Tinggal seminggu lagi nak Raya. Jika anda terfikir nak hidangkan kek kepada para tetamu, boleh buat Kek Mentega Coklat Cip ni. Memang enak bila dapat menikmati Kek Mentega dengan taburan coklat cip di dalamnya. Nak lebih sedap, pastikan anda guna Anchor Unsalted Butter. Mentega tulen dari New Zealand ini merupakan pilihan yang terbaik. Aromanya saja sudah cukup menangkap selera. Pastinya para tetamu teruja melihat hidangan ini tersedia di atas meja.
KEK MENTEGA COKLAT CIP
Bahan-bahan:
220gram tepung gandum – ayak
170gram Anchor Unsalted Butter – suhu bilik
150gram gula kastor
180gram coklat chip
120ml Fernleaf Susu UHT
60gram Fernleaf Yogurt Asli
2 biji telur
1 ½ sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla esen
¼ sudu teh garam
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk pengadun, pukul Anchor Unsalted Butter bersama gula kastor hingga ringan dan kembang.
Masukkan telur satu persatu bersama esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan Fernleaf Yogurt Asli lalu pukul perlahan hingga sebati.
Masukkan tepung, baking powder dan garam. Gaul sebati.
Tuang Fernleaf Susu UHT dan pukul perlahan hingga semua bahan sebati (jangan gaul berlebihan).
Masukkan coklat chip dan kaup-balikkan sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang kek yang telah disapu sedikit mentega dan dialas dengan kertas parchment. Ratakan adunan.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 50-60 minit atau hingga kek masak. Sejukkan dan potong.
Jika anda suka makan Daging Dendeng dan Sambal Udang, anda wajib cuba resipi ini. Mungkin nampak pelik tetapi rasanya memang sedap. Resipi dari Mexico dan Itali ini memang tidak mengecewakan apabila dioleh mengikut tekak orang Malaysia. Masak pula menggunakan Keju Perfect Italiano Mexican Style dan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes, memang terliur dibuatnya.
TACO BERKEJU DAGING DENDENG
Bahan-bahan A:
Kepingan taco secukupnya
150gm Perfect Italiano Mexican Style
Cincangan daun bawang dan cili merah – untuk hiasan
Bahan-bahan B (Daging Dendeng):
800gram daging
5 batang serai – hiris
8 helai daun limau purut
1 cawan stok/air rebusan daging
1 cawan bawang goreng
4 sudu makan kicap manis
4 sudu makan kicap masin
3 sudu makan air asam jawa (cair sedikit)
2 sudu makan gula
Bahan-bahan C (Untuk dikisar):
1 cawan minyak
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
Cara-cara:
Rebus daging hingga empuk (jangan buang air rebusan). Hiris daging nipis (ikut size yang disukai) lalu gaul dengan separuh kicap manis.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng daging tadi hingga agak perang. Angkat dan tumbuk daging hingga agak nipis. Ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tambah sedikit lagi minyak lalu goreng hirisan serai hingga layu dan wangi. Ketepikan.
Kisar bahan C hingga lumat lalu tuang di dalam kuali besar. Tumis hingga bahan masak dan wangi.
Masukkan daun limau purut, serai yang digoreng lalu renehkan hingga semua bahan kisar masak sempurna.
Masukkan gula, air asam jawa, air rebusan daging, garam masin dan lebihan kicap manis. Jika perlu boleh tambah garam. Masak hingga kuah pekat dan hampir kering.
Kek puding susu ini memang penuh dengan rasa lemak dan manisnya. Tentu dapat bayangkan betapa sedapnya kek ini kan?
Ada orang suka buat kek dan ada yang tak suka sangat sebab renyah katanya. Tapi, resipi kek ini sangat mudah dan bahan pun taklah terlalu banyak. Bagi yang berjinak-jinak nak buat kek, bolehlah try ye. Kek pun sedap.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Noliza Matsani ini.
Kek Gulung memang enak dan mempunyai rupa yang menarik. Malah untuk menyediakannya juga tidaklah sukar seperti yang dibayangkan. Bagi anda yang gemar membuat kek, bolehlah cuba aneka resipi kek gulung ni. Pasti puas hati.
1. KEK GULUNG SUPER LEMBUT
BAHAN-BAHAN:
4 biji kuning telur
1 biji telur
60gm gula pasir
30gm tepung gandum
75gm mentega – dicairkan
BAHAN INTI:
Jem nanas, strawberi atau buttercream
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 190-200C. Oles loyang bersaiz 20x20cm atau 22x22cm dengan marjerin kemudian alaskan dengan baking paper. Sapu lagi marjerin di keseluruhan kertas. Ketepikan. 2. Pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan tepung gandum. Kaup balikkan menggunakan spatula. 3. Masukkan mentega. Adun lagi hingga sebati. 4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas. Bakar dalam ketuhar selama 15 minit ( 8 minit menggunakan api atas & 7 minit menggunakan api bawah) hingga kek masak. Masa mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing. Jangan terlebih masak kerana kek akan kering dan mudah patah apabila digulung. Angkat kek dan keluarkan dari loyang. 5. Biar kek sejuk barulah disapukan inti yang bersesuaian. Gulung dengan padat. Kemudian bolehlah dipotong dan dinikmati.
Kredit resipi & foto: Sukmawati_rs
2. KEK GULUNG KEJU
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur segar
90gm gula kastor
1 sudu makan ovalette
70gm tepung gandum
10gm tepung jagung
10gm susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
125gm mentega – dicairkan & disejukkan
Pewarna ungu secukupnya
BAHAN INTI:
Buttercream secukupnya
Keju Cheddar secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Oles loyang bersaiz 30×30 dengan menggunakan marjerin. Letak baking paper dan oles sekali lagi menggunakan marjerin. Ketepikan. 2. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Kemudian campurkan dengan semua bahan lain kecuali mentega cair. Pukul guna kelajuan tinggi hingga kembang dan adunan menjadi kental. 3. Tambahkan mentega cair. Kaup balikkan menggunakan spatula hingga sebati. 4. Tuang adunan ke dalam loyang, ratakan permukaannya. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 200C hingga masak, permukaan berkulit kecoklatan dan terasa kering bila disentuh. 5. Keluarkan kek dari loyang dan sejukkan. Sapukan buttercream dan gulung dengan sempurna. Sapukan lagi krim dan parut keju dengan secukupnya hingga rata. 6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit: @ rickeindriani_ordinarykitchen ( sumber) & dicuba oleh @icha.irawan
3. BOLU GULUNG
BAHAN- BAHAN:
4 biji telur
60gm gula kastor
1 sudu teh ovalette
48gm tepung gandum
8gm susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
80gm mentega – dicairkan
Sedikit pewarna biru
CARA MEMASAK: 1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Ayak. 2. Dalam bekas bersesuaian, campur semua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang dan kental. 3. Tambahkan mentega cair dan kaup balikkan menggunakan spatula hingga rata. 4. Asingkan sedikit adunan asal dan campurkan pewarna biru dalam adunan adunan asal. 5. Ambil loyang bersaiz 20×20 yang telah dioles dengan marjerin dan baking paper. Tuang adunan warna putih dan bentukkan bulat. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 minit. Keluarkan. 6. Tuang adunan biru diatasnya. Ratakan dan hentak perlahan-lahan supaya tiada gelembung udara. 7. Bakar kek sekali lagi pada suhu 170C selama 15 minit. 8. Angkat dan gulung kek ( tanpa sapu buttercream). Biarkan hingga sejuk. Boleh juga simpan dalam peti sejuk selama 10 minit) 9. Setelah sejuk, buka gulungan kek dan sapukan buttercream. Gulung sekali lagi dan simpan dalam peti sejuk selama 15 minit. 10. Boleh dipoting dan sedia untuk dinikmati.
Kredit: @tintinrayner ( sumber) & dicuba oleh @aniktriwina
4. BASIC JAPANESE ROLL CAKE
BAHAN A ( UNTUK MEMBUAT CORAK):
2 biji putih telur
20gm gula
20gm tepung jagung
20gm tepung gandum
BAHAN B:
6 biji kuning telur
60gm gula
65ml minyak
100ml susu cair
125gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla
BAHAN C:
4 biji putih telur
40gm gula
25gm tepung jagung
INTI:
Jem strawberi atau apa-apa inti yang menjadi kegemaran.
CARA MEMASAK: 1. BAHAN A (Corak): Pukul putih telur hingga kembang lalu masukkan gula pasir. Pukul lagi hingga sebati. 2. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Adun sebati. Tambahkan pewarna ikut corak yang anda nak hasilkan. 3. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan lukiskan corak yang diingini diatas loyang yang telah dialas dengan baking paper bersaiz 35 x 25cm. Bakar guna api bawah menggunakan suhu 180C selama 4 minit. Angkat. 4. BAHAN B: Pukul kuning telur dan gula sampai putih dan kental lalu masukkan minyak dan susu cair sedikit demi sedikit. Pukul guna lajuan rendah dan masukkan tepung gandum. Adun rata 5. BAHAN C: Pukul putih telur hingga mengembang lalu masukkan gula sedikit demi sedikit. 6. Masukkan tepung jagung. Pukul hingga sebati. 7. Masukkan adunan bahan B ke dalam bahan C. Adun rata. 8. Tuang adunan perlahan-lahan ke dalam loyang yang mengangungi corak yang telah dibakar tadi. Ketuk loyang agar udara keluar. 9. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 20 minit. 10. Isikan inti, gulung pelahan-lahan dan padatkan. Sedia untuk dinikmati. Kredit: Fatmah Bahalwan
5. CHOCOLATE SWISS ROLLS
BAHAN A:
6 biji kuning telur
60gm minyak goreng
1 sudu teh esen vanilla
60ml susu cair
120gm tepung gandum
1 1/2 sudu makan serbuk koko
BAHAN B:
1 sudu teh jus lemon atau cuka
120gm gula pasir
6 biji putih telur
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan A dan adun sebati sehingga tidak berketul. 2. Seterusnya untuk bahan B, pukul putih telur dan jus lemon hingga berbuih. Kemudian masukkan gula. Pukul hingga kembang dan kental. 3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke dalam adunan bahan A. Kaup balikkan perlahan-lahan hingga sebati. 4. Ambil loyang dan alaskan dengan baking paper. Tuang adunan dan hentakkan sedikit bagi membuang gelembung udara. 5. Bakar kek dalam ketuhar pada suhu 120C selama 20 minit. Kemudian naikkan suhu 150C dan bakar selama 8 minit. Masa mungkin berubah bergantung pada saiz dan jenis ketuhar. Pastikan juga sebelum dimasukkan, ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu. 6. Keluarkan kek dari ketuhar dan biarkan sebentar di dalam loyang sebelum dikeluarkan. 7. Bila kek telah sejuk, barulah disapu buttercream dan digulung menggunakan baking paper. Biarkan kek selama 20 minit supaya gulungannya melekat sempurna.
Kredit: michael lim (sumber) & dicuba oleh Jessica Putri