
Nampak putih kosong saja bihun goreng putih ini tapi bila dah rasa licin sepinggan. Walaupun tak menggunakan cili tapi rasanya lengkap dan sedap. Terasa semua rencangnya. Kalau hidang pada anak-anak pun memang mereka suka.
Bagi yang nak cuba boleh ikut resipi dan tip yang dikongsi oleh Nur Aida Md Zainuddin.
Tip masak bihun goreng putih yang sedap
Bahan-bahan
Bihun
Isi ayam
Bawang putih-diketuk
Pati ayam
Fish ball
Telur
Tomato
Lada putih
Sos tiram
Lobak merah – sagat
Cara membuat
1. Rendam bihun ( jenama Jasmin) dengan air biasa.
2. Rebus isi ada dengan bawang putih, garam dan sedikit pati ayam. Selepas masak tos dan carikkan isi ayam ( kalau nak cepat boleh tumbuk dengan lesung batu saja). Sup atau air rebusan disimpan.
3. Cara masak, goreng dulu fish ball. Ketepikan dan goreng telur buat scramble. Ketepikan.
4. Minyak yang sama masukkan bawang putih sikit dan kalau ada tomato goreng bersama. Letak tomato lagi sedap.
3. Kemudian masukkan sup dan ayam tadi. Masukkan sos tiram dan juga lada putih, kacau.
5. Perasakan dan masukkan bihun yang telah lembut. Ketika ini guna api sederhana, jangan besar atau kecil sangat. Jangan kerap kacau supaya bihun tak patah.
6. Bila nampak air kering masukkan fishh ball dan lobak merah yang disagat.
7. Kacau rata dan rasa, jika tawar boleh tambah garam.
Selamat mencuba.
Sumber: Nur Aida Md Zainuddin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Char Meehoon. Bihun Goreng Cara Cina Penuh Rasa, Sedap Amat!

Resipi Char Meehoon @ Bihun Goreng perkongsian saudara Wan LuQman ni nampak sangat sedap. Kombinasi warnanya nampak sangat menyelerakan. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah. Menurut beliau, Bihun Goreng Cina ini rupanya memang kehitam-hitaman sedikit. Nampak best kan? Jom lah cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK CHAR MEEHOON SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Bihun (untuk seorang makan) – direndam @ dicelur – beli online disini
1 biji telur
1/2 – 1 sudu makan cili boh yang dimasak – beli online disini
4 sudu makan bancuhan kicap (kicap cair, kicap karamel, kicap manis)
Sedikit daun kucai – hiris
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit kubis
1-2 ulas bawang putih – cincang
Udang secukupnya
Sedikit fishcake
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian pecahkan telur, udang dan fishcake. Kacau hingga masak.
2. Bila sudah masak, masukkan bihun yang sudah dicelur. Gaul rata.
3. Masukkan cili boh masak. Sebatikan.
4. Seterusnya masukkan bancuhan kicap, hirisan kubis, kucai dan lobak merah. Kacau sebati dan bihun masak sempurna.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Wan LuQman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Roti Goreng Inti Daging Balut Kulit Popia Macam Dekat Pasar Malam
Resipi Sambal Goreng Sedap & Tahan Lama Tanpa Simpan Peti Sejuk
Ikut Resipi Ni, Kuah Asam Laksa Cina Jadi Sedap & Pekat Sempurna
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Mi Goreng Mamak Veera Yang Simple & Comfirm Sedap, Rugi Tak Cuba.

Teringin makan mi goreng ala mamak yang basah kaya dengan telur? Tak susah mana ye, yang penting bahan digunakan dan cara mengolah bagi sedap. Mungkin resipi berikut boleh membantu anda membuat mi goreng ala mamak yang sedap untuk hidangan sekeluarga.
MI GORENG MAMAK VEERA
BAHAN-BAHAN:
1 kg mi kuning | rendam dalam air panas selama 5 minit, kemudian tos
1 paket fish ball | hiris nipis
1 paket fish cake | potong nipis
Secekak sawi hijau | [potong 5 cm
3 biji tauhu putih | hiris dan goreng
1 biji bawang besar | mayang halus
5 ulas bawang putih | cincang halus
3 sudu makan serbuk cili
5 sudu makan kicap pekat
5 sudu makan sos cili
Sedikit lada sulah
Garam dan gaul secukupnya | jika perlu sebab kicap dan sos cili sudah masin dan manis
4 biji telur ayam
1 cawan air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak , tumis bawang merah dan bawang putih tadi sampai wangi.
- Masukkan tauhu, fish cake dan fish ball tadi. Kemudian masukkan batang sawi (titik sedikit batang sawi).
- Setelah kacau rata masukkan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga sebati dengan bahan tumisan lain.
- Masukkan mi kuning dan daun saawi, tambah kicap pekat dan sos cili . Kacau lagi biar sebati.
- Tuangkan 1 cawan air dan biar mendidik sampai pekat.
- Besarkan api dan masukkan telur, segara kacau dan kalau perlu guna dua senduk supaya telur sebati dengan mi dalam 2 minit.
- Perasakan dengan lada sulah, garam dan gula secukup rasa
- Tutup api, hidangkan mi panas-panas..
Kredit : Veera Sarawanan
Tak Sangka 5 Kuih Sedap Ni Olahan Dari Mi Segera.

Keropok Lekor, Murtabak, Cucur, Popia dan Puff, semuanya diperbuat dari Mi Segera. Eh, macam tak percaya, tapi ia memang betul dan hasilnya sangat sedap. Harap inovasi ini boleh membantu anda semua berkarya menambah menu sedia ada agar ahli keluarga tidak jemu dengan asyik mi segera biasa-biasa je.
BEBOLA MI AYAM SAYUR-SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
- 2bungkus mi segera | celur dan tos
- 1/2 cawan serbuk roti
- 1/2 cawan isi ayam rebus | carik-carik
- 1/2 cawan hirisan daun bayam
- Sedikit hirisan cili benggala
- Sedikit potongan dadu lobak merah
- 1 biji telur
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 Sudu teh garam
- Minyak secukupnya untuk menggoreng.
CARA MEMASAK:
- Masukkan mi yang telah dicelur tadi dalam pengisar bersama telur. Kisar hingga sebati.
- Keluarkan dalam mangkuk adunan, kemudian campurkan isi ayam, hirisan sayur-sayuran.
- Seterusnya masukkan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam. Gaul rata.
- Campurkan serbuk roti sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut.
- Bulat-bulatkan doh hingga habis.
- Panaskan minyak, kemudian goreng bebola hingga kuning keemasan.
- Bebola mi sedia dihidangkan dengan sos cili atau mayones.
KEROPOK LEKOR MI DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
- 2 bungkus mi segera| celur dan tos
- 1 biji telur
- 4 sudu makan tepung ganadum
- 2 sudu makan tepung ubi.
- 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 sudu teh lada sulah
- 1/2 sudu teh garam halus
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Masukkan mi kering yang telah dicelur dalam mesin pengisar bersama daun ketumbar, telur, serbuk pati ayam, serbuk lada sulah dan garam.
- Kisar hingga halus, kemudian tuang ke dalam mangkuk adunan.
- Tambahkan dengan tepung ubi gaul rata.
- Seterusnya tambah sedikit demi sedikit tepung gandum, gaul rata sehingga boleh dibentuk.
- Dengan tangan yang bertepung (untuk mengelakkan adunan lekat di tangan dan papan pencanai, bentukkan adunan seperti keropok lekor. Lakukan hingga habis.
- Panaskan air dalam periuk, rebus keropok lekor, apabila timbul angkat dan toskan airnya.
- Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
- Potong serong keropok kemudian goreng hingga garing.
- Keropok lekor mi sedia dihidangkan bersama sos pilihan anda.
MURTABAK MI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 2 bungkus mi segera | celur dan tos
- 3 biji telur
- 6-7 keping kulit popia
- 1/2 cawan daging kisar
- 1/2 cawan hirisan halus kubis
- 1/2 biji bawang Holland | cincang kasar
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- Sedikit garam dan gula
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan rempah kari, kacau seketika dan masukkan sedikit air. Kacau lagi.
- Seterusnya masukkan pula daging kisar dan sos tiram, kacau rata dan masukkan kubis.
- Terus kacau rata, selepas kubis layu, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api dan biarkan sejuk.
- Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata dan masukkan mi yang telah dicelur dan bahan tumisan. Kacau rata.
- Panaskan kuali leper (sebaiknya kuali yang digunakan untuk membuat roti jala), sapukan sedikit minyak.
- Tuangkan campuran mi tadi dalam kuali dan bentukkan empat segi dengan ketebalan 2cm.
- Balikkan dan jangan terlalu garing, asalkan mi membentuk keping sahaja.
- Tutup api. Potong mi menjadi empat atau enam bahagian.
- Balut setiap potongan mi tadi dengan kulit popia. Lakukan sampai habis.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng murtabak hingga kekuningan menggnakan api sederhana.
- Hidangkan murtabak panas-panas dengan sos kegemaran anda.
POPIA MI KEJU BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
- 2 bungkus mi segera | celur dan tos
- 12 keping kulit popia
- 1/2 biji bawang Holland
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 cawan isi ayam dicincang halus
- 1 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh perasa ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Sedikit lobak merah | dadu halus
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- Sedikit garam dan gula
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang Holland dan bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan rempah kari, kacau sekejap dan masukkan sedikit air.
- Setelah pecah minyak masukkan isi ayam dan lobak merah dadu halus.
- Terus kacau hingga ayam masak.
- Perasakan dengan sos tiram, serbuk perasa ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api, masukkan mi yang telah dicelur dan gaul rata. Ketepikan.
- Ambil kulit popia, bentangkan dan isi inti mi dan letakkan kepingan keju di atasnya.
- Kemudian gulung kulit popia dan kemaskan gulungan dengan sedikit air.
- Panaskan minyak, setelah minyak panaskan, kecilkan api. Goreng popia hingga kekuningan.
- Popia sedia dihidangkan panas-panas dengan sos pencicah yang ada suka.
PUFF MI CENDAWAN CARBONARA
BAHAN-BAHAN
- 2 keping mi segera | celur dan tos
- 5 keping pastri puff segera
- 3 sudu makan sos carbonara
- 1/2 cawan daging kisar
- 1/2 biji bawang Holland | potong dadu
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 5 biji cendawan butang dalam tin | dadu halus
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa
- 1 biji kuning telur | kacau rata
- 2 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga kekuningan.
- Masukkan daging kisar, kacau rata kemudian masukkan cendawan butang.
- Kacau lagi dan masukkan sos carbonara, gaul lagi.
- Perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan mi, kacau rata dan tutup api. Ketepikan.
- Canaikan pastri puff menjadi nipis, kemudian letakkan inti mi carbonara di atasnya.
- Lipat dua kepingan pastri, bentuk dan kemaskan tepi dengan hujung garpu.
- Letakkan dalam loyang pembakar yang telah digriskan dengan mentega.
- Sapukan bahagian atasnya dengan kuning telur.
- Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180C selama lebih kurang 30 minit.
- Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan puff sedia dihidangkan.
.