Resipi Cakoi Gebu Cicah Sos Karamel Untuk Minum Petang. Mudah Je Rupanya Nak Buat!

Share

Cakoi gebu cicah sos karamel untuk menu petang memang sedap. Makan pula panas-panas gu dengan air teh panas memang cukup menyelerakan. Nak buat pun rupanya mudah sahaja, tak guna banyak bahan pun untuk sediakan. Jom cuba!

Resipi Cakoi Gebu & Sos Karamel

Bahan-bahan:

300gm / 1 mangkuk / ⅓ peket tepung gandum

2 sudu makan gula

½ peket yis mauripan

1 sudu teh baking powder

1 biji telur

1 cawan air

⅓ cawan minyak masak

Cara Memasak:

  1. Campurkan semua bahan kering. Gaul biar rata.
  2. Masukkan air dan telur. Uli sampai jadi doh.
  3. Masukkan minyak masak dan uli sampai jadi doh lembut.
  4. Canai doh dan potong menjadi empat segi panjang.
  5. Lekatkan 2 doh menggunakan air dan tunggu kembang.
  6. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.

Resepi sos karamel

Bahan-bahan: 
1 cawan gula
½cawan susu pekat
½ cawan air
1 sudu penuh butter / marjerin

Cara Memasak:
1. Masakkan gula atas dapur sampai cair dan bewarna perang.
2. Masukkan susu pekat sampai gula jadi cair.
3. Setelah itu masukkan pula air dan kacau rata sampai karamel jadi cair.
4. Masukkan butter dan kacau lagi.
5. Bila butter dah cair boleh tutup api dan tunggu sejuk.

Nota: Sos karamel ni masa panas sangat cair tapi bila sejuk dia akan jadi 2 kali ganda pekat

Kredit: Suraya Yaacob

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN