RASA tampilkan 3 resipi menarik yang dikongsikan dari instagram My Kitchen Diary. Mempunyai follower seramai 10,500 di instagram, nyata hobi memasak ibu anak lima ini berjaya mencuit hati pembaca. Selain berkongsi resipi, beliau turut berkongsi tip memasak secara mudah dengan turut boleh dimakan seisi keluarga termasuk anak-anak.

AYAM POPCORN

Resipi Ayam Popcorn, Daging Bersos Cendawan & Tenggiri Panggang Sedap Nak Dimasak

BAHAN-BAHAN
500 gram isi ayam (dipotong kecil)
1 peket serbuk nasi goreng ayam
2 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1/2 sudu teh serbuk cili
Minyak masak untk menggoreng
2 sudu besar mentega
2 biji telur ayam (dipukul sedikit)
2 cawan nestum (dihancurkan)

CARA MEMBUAT
1. Perap isi ayam serbuk nasi goreng ayam selama 30 minit.
2. Tepung jagung digaul dengan serbuk lada putih dan serbuk cili.
3. Panaskan minyak masak. Masukkan juga mentega. Biarkan mentega cair.
4. Celup ayam ke dalam telur ayam, tepung dan telur sekali lagi.
5. Akhir sekali baru gaulkan ke dalam nestum dan goreng sehingga masak.

DAGING PANGGANG BERSOS CENDAWAN

Resipi Ayam Popcorn, Daging Bersos Cendawan & Tenggiri Panggang Sedap Nak Dimasak

IKLAN

BAHAN-BAHAN
1/2 kg daging batang pinang (dihiris nipis)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
Garam halus
Minyak masak untuk menumis
1 tin cendawan dalam tin (dihiris)
1 biji capsicum

BAHAN SOS
3 sudu besar sos seafood
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Kicap lemak manis secukupnya
Kicap lemak masin secukupnya

BAHAN HIRIS
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 inci halia

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Daging dilumur dengan lada hitam dan garam. Perap sekejap.
2. Panggang daging sehingga masak. Ketepikan.
3. Satukan Bahan Sos dalam satu mangkuk dan gaul rata.
4. Panaskan minyak masak. Tumis Bahan Hiris sehingga naik bau.
5. Masukkan bahan sos dengan sedikit air. Kacau rata.
6. Masukkan cendawan. Kacau lagi.
7. Masukkan pula capsicum dan kacau lagi.
8. Masukkan daging dan kacau lagi. Siap, sedia dihidang.

TENGGIRI PANGGANG MENTEGA

Resipi Ayam Popcorn, Daging Bersos Cendawan & Tenggiri Panggang Sedap Nak Dimasak

BAHAN-BAHAN
4 keping ikan tenggiri
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh perahan jus lemon
40 gram mentega
1 sudu teh madu
1 sudu teh gula merah
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam

IKLAN

BAHAN KISAR
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
1 inci halia
10 biji cili api
5 biji cili merah

CARA MEMBUAT
1. Ikan tenggiri dibersihkan dan diperap selama 15 minit dengan garam dan jus lemon. Ketepikan.
2. Masukkan Bahan Kisar ke dalam mangkuk.
3. Masukkan mentega, madu, gula merah, garam dan lada hitam ke dalam Bahan Kisar. Gaul rata.
4. Sapukan pes ini ke atas ikan tenggiri dan bakar sehingga masak.
5. Perah sedikit lemon ke atas ikan tenggiri ketika menghidang.

 

RESIPI OLEH MY KITCHEN DIARY (@siti1505_kitchen)

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI