Resipi Biskut Mama Carey, Biskut Raya Popular Kegemaran Ramai

Share

Biskut raya seperti Biskut Mama Carey ini adalah salah satu biskut yang kita biasa makan masa zaman kanak-kanak dulu dan ternyata memang sedap. Simple sahaja. Namun rasanya memang sedap dan teringat-ingat sampai sekarang. Mahu mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak anda? Jom, kita cuba resipi biskut oldschool perkogsian saudari Mastura Shariff yang RASA tampilkan kali ini.

 

CARA MEMBUAT BISKUT MAMA CAREY

BAHAN-BAHAN DOH:

BAHAN TOPPING:

CARA MEMASAK:

1.Pukul mentega/marjerin  bersama gula hingga jadi putih.

2. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung susu.

3. Gaul semua bahan hingga sebati dan uli hingga jadi doh.

4. Satukan semua bahan topping (kecuali coklat masakan) dan pukul sampai kembang putih dan lembut.

5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk hati.

6. Susun kepingan biskut di atas dulang pembakar. Lakukan hingga habis.

7. Sapu atau paipkan topping icing diatas doh biskut.

8. Kemudian hiaskan dengan coklat emulco dan lorekkan mengikut kreativiti masing-masing.

9. Bakar biskut pada suhu 150c selama 20 minit menggunakan api bawah sahaja. Pusing-pusing loyang supaya biskut masak sekata.

10. Angkat, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi & foto: Mastura Shariff

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

IKLAN