. Gaul sebati.
, kemudian pukul telur seketika.
Masukkan bahan kering, sour cream dan minyak, kemudian gaul lagi.
Tambahkan parutan keju, kemudian masukkan dalam acuan.
Taburkan keju Cheddar di atasnya.
Bakar adunan dengan suhu 150C selama 30 minit dalam ketuhar yang sedia dipanaskan.
Sedia dihidangkan dengan sos.
SMOKED SALMON MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung naik sendiri
80gm mentega |cairkan
1 biji telur
250gm susu segar
125gm smoked salmon
CARA MEMASAK:
Ayak tepung ke dalam mangkuk.
Kemudian campurkan mentega , telur dan susu. Kacau sekata.
Tuangkan ke dalam mangkuk berisi tepung. Kemudian gaulkan hingga sebati.
Masukkan ke dalam acuan kertas dan letakkan smoked salmon di atasnya.
Bakar adunan dengan suhu 170C selama 30 minit di dalam ketuhar yang sedia dipanaskan.
Setelah masak hidangkan panas.
CHICKEN PEPPRONI MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
30gm gula
30gm baking powder
5gm garam
20gm bawang | potong dadu kecil
1 biji telur
125ml minyak masak
125ml susu segar
100gm pepperoni
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung, gula, baking powder, garam dan bawang dalam mangkuk adunan.
Gaul rata kesemua bahan kering ini.
Seterusnya campurkan telur, susu dan minyak. Kacau sekata.
Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk berisi bahan kering tadi.
Gaulkan hingga sebati menjadi doh lembut.
Masukkan dalam acuan, kemudian letakkan chicken pepperoni di atasnya.
Bakar adunan dengan suhun150C selama 30 minit dalam ketuhar yang sudah sedia dipanaskan.
Setelah masak, muffin sedia dihidangkan.
VEGETABLE MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
30gm baking soda
10gm garam
50gm daun bayam | hiris
100gm gula
100gm mentega
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kering ,tepung, baking sida, garam dan gula. Gaul rata.
Kemudian masukkan mentega dan daun bayam, gaul lagi.
Seterusnya, masukkan telur yang telah dikacau. Gaulkan sebati.
Masukkan dalam acuan kertas.
Bakar dengan suhu 150C selama 30 minit.
Mufin sedia dihidangkan.
CHICKEN FLOSS MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
30gm baking powder
10gm baking soda
5gm garam
2 biji telur
100ml minyak masak
2 sudu makan mayones
400gm chicken floss
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam dalam mangkuk, gaul rata.
Seterusnya masukkan telur yang telah dikacau, gaul sebati.
Campurkan pula minyak dalam camburan bahan adunan.
Gaul sebati hingga menjadi doh lembut.
Masukkan dalam acuan kertas.
Bakar muffin dengan suhu 160C selama 30 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan.
Sapukan sedikit mayones di atas permukaan muffin sebelum letakkan serunding ayam di atasnya.
Langos merupakan salah satu dari sajian‘street food’yang berasal dari Hungary. Ia adalah sejenis ‘flat bread’ yang dihasilkan dari doh yang diadun, diperam dan digoreng dalam minyak yang banyak. Ia kemudiannya boleh dimakan bersama keju, krim masam dan sebagainya. Malah boleh juga dinikmati bersama sekaya, sambal bilis, sapuan coklat dan lain-lain lagi mengikut cita rasa masing-masing. Nak cuba buat? Resipi perkongsian Puan Suhaila Kusairini antara yang mudah.
RESIPI LANGOS YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN A:
300ml susu segar suam
2 1/2 sudu teh yis segera
BAHAN B:
500gm tepung gandum
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh garam halus
BAHAN C:
200gm kentang – rebus dan lenyek halus
BAHAN D:
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Sedikit tepung untuk taburan supaya tidak melekat ketika menggiling
BAHAN TOPPING:
(Boleh guna nutella, srikaya, jem, sambal tumis, keju)
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan biarkan sehingga yis berbiuh anggaran sepuluh minit. 2. Kemudian dalam bekas/ mixer bowl satukan bahan B dan C. Gaul sebati. 3. Tuangkan susu tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati dan uli sehingga doh lembut dan elastik. 4. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda. 5. Panaskan minyak dengan api sederhana sementara menunggu doh siap di bulat. 6. Sediakan papan/ silikon mat dan tabur sedikit tepung. 7. Keluarkan doh dan ratakan dengan tepung tadi dan bulatkan. Bahagi doh kepada 6 bahagian dan bulat-bulatkan. 8. Giling sedikit doh jangan terlalu nipis sekadar hanya membesar doh sahaja. Kemudian tarik tepi tepi doh terpulang besar mana yang di inginkan dan terus goreng dalam minyak yang telah di panaskan tadi. 9. Goreng sehingga kuning dan balik kan sebelah sehingga kuning juga. 10. Angkat dan toskan atas tisu dapur secara menegak supaya tidak menakung minyak. Goreng sehingga habis dan sedia untuk di nikmati bersama topping pilihan.
Selain roti canai, capati juga menjadi kesukaan semua. Teksturnya yang lembut kalau dapat satu pun kenyang. Nak tahu bagaimana nak buat capati walau dah sejuk tapi masih lembut. Sha Yaacob berkongsikan resipi capati turun-temurun keluarganya selama 30 tahun.Rahsianya adalah bergantung pada jenis tepung yang diguna.Untuk adunan sekilo tepung ni dapat 23 biji capati. Bolehlah cuba nanti.
CAPATI
Bahan-bahan: 1 kg tepung atta (elok beli yang timbang, baru lembut elok dan original capati) kalau yang pek nanti capati keras. 1 liter air (kurangkan sikit tak apa, nanti keras boleh tambah air masa uli) 2 sudu kecil garam 1 sudu teh gula 2 sudu gula majerin sayur
Cara membuat: 1.Masukkan air dalam bekas, gula dan garam.Sebatikan. 2.Masak majerin sampai cair. Masukkan dalam bekas air tadi.
3.Uli jangan terlalu lembut, jangan terlalu keras.
4.Siap rehatkan 30 minit, boleh buat bebola.Lagi elok doh bebola dibiarkan semalaman supaya lebih lembut dan sedap dimakan.
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.