Bagi penggemar sajian Ayam Pandan, pasti mengetahui keenakan hidangan ini. Sebenarnya, menu ni sangat mudah disediakan secara homemade. Bahan-bahan tak banyak malah cara memasaknya pun sangatlah mudah. Tapi resipi perkongsian saudari Elaine Tanni lagi mudah! Hanya guna Pes Bihun Goreng je, anda boleh hasilkan menu istimewa ini untuk keluarga tanpe perlu kisar rempah lain. Wow… Sesuai sangatlah masak ni bila kesuntukan masa. Jom cuba!
RESIPI AYAM PANDAN AIR FRYER, GUNA OVEN PUN BOLEH
BAHAN-BAHAN: 500gm dada ayam – dibersihkan 2 bungkus Perencah Bihun Goreng segera – beli online disini 2 sudu makan minyak masak Daun pandan secukupnya Toothpick/lidi sate
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ayam dan potong kiub. Boleh dapat dalam 25 ketul asam.
2. Satukan ayam dengan Perencah Bihun Goreng dan juga minyak masak. Gaul sebati dan perap selama 3 jam.
Ads
3. Ambil daun pandan, bersihkan dan potong ikut saiz yang sesuai. 4. Ambil isi ayam dan gulung dengan daun pandan. 5. Cucuk dengan lidi supaya kemas dan daun pandan tidak terburai. Lakukan hingga habis isi ayam.
6. Susun Ayam Pandan dalam Air Fryer. Jika tiada, boleh guna ketuhar atau digoreng pun boleh.
7. Masak ayam selama 20 minit dengan suhu 180°C. 8. Selepas 10 minit, pusing ayam dan bakar lagi hingga habis masa supaya semua bahagian masak sempurna. 9. Ayam Pandan paling simple dan mudah sedia untuk dihidangkan.
Bagi penggemar sajian pasta, resipi Spicy Seafood Aglio Olioperkongsian saudari AyunawitaAida Ja’afar ni tentunya anda harus cuba. Mudah, sedap dan tidak menggunakan banyak bahan, juadah ini pastinya sangat sesuai dinikmati seisi keluarga tidak kira masa. Sangat mengenyangkan. Jom lah cuba masak hari ni. Pasti anda berselera.
CARA MEMASAK: 1.Panaskan mentega bersama minyak zaitun. Kemudian tumis bawang putih, cili kering dan bawang holland hingga wangi. Jika suka pedas, boleh tambah emping cili (chilli flakes) dan serbuk lada hitam secukupnya.
2. Masukkan udang, sotong dan bebola ikan yang telah dibersihkan dan dipotong kecil. Gaul hingga rata.
3. Bila bahan-bahan sudah masak, masukkan oregano, mix herbs dan parsli kering dengan secukupnya.
4. Masukkan spageti yang telah direbus. Gaul lagi hingga semua bahan bercampur rata.
5. Perasakan dengan garam dan tambahkan sedikit lagi oregano serta parsli.
6. Seafood Aglio Olio Spicy sedia untuk dinikmati.
Penggemar ayam goreng mamak boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Kalai ni, nampak sedap. Resipi dari perkongsian ibu mertuanya yang telah tiada membuatkan terkenang dengan masakan ayam gorengnya. Untuk yang ingin mencuba Rasa kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI AYAM KALAI
BAHAN-BAHAN:
(Untuk 2 bahagian drumstick)
Serbuk kunyit 1/2 sudu makan
Serbuk cili 1 sudu makan
Sedikit garam..
Gula lebihkan sedikit
NOTA: Janji serbuk cili dan gula lebihkan sedikit kuantitinya daripada serbuk kunyit dan garam)
CARA MEMASAK:
Lumurkan kesemua bahan dan goreng dengan api yang perlahan sebab ada gula dan ia mengambil masa menggoreng.
Kena banyak bersabar kalau nak ayam garing dan sedap!
Ada barbeku minggu ini bersama sanak-saudara sempena cuti sekolah.Paling penting kena ada ayam bakar bbq kerana ramai yang suka. Bahan perapan yang penting sebab kalau cukup bahan-bahannya akan menyedapkan rasa ayam yang dibakar nanti. Walaupun banyak bahan digunakan namun rasa confirm tidak menghampakan.
AYAM BAKAR BBQ
Bahan-bahan:
2 ekor ayam- dibasuh dan dipotong
Bahan kisar:
2-3 biji bawang besar
8-10 ulas bawang putih
5 batang serai
2 inci halia
3 inci lengkuas
( semua bahan ini dipotong kasar nanti nak dikisar)
4 sudu besar sos barbeku
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar gula
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar garam
Sedikit air
Cara memasak:
1. Masukkan ke semua bahan-bahan tadi ke dalam blender.
2. Kisar sampai hancur.
3. Tuang dalam bekas ayam tadi.
4. Gaul sebati.
5. Perap dalam chiller semalaman. Lagi lama lagi sedap.