
Bagi anda yang sudah mula mengumpul resipi biskut raya, salah satu biskut mudah dan sedap yang anda boleh cuba adalah biskut Milo Cookies ni. Malah resipi biskut perkongsian saudari Ahriany Ahmad ini tidak menggunakan banyak bahan serta kaya dengan rasa coklat. Kanak-kanak pasti gemarkannya.
CARA BUAT BISKUT MILO COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 250gm mentega
- 110gm gula perang
- 1 biji telur gred A
- 185gm serbuk Milo
- 2 sudu teh esen vanilla
- 500gm tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Masukkan mentega, gula perang dan esen vanilla ke dalam bekas. Pukul selama 5 minit.
2. Kemudian masukkan telur dan putar lagi sehingga rata.
3. Masukkan serbuk Milo sedikit demi sedikit dan putar lagi sehingga semuanya rata.
4. Akhir sekali, masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh. Bentukkan buat, susun atas loyang pembakar dan leperkan dengan garpu.
5. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga biskut masak. Masa mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.
Kredit resipi & foto: Ahriany Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Soft Cookies Yang Kurang Manis, Rangup Di Luar, Tapi ‘Chewy’ Di Dalam

Isi Kandungan
ToggleJika suka makan soft cookies, hujung minggu ini adalah masa yang sesuai untuk mencubanya. Boleh gunakan resipi yang dikongsi Tuan Adriana Arissa.Rasanya rangup, tapi ‘chewy’ di dalam. Soft cookies ini cicah dengan susu memang makin enak. Resipi ini juga kurang manis, tak macam yang dijual.
Buat sendiri soft cookies yang rangup di luar, ‘chewy’ di dalam
Bahan-bahan
1/2 cawan mentega bergaram (pure butter)
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1 biji telur saiz A/B
1 sdk esen vanila
1 ½ cawan tepung gandum-ayak
1 sdb tepung jagung-ayak
1/4 sdk soda bikarbonat
1/4 sdk baking powder
½ cawan dark chocolate chip & couverture chocolate (boleh lebihkan kalau suka banyak)
Cara membuat:
1. Cairkan mentega sehingga bertukar menjadi “golden brown”. Biarkan sejuk seketika.
2. Kemudian masukkan ke dalam bekas bersama gula. Kacau sebati.
3. Masukkan pula telur dan esen vanila. Sebatikan.
4. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau-kacau adunan dan masukkan chocolate chip.
5. Simpan chiller selama 10-15 minit dan boleh bentukkan.
6. Atau boleh juga bentukkan adunan biskut dulu dan baru simpan chiller.
7. Keluarkan dari chiller, kemudian bolehlah dibakar dengan suhu 160c-170c selama 15-20 minit.
8. Boleh bentukkan guna scoop aiskrim yg saiz besar atau timbang doh 50g. Saiz sesuai yang saya suka, tak besar dan kecil sangat.
Tip
- Waktu bakar kena kenal suhu oven masing. Terlebih bakar jadi biskut rangup. Terkurang bakar jadi tak masak rasa mcm makan tepung.
- Guna pure butter sepenuhnya, dark chocolate chip dan couverture chocolate premium untuk rasa yang bila dah makan teringat-ingat.
Sumber: Tuan Adriana Arissa
Nikmat Rasanya Sicilian Orange Poppy Seed Cake

Wah mendengar nama sudah tahu pasti kek yang dihasilkan juga enak. Rasa manis dengan aroma oren menyatu sungguh sempurna untuk temani minum petang anda. Hilang rasa stres dapat menikmati kek yang enak .
Sicilian Orange Poppy Seed Cake
Bahan-bahan:
250gm butter
250 gm gula kastor
4 biji telur (gred A)
2 sudu kulit limau (diparut)
250gm tepung naik sendiri
85ml perahan jus oren
2 sudu kecil poppy seed
Cara memasak:
1.Panaskan oven 180'C (bergantung pada size oven)
2. Griskan loyang pembakar size 14×5 & lapik dengan kertas
3.Pukul butter dengan gula hingga kembang
4.Masukkan telur sebiji demi sebiji.
5.Masukkan tepung, perahan limau, kulit limau & esen vanilla dan digaul rata.
6.Masukkan adunan ke dalam tin pembakar dan bakar selama 35 ke 40 minit.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit resipi Datin Shida Yusoff @missdessertparlour
Muffin Mudah & Gebu Sedap Dari Adriana Cakes House. No 3 Tu Resipi Asas Muffin.

Isi Kandungan
ToggleRasa sama macam kek, tapi comel dan mudah dimakan di mana jua. Itulah kelebihan muffin. Gebu dan lembut, makanan kegemaran kanak-kanak dan juga dewasa.

Cuti hujung minggu ni bolehlah cuba resepi Norhayati Ahmad dari Adriana Cakes House ini. Gerenti sedap dan gebu.
KEK MUFFIN COKLAT
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
- 1 cawan minyak jagung
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan serbuk koko | diayak
- 1 cawan gula kastor
Bahan B:
- 1 cawan tepung gandum | diayak
- 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
- 1 sudu teh soda bikarbonat | diayak
- 1 sudu teh esen vanilla
- 3 biji telur saiz A
Bahan buttercream coklat :
- 100 gm krimwell
- 100 gm shortening
- 1-2 cawan gula aising (manis ikut kesukaan masing masing)
- Pewarna jika perlu
- ½ cawan non dairy whipping cream (dipukul hingga kental)
- Sedikit perasa coklat/ pes coklat
CARA MEMASAK :
1. Ayak Bersama tepung, baking powder & soda bikarbonat. Asingkan.
2. Dalam mangkuk, satukan semua bahan A. Masak sebentar di atas api perlahan dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebentar.
3. Dalam satu bekas lain, dengan menggunakan mixer, putarkan telur sehingga gebu, kemudian masukkan esen vanilla dan putar lagi.
4. Masukkan adunan coklat tadi ke dalam adunan telur dan putar sehingga adunan sebati.
5. Masukkan tepung yang telah di ayak dan putar sebati.
6. Isi ke dalam cawan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar pada suhu 170 darjah (api atas dan bawah) selama 25 minit.
7. Setelah masak, sejukkan di atas redai, kemudian boleh di hias menggunakan krim buttercream.
Topping buttercream coklat :
Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati. Masukkan whipping cream dan perasa coklat dan gaul sebati. Masukkan dalam beg piping, sedia untuk digunakan.
Saiz hidangan: 20 biji kek cawan
Waktu memasak: 45 – 50 minit
Keistimewaan: Kek cawan kaya dengan rasa coklat dan koko
Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF : Kek coklat ini lembut dan lembut teksturnya.
KEK MUFFIN VANILLA
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
- 1 1/4 cawan tepung kek | diayak
- 1 1/4 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu teh baking soda @ soda bikarbonat
- 1/2 sudu teh garam
- 2 biji telur telur
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 1/2 sudu teh esen vanilla
- 1/2 cawan minyak jagung
- 1/2 cawan buttermilk (atau 1/2 cawan susu campur 1/2 sudu teh cuka atau jus lemon dan ketepikan selama 5 minit sebelum digunakan)
Bahan butter cream:
- 100 gm krimwell
- 100 gm shortening
- 1-2 cawan gula aising (manis ikut kesukaan masing masing)
- Pewarna jika perlu
- ½ cawan non dairy whipping cream (dipukul hingga kental)
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven pada suhu 170C.
2. Di dalam mangkuk, satu dan ayakkan tepung kek, serbuk penaik, baking soda dan garam. Ketepikan.
3. Di dalam mangkuk pengisar elektrik, putar telur selama 10-20 saat. Masukkan gula dan terus putar dengan menggunakan kelajuan sederhana selama 30 saat. Masukkan vanila dan minyak dan putar lagi
hingga sebati.
4. Kurangkan kelajuan, masukkan campuran tepung diikuti separuh dari susu, tepung dan susu lagi. Kacau sebati.
5. Adunan agak cair. Tuang ke dalam kertas acuan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar selama 15-18 minit.
6. Setelah masak, sejukkan di atas redai sebelum di hias.
Buttercream:
1. Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati. Masukkan whipping cream dan gaul sebati. Masukkan dalam beg piping dan sedia untuk menghias kek cawan.
Saiz hidangan: 16 biji kek
Waktu memasak: 20 minit
Keistimewaan: Kek vanilla yang lembut dan gebu
Anggaran kos: RM15
INFO CHEF : Kek vanilla yang sedap dimakan ‘plain’ walau tanpa ramuan tambahan seperti kekacang atau buahan beri.
Yang dibawah ini pula resipi asas membuat muffin. Jika anda suka yang ‘plain’ sahaja inilah resepi mudahnya.
PLAIN MUFFIN

Bahan-bahan :
- 2 cawan tepung gandum | diayak
- 1 1/4 sudu teh serbuk penaik | diayak
- 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu makan gula kaster
- 1 biji telur (saiz A) | dipukul ringan
- 1 cawan susu
- 1/4 cawan mentega yang telah dicairkan
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven ke suhu 190 darjah Celcius.
2. Griskan dulang acuan muffin.
3. Campurkan tepung gandum, serbuk penaik, garam dan gula di dalam mangkuk.
4. Masukkan telur, susu, dan mentega, kacau rata, larutan bater ini tidak cair.
5. Sudukan ke dalam dulang pembakar muffin, isikan 2/3 sahaja untuk ruang mengembang.
6. Bakar selama 20-25 minit.
TERIMA KASIH : ADRIANA CAKES HOUSE. FB: Adriana Cake & Cookies, IG : Adriana_cakeshut
Kredit foto & resipi Plain Muffin : Epicurious.com