Biskut raya untuk lebaran ni belum siap lagi? Resipi Biskut Butter ni memang sesuai anda cuba. Hanya guna empat bahan dan sangat mudah dihasilkan. Jom cuba!
BISKUT BUTTER
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan tepung gandum
1/3 cawan gula
1 buku mentega
CARA MEMASAK:
Ads
Satukan gula dan mentega. Pukul hingga kembang.
Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Gaul sehingga mendapat doh lembut.
Bentukkan adunan dan bulatkan. Susun atas dulang yang telah dialas dengan ‘baking paper’.
Tekan doh menggunakan hujung garfu dan bakar pada suhu 170C selama 15 minit.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Teringin nak makan kek yang simple dan mudah buat. Ni min kongsi cara buat kek oreo viral versi kukus. Bajet semua bawah RM10. Memang berbaloi kalau buat ni.
Bahan-bahan:
Dua oreo panjang
Sekotak susu coklat yang kecil
Cara memasak:
1. Masuk susu dengan oreo dalam blender. Pastikan blender bebas dari bau bawang dan lada.
2.Kisar macam ni.
3.Isi la adunan dalam bekas apa apa pun, dan kukus. Kalau nak tahu masak ke belum, try cucuk guna garfu. Kalau masih ada adunan yang lekat pada garfu tu bermakna kek oreo belum masak. Kukus lagi.
4.Selepas siap kukus memang lembab. Biar dia rest sejuk dulu.
5.Kemudian tuang la topping apa apa pun, tak letak topping pun takpa. Sedap 😍
Penggemar Kek Pisang Lembap @ Moist harus cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Noor Ashikin Saerah ini. Nampak sangat sedap dan gebu. Malah cara-cara membuatnya juga cukup mudah. Pasti puas hati menikmatinya. Menurut empunya resipi, kek ini menggunakan bahan-bahan yang sangat ekonomi. Jika mahukan rasa kek yang lebih premium, boleh menggantikan minyak dengan mentega yang dicairkan. Lebih mantap rasanya. Wow…Jom cuba!
Kudapan almond bersalut coklat ni berhantu, sekali makan susah nak berhenti. Ralit makan, Krup krap dalam mulut rangup sungguh. Buat banyak-banyak boleh simpan dalam balang. Sambil menonton , sambil makan almond coklat ni.
Almond Coklat
Bahan-bahan:
400g almond
6 pek coklat Cadbury dairy milk
Cara membuat:
1.Goreng almond tanpa minyak. Api sederhana, rajin dikacau.
2.Selepas digoreng kemudian masukkan dalam oven pula. Suhu 150 untuk 20 minit. Ini pun rajin buka pintu dan kacau supaya ranggup sebati.
3.Siap dah. Rasalah. Rangup sungguh. Tak berhenti makan sebab almond ni.
4.Guna 6 pack untuk 400 gram almond tadi. Letak dalam mangkuk yang tahan panas.
5.Wapkan. Bawah periuk letak air yang sedang mendidih. Kacau coklat sampai cair.
6.Dah cair begini letak tepi dalam 15 minit. Tunggu dia sejuk.
7.Dah sejuk coklat tadi masukkan almond. Bila sejuk masuk almond rangupnya tak boleh bawa bincang. Kalau panas-panas masukkan almond hilanglah kerangupan almond tu. Kacau sebati semua.
8.Kemudian ambil sudu letak comel comel atas tray.Dah siap masukkan dalam peti ais selama 20 minit.
9.Siap dah. Boleh dah mengunyah!
10.Letak dalam balang sesiap. Letak luar pon tak cair ye.