Kalau anda teringin nak makan sesuatu yang manis dan lazat, boleh cuba buat Bread Pudding ni. Resipi yang mudah gerenti menjadi. Sekali makan, pasti anda nak lagi. Enak dinikmati bersama Sos Kastard. Tambahkan juga Anchor Salted Butter dan Anchor Cheddar Cheese Slices untuk buat Bread Pudding anda lebih padu!
BREAD PUDDING
Bahan-bahan:
10 keping roti putih
100gm Anchor Salted Butter | dicairkan
4 keping Anchor Cheddar Cheese Slices | dipotong kecil
2 cawan Fernleaf Susu UHT
½ cawan kismis
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
½ cawan gula
Cara Memasak:
Campurkan Anchor Salted Butter, Fernleaf Susu UHT, esen vanilla, gula dan telur dan pukul menggunakan pemukul tangan (whisk) hingga sebati.
Koyak-koyakkan roti dan letakkan di dalam acuan. Taburkan kismis di atasnya kemudian tuang adunan tadi ke dalam acuan hingga rata.
Sebelum bakar, letakkan keju Anchor Cheddar Cheese Slices yang dipotong kecil lalu bakar selama 170°C selama 30 minit atau mengikut ketuhar masing-masing.
Suka makan sesuatu yang sejuk dan enak? Jom kita buat Aiskrim Coklat Bersama Kekacang. Senang nak buat. Topping aiskrim juga boleh dipelbagaikan mengikut kegemaran masing-masing. Yang penting, gunakan Anchor Whipping Cream kerana ia diperbuat dengan sumber susu New Zealand yang berkualiti tinggi. Memang puas hati!
AISKRIM COKLAT BERSAMA KEKACANG
BAHAN-BAHAN:
600ml Anchor Whipping Cream
100ml sirap coklat
150gram gula perang
2 sudu makan susu pekat manis
BAHAN-BAHAN B (TOPPING):
Cincangan kekacang panggang
Gula manik secukupnya
CARA MEMBUAT:
Di dalam mangkuk yang besar, tuang Anchor Whipping Cream dan pukul menggunakan hand mixer hingga krim kental.
Masukkan gula perang, susu pekat manis dan sirap coklat. Pukul lagi hingga semua bahan sebati sempurna.
Tuang campuran ke dalam loaf pan. Ratakan bahagian atasnya lalu tutup dengan plastic cling (pastikan plastic cling tak melekat pada permukaan aiskrim).
Sejuk bekukan selama 7-8 jam atau semalaman.
Hidangkan aiskrim bersama topping pilihan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedapnya Makaroni Bakar Berkeju ni. Jika anda penggemar hidangan ini, resipi ni wajib anda cuba. Tak banyak bahan digunakan dan cara penyediaannya juga mudah. Sesuai untuk anda yang sukakan resipi ringkas, mudah dan sedap. Anak-anak dan suami pasti suka. Jangan lupa gunakan Chesdale Topping untuk hasil yang lebih enak.
Tumis daging bersama bawang putih sehingga daging masak.
Masukkan puri tomato, mixed herbs dan garam bersama Fernleaf Susu UHT.
Masukkan 4 keping keju Chesdale Topping untuk memekatkan kuah dan masukkan makaroni. Gaul sebati.
Tuangkan makaroni tadi ke dalam baking tray, letakkan 8 keju Chesdale Topping untuk topping dan bakar pada suhu 170°C selama 15-20 minit atau sehingga keju mencair.
Mencari makanan yang manis untuk berbuka puasa? Jom buat Popiah Pisang Berkeju. Cukup senang cara membuatnya. Hanya ambil sekeping kulit popiah, letakkan pisang, keju serta coklat cip, lipat dan goreng. Boleh juga masak menggunakan air fryer. Mudah kan? Nak hidangan bertambah lazat, gunakan Anchor Cheese Slices. Kepingan keju ini kaya dengan protein dan kalsium yang sesuai untuk seisi keluarga.
POPIAH PISANG BERKEJU
Bahan-bahan:
8 keping kulit popiah
8 keping Anchor Cheese Slices
4 biji pisang – potong dadu
50gram coklat cip
150gram Anchor Unsalted Butter
Kuning telur
Cara Memasak:
Ambil sekeping kulit popiah. Letak sekeping Anchor Cheese Slices.
Letak potongan pisang dan coklat cip secukupnya.
Sapu bahagian hujung kulit popiah dengan kuning telur. Gulung kulit popiah dan rapikan.
Cairkan Anchor Unsalted Butter dalam kuali. Goreng popiah hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.