Tiada siapa yang boleh menolak jika dihidangkan Butter Chicken di depan mata. Kali ini resipinya agak lain sedikit, tidak seperti Butter Chicken yang lain. Kenapa lain? Tentunya kerana menggunakan keju Perfect Italiano Parmesan yang menambah rasa dalam hidangan anda. Memang cukup enak! Wajib cuba.
BUTTER CHICKEN
Bahan-bahan:
3 keping ayam | bahagian thigh
1 cawan Anchor Cooking Cream
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk cili
2 inci halia | dihiris halus
3 ulas bawang putih | dicincang
4 sudu besar pes tomato
1 biji jus lemon
4 sudu besar Anchor Butter Unsalted
50gm keju Perfect Italiano Parmesan
Cara Memasak:
Tumiskan ayam bersama Anchor Butter Unsalted, halia dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan serbuk kunyit, serbuk cili dan pes tomato.
Tambahkan Anchor Cooking Cream, jus lemon dan keju Perfect Italiano Parmesan. Masak hingga sebati dan kuah memekat.
Mencari makanan yang manis untuk berbuka puasa? Jom buat Popiah Pisang Berkeju. Cukup senang cara membuatnya. Hanya ambil sekeping kulit popiah, letakkan pisang, keju serta coklat cip, lipat dan goreng. Boleh juga masak menggunakan air fryer. Mudah kan? Nak hidangan bertambah lazat, gunakan Anchor Cheese Slices. Kepingan keju ini kaya dengan protein dan kalsium yang sesuai untuk seisi keluarga.
POPIAH PISANG BERKEJU
Bahan-bahan:
8 keping kulit popiah
8 keping Anchor Cheese Slices
4 biji pisang – potong dadu
50gram coklat cip
150gram Anchor Unsalted Butter
Kuning telur
Cara Memasak:
Ambil sekeping kulit popiah. Letak sekeping Anchor Cheese Slices.
Letak potongan pisang dan coklat cip secukupnya.
Sapu bahagian hujung kulit popiah dengan kuning telur. Gulung kulit popiah dan rapikan.
Cairkan Anchor Unsalted Butter dalam kuali. Goreng popiah hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.
Antara kuih yang menjadi kegemaran ramai tentunya Popiah Goreng Berkeju ni. Intinya simple tetapi sedap dimakan. Lebih-lebih lagi ketika panas. Cicah dengan sos lagi laju makan. Untuk something yang different, tambahkan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk efek keju tarik yang sempurna.
POPIAH GORENG BERKEJU
Bahan-bahan:
½ cawan minyak masak
8 keping kulit popiah | untuk 8 hidangan
1 biji bawang merah | kisar kasar
250gm ayam kisar
½ batang lobak merah | hiris nipis
1 kotak Anchor Cooking Cream
80gm Perfect Italiano Mozzarella
1 sudu besar mixed herbs
Garam
Serbuk perasa
Air secukupnya | untuk kemasan popiah
Cara Memasak:
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan ayam kisar dan tunggu sehingga ayam masak.
Kemudian, masukkan mixed herbs dan Anchor Cooking Cream. Tambahkan garam dan serbuk perasa.
Angkat dan sejukkan inti.
Ambil kulit popiah, letakkan inti ayam, lobak merah dan keju Perfect Italiano Mozzarella. Gulung dengan kemas. Sapukan air di hujung popia supaya tidak terbuka.
Jika anda sedang mencari hidangan yang mudah, enak dan cepat untuk dihidangkan kepada para tetamu, cuba buat Roti Pizza Cendawan Berkeju ni. Senang sangat. Hanya ambil sekeping roti, letakkan campuran bayam dan cendawan di atasnya lalu taburkan keju dan bakar. Nak lagi best, gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Pizza. Gabungan keju Mozzarella, Cheddar dan Parmesan yang memberi keseimbangan rasa yang sempurna serta regangan yang tidak berminyak. Terasa keenakan dalam setiap gigitan. Jom cuba!
ROTI PIZZA CENDAWAN BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
3-4 keping roti tebal (roti perancis)
250gram Perfect Italiano Perfect Pizza
10-12 biji cendawan butang – hiris
80gram bayam – cincang
80gram Anchor Unsalted Butter
4 ulas bawang putih – cincang
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam & lada sulah secukupnya
Cincangan daun parsli secukupnya
CARA MEMASAK:
Cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan hirisan cendawan dan bayam. Tambah cincangan parsli, lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati dan tutup api.
Ambil sekeping roti, sapu lebihan mentega di atas roti secukupnya.
Sendukkan campuran cendawan dan bayam ke atas roti dan ratakan.
Tabur Perfect Italiano Perfect Pizza ke atas cendawan. Tabur lebihan cincangan parsli.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 15-18 minit atau hingga keju keperang-perangan. Hidangkan panas.
Nak cuba masak ayam bistik homemade yang sedap, mudah dan berkuah pekat? Jom ikut resipi perkongsian Rozmaliza Omar ini – bahan ringkas, rasa mantap, sesuai untuk seisi keluarga!